Mengorganisasi komuniti, Modul Pengenalan
 Laman Utama




Penterjemahan:

'العربية / al-ʿarabīyah
Bahasa Indonesia
বাংলা / Baṅla
Български език
Català
中文 / Zhōngwén
Deutsch
English
Español
Ewe
Euskara
Filipino/Tagalog
Français
Galego
Ελληνικά / Elliniká
हिन्दी / hindī
Italiano
日本語 / Nihongo
한국어 / Hangugeo
بهاس ملايو / Bahasa Melayu
Polszczyzna
Português
Română
Русский
తెలుగు /Telugu
ไทย / Thai
Tiếng Việt
Türkçe
اردو / Urdu

                                        

Laman Lain:

Modul

Peta Laman

Kata Kunci

Hubungi

Dokumen Berguna

Pautan Berguna

MENGORGANISASI KOMUNITI

Bersedia untuk Tindakan

oleh Phil Bartle, PhD

diterjemah oleh Yoon Sook Jhee


Pengenalan kepada Modul (Hub)

Dokumen yang Terkandung dalam Modul Mengorganisasi ini

Bagaimana mengorganisasi komuniti untuk tindakan efektif

Kebanyakan pendidik dan pelatih sedar bahawa belajar di kelas, mendengar kuliah dan persembahan, membaca buku teks adalah kurang efektif dari pelajar belajar dengan membuat.

Anda mahu organisasi eksekutif komuniti menjadi lebih teguh melalui organisasi yang efektif dan terlatih dalam kemahiran yang diperlukan. Modul ini menunjukkan kepada anda bagaimana menggabungkan tindakan dengan latihan.

Bersama dengan seluruh komuniti, anda mengorganisasi eksekutif. (Lihat Mengorganisasi dengan Latihan). Nama berlainan mungkin digunakan, misalnya Eksekutif CBO , CIC (Jawatankuasa Perlaksanaan Komuniti), Jawatankuasa Projek, atau Jawatankuasa Pembangunan.Selepas itu, dengan eksekutif ini, anda menyediakan satu laporan terperinci tentang penilaian penglibatan tentang situasi (termasuk masalah dan sumber) dalam komuniti.

Dengan meggunakan teknik peta minda anda menunjuk kepada jawatankuasa tentang cara menyediakan satu pelan tindakan. Anda, kemudiannya, membimbing jawatankuasa ini untuk mempersembahkan dapatan mereka kepada seluruh komuniti. Selepas itu, dengan cara peta minda sekali lagi, komuniti membuat pengubahsuaian (jika diperlukan) dan mengesahkan pelan tindakan itu.

Anda juga menerangkan permintaan terhadap sumber luar (kemahiran menulis kertas kerja), seterusnya memberi amaran tentang bahaya sindrom kebergantungan.

Anda juga melatih mereka tentang kepentingan pemantauan dan membantu mereka memutuskan cara pemantauan dibuat. Akhir sekali, anda membantu untuk organisasi untuk tindakan; tindakan mereka.

––»«––

Mesyuarat Komuniti; merancang satu projek


Mesyuarat Komuniti; merancang satu projek

Jika anda menyalin dari laman ini, sila nyatakan nama penulis
dan sertakan tautan ke cec.vcn.bc.ca/cmp/

 Slogan dan Amsal: Berikutan jalan yang kurang rintangan menjadikan semua sungai
dan beberapa manusia menjadi bengkok


© Copyright 1967, 1987, 2007 Phil Bartle
Laman Web Design by Lourdes Sada
––»«––
Perkembangan terkini: 18.11.2011


 Laman utama