Laman Utama
 Pemerahan Otak




Penterjemahan:

'العربية / Al-ʿarabīyah
Bahasa Indonesia
Català
中文 / Zhōngwén
Deutsch
English
Español
Filipino/Tagalog
Français
Ελληνικά / Elliniká
हिन्दी / Hindī
Italiano
日本語 / Nihongo
Kiswahili
한국어 / Hangugeo
بهاس ملايو / Bahasa Melayu
Português
Română
Русский
Српски / Srpski
Tiếng Việt
Türkçe

                                        

Laman lain:

Modul

Peta Laman

Kata Kunci

Hubungi

Dokumen Berguna

Pautan Berguna

NOTA SESI PEMERAHAN OTAK UNTUK PESERTA

oleh Phil Bartle, PhD

Diterjemahkan oleh Grace Tam


Nota Latihan

Fasilitator boleh membacakan ini kepada peserta. Nota ini boleh diedarkan sebelum sesi untuk membolehkan peserta membuat persediaan.

Peraturan Permainan:

Sesi "Pemerahan Otak" adalah seperti satu permainan. Ini bukanlah satu permainan berunsurkan pertandingan yang memfokuskan kemenangan individu. Ini adalah satu permainan yang menekankan kerjasama dan bermatlamatkan kemenangan kumpulan keseluruhannya.

Dalam mana-mana permainan, terdapat peraturannya. Peraturan ini adalah rekaan dan sementara. Contohnya, dalam permainan bola sepak, terdapat peraturan yang mengatakan bahawa bola mesti berada dalam lingkungan garisan di padang. (Contoh: Sekiranya bola terkeluar daripada garisan, permainan akan ditangguhkan sehingga bola dibawa kembali ke padang dengan cara yang tertentu). Peraturan permainan bola sepak bukan merupakan peraturan kehidupan yang sebenar dan hanya berkuatkuasa semasa permainan bola sepak.

Untuk membolehkan sesi pemerahan otak mencapai matlamatnya, adalah amat penting untuk anda sebagai peserta, memahami dan mematuhi peraturan permainan semasa permainan dijalankan. Peraturan sesi pemerahan otak adalah ringkas dan mudah. Kadang-kala, dalam keseronokan bermain, peraturan ini mungkin dilupakan. Dalam keadaan ini, fasilitator bertanggungjawab mengingatkan kumpulan untuk mematuhi peraturan.

Satu peraturan asas semasa sesi pemerahan otak ialah soalan akan dikemukakan oleh fasilitator. Soalan-soalan ini bertujuan membimbing anda dan peserta lain dalam proses ini. Anda dan peserta lain, sebagai satu kumpulan, adalah bertanggungjawab memilih jawapan (yang membawa kepada keputusan berkumpulan dan bukannya keputusan individu). Dengan bertanya soalan, fasilitator berperanan memberi fokus kepada tajuk dalam tangan, dan membantu kumpulan dalam proses membuat keputusan.

Satu peraturan yang paling penting dalam sesi pemerahan otak ialah peserta tidak dibenarkan membalas kata dan mengkritik. Apabila fasilitator bertanya soalan, setiap peserta dipelawa mengemukakan pandangan. Apabila seseorang peserta mengemukakan pandangan, peserta lain tidak boleh memberi komen terhadap pandangan tersebut. Ingat, peraturan ini hanya digunakan dalam sesi pemerahan otak dan bukannya kehidupan sebenar. (Kita juga tidak mengikuti peraturan bola sepak di luar permainan, dalam kehidupan sebenar). Sila ambil perhatian bahawa fasilitator juga tidak akan memberi komen, mengkritik atau memberi maklum balas tentang sesuatu pandangan. Fasilitator hanya akan mencatatkan pandangan di papan catatan.

Peraturan ini adalah penting. Sekiranya anda tidak dapat menerima pandangan seseorang peserta atau rasa bahawa sebahagian pandangan itu adalah tidak betul, amalkan kesabaran; jangan respons kepada pandangan itu, jangan memberi komen, jangan mengkritik, jangan memberi sebarang maklum balas tentangnya. Walau bagaimanapun, anda berhak mengemukakan sebarang pandangan, termasuk pandangan yang bercanggah dengan cadangan yang telah dikemukakan sebelum ini. Fasilitator juga akan mencatatkan pandangan anda di papan catatan.

Fasilitator anda bertanggungjawab untuk mengekalkan fokus. Anda mungkin teruja untuk membuat komen berdasarkan perbincangan yang sedang dijalankan, dan mungkin menyeleweng daripada tajuk asal. Disiplinkan diri anda untuk menumpukan pandangan anda kepada kumpulan keseluruhannya melalui fasilitator. Ini akan membantu kumpulan dan membolehkan sesi pemerahan otak dijalankan dengan lebih cekap dan berkesan dalam mencapai keputusan berkumpulan.

Tajuk:

Teknik pemerahan otak boleh diubah suai dan diaplikasikan dalam pelbagai jenis situasi dan jenis tajuk yang berlainan. Matlamat keseluruhan siri modul latihan pengurusan komuniti ini ialah pembinaan keupayaan dan pengupayaan komuniti. Oleh itu, tajuk yang akan difokuskan oleh fasilitator anda adalah berkaitan dengan matlamat keseluruhan itu.

Fasilitator akan bermula dengan bertanyakan masalah utama kumpulan (atau komuniti). Anda, seperti peserta lain, akan dijemput mengemukakan pandangan yang akan direkodkan di papan catatan oleh fasilitator. Masalah tersebut hendaklah merupakan yang paling penting untuk kumpulan (atau komuniti) anda.

Anda mungkin ingin mencadangkan bahawa masalah yang terbesar dalam komuniti ialah ketiadaan dewan menari. Fasilitator tidak akan bersetuju atau tidak bersetuju dengan anda tetapi hanya akan mencatatkan pandangan anda di papan catatan. Mungkin akan ada peserta lain yang tidak bersetuju dengan anda, tetapi dalam sesi pemerahan otak, tidak akan ada masa untuk perbincangan atau perbalahan. Peserta lain mungkin mengatakan tentang pengangkutan awam yang tidak mencukupi, kekurangan air yang selamat diminum, kadar penyakit yang terlalu tinggi atau kadar kemiskinan yang terlalu tinggi. Fasilitator tidak akan menilai mana-mana satu pandangan. Keseluruhan kumpulan, bukannya individu atau kumpulan kecil, bertanggungjawab menyusun senarai masalah ini mengikut keutamaan, dengan bantuan fasilitator.

Apabila senarai masalah ini telah disusun mengikut keutamaan oleh kumpulan (contohnya senarai disusun mengikut kepentingan kumpulan), fasilitator akan menerangkan bahawa keutamaan atau matlamat utama kumpulan ialah penyelesaian kepada masalah pertama.

Matlamat adalah sesuatu yang umum yang diingini. Matlamat adalah tidak spesifik dan tidak boleh diukur. Tugas seterusnya untuk fasilitator ialah membantu kumpulan menterjemahkan matlamat umum itu kepada satu set objektif yang spesifik dan boleh diukur. (Sila lihat nota edaran SMART untuk senarai ciri-ciri objektif). Aspek pemerahan otak ini adalah spesifik kepada latihan pengurusan komuniti dan mungkin bukan sebahagian daripada sesi pemerahan otak untuk tajuk yang berlainan.

Apabila kumpulan telah menentukan objektifnya, kumpulan telah menjawab soalan pertama daripada empat soalan utama pengurusan:
  • Apakah yang kami kehendaki?
  • Apakah yang kami ada?
  • Bagaimana kami menggunakan apa yang kami ada untuk mencapai apa yang kami kehendaki?
  • Apakah yang akan terjadi apabila kami berbuat demikian?

Ini adalah empat soalan yang amat perlu dalam pengurusan, dan seterusnya pembinaan keupayaan komuniti (itulah sebabnya ini dipilih sebagai tajuk sesi pemerahan otak ini).

Dalam siri ini, sesi pemerahan otak digunakan sebagai satu kaedah penglibatan untuk membolehkan kumpulan menjawab empat soalan ini sebagai satu kumpulan dan mengurangkan soalan dijawab oleh individu atau kumpulan kecil dalam kumpulan keseluruhannya, atau di luar daripada komuniti tersebut. Dengan menjawab soalan, keputusan berkenaan tindakan yang bakal diambil oleh komuniti akan dibentuk dan seterusnya membawa kepada cara menyusun tindakan tersebut.

––»«––

Satu sesi Pemerahan Otak:


Sesi Pemerahan Otak

© Copyright 1967, 1987, 2007 Phil Bartle
Laman Web Design by Lourdes Sada
––»«––
Perkembangan terkini: 15.11.2011

 Laman Utama

 Pemerahan Otak