Laman Utama
Langkah-langkah Persediaan




Terjemahan:

'العربية / al-ʿarabīyah
Bahasa Indonesia
বাংলা / Baṅla
Български език
Català
Cebuano / Sugboanon
中文 / Zhōngwén
Deutsch
English
Español
Euskara
Filipino/Tagalog
Français
Galego
Ελληνικά / Elliniká
हिन्दी / hindī
ગુજરાતી / Gujarātī
Italiano
日本語 / Nihongo
Kiswahili
بهاس ملايو / Bahasa Melayu
Português
Română
Af Soomaali
తెలుగు /Telugu
Tiếng Việt
Türkçe
Èdè Yorùbá

                                        

Laman Lain:

Modul

Peta Laman

Kata Kunci

Hubungi

Dokumen Berguna

Pautan Berguna

MELATIH PEMOBILISASI

Panduan Untuk Pelatih

oleh Phil Bartle, PhD

diterjemah oleh Ezlyna


Nota Pelatih

Menggunakan modul ini sebagai bahan latihan

Siapakah Yang Mampu Menjadi Aktivis Komuniti?

Tidak semua orang berpotensi untuk menjadi seorang pemobilisasi komuniti yang baik.

Namun jangan sangkakan latihan atau pendidikan dalam bidang yang tertentu secara automatiknya menunjukkan kecenderungan seseorang untuk bekerja dengan komuniti. Sijil atau diploma dalam bidang kerja sosial, mahupun subjek yang berkaitan tidak menjamin bahawa seseorang itu akan mampu membangunkan komunti berpendapatan rendah secara berkesan. Jurutera, graduan bidang perdagangan atau sains, ataupun mereka yang hanya menamatkan pendidikan sekolah rendah selama setahun juga telah menjadi pekerja komuniti yang berkesan.

Menjadi seorang pekerja komuniti sebanyak mungkin patut melibatkan proses pemilihan sendiri.

Jika anda sedang melatih pemobilisasi-pemobilisasi yang berpotensi, anda sepatutnya menyusun program anda secara mudah bagi pelatih-pelatih anda memilih jalan yang patut mereka lalui.

Modul tentang langkah-langkah persediaan ini mengandungi bahan-bahan yang boleh anda gunakan untuk mendedahkan pemobilisasi-pemobilisasi berpotensi kepada dasar tugasan mereka, ciri-ciri keperibadian yang diperlukan serta latihan yang bakal mereka jalani. Gunakanlah ia untuk membina persekitaran yang membolehkan mereka membuat keputusan sama ada latihan ini patut diteruskan atau tidak.

Bahan Untuk Latihan Permulaan:

Lima modul pertama dalam situs yang terdapat dalam latihan ini kebanyakannya mengandungi nota-nota latihan pendek, sesuai untuk digunakan semasa bengkel latihan, serta patut dibincangkan dan dihadamkan sedikit demi sedikit. Ianya berdasarkan kepada kandungan buku panduan yang pertama, di mana ia ada dipersembahkan secara keseluruhannya di laman lain situs ini (Buku Panduan Pemobilisasi). Ianya dibahagi-bahagikan kepada nota-nota pendek untuk digunakan secara berasingan semasa perbincangan bengkel.

Anda boleh menasihati pelatih-pelatih peringkat lanjutan untuk merujuk kepada buku panduan tersebut jika mereka bercadang untuk mentelaah dokumen lebih panjang yang mengandungi gabungan kesemua bahan.

Modul-modul seterusnya mengandungi dokumen yang lebih panjang dengan kandungan yang lebih canggih.

Setiap nota boleh digunakan bagi satu sesi latihan yang memakan masa selama 40 minit (gunakan tajuk yang sama sebagai tajuk sesi) dalam bengkel permulaan. Anda boleh menggunakan tajuk-tajuk nota semasa merancang latihan.

Bermula dengan senarai penuh di Peta Laman, anda boleh menyenaraikan sesi latihan anda dalam turutan sebagaimana yang terlihat dalam lima modul pertama, atau menyusunnya sendiri menurut kehendak anda dan pelatih.

Anda boleh juga menyalin setiap nota, atau hanya sebahagian daripadanya kepada transparensi dan menayangkannya ke atas skrin bagi menfasilitasikan persembahan, perbincangan dan penyertaan. Bagaimana anda mahu gunakan bahan-bahan itu adalah bergantung kepada diri anda sendiri.

Kami mencadangkan bahawa setiap sesi mengandungi sebanyak mungkin kaedah "melakukan" oleh pelatih-pelatih dan hanya seminima syarahan serta persembahan satu hala. Anda boleh membayangkan dan mereka banyak aktiviti yang membolehkan pelatih-pelatih aktif dalam setiap sesi. Anda juga akan sedar betapa bergunanya mengkatalog dan menyimpan nota-nota untuk digunakan dalam sesi seterusnya.

Apa yang berkesan untuk anda dan bagaimana?

Dokumen Yang Berkaitan Dalam Modul-modul Lain:

Dua dokumen yang terdapat dalam modul-modul lain mungkin berguna jika anda berhajat untuk menambahi dokumen sekarang.

Di dalam "Kitar Mobilisasi" modul, dokumen tentang "Menjadi Seorang Pemobilisasi" boleh menjadi berguna di sini. Ianya boleh dibahagikan kepada dua nota. Nota pertamanya ialah senarai ciri-ciri keperibadian yang diperlukan, ditulis sebagai senarai semakan yang boleh dilihat dan disemak oleh pelatih itu sendiri sama ada ciri-ciri tersebut ada pada dirinya. Nota keduanya ialah senarai mudah tugasan yang diharapkan daripada pemobilisasi semasa berada di padang. Salah satu atau kedua-duanya sekali boleh digunakan sebagai nota latihan bagi sesi "Langkah-langkah Persediaan".

Di dalam "Menguruskan Mobilisasi" modul, dokumen "Deskripsi Tugas" menyediakan deskripsi lebih terperinci tentang kelayakan yang diperlukan oleh seorang pemobilisasi di samping tugasan dan tanggungjawab yang mesti dipenuhinya.

Modul itu dan "Pengurusan Penyertaan" mencadangkan bahawa perhubungan antara pengurus dan pemobilisasi patut menjadi satu perkongsian, dan mereka patut bersama-sama menghasilkan deskripsi tugas pemobilisasi. (Malangnya tidak semua pemobilisasi berpeluang bekerja dengan penyelia yang mengamalkan pengurusan penyertaan - kedua-dua modul mempromosikan kaedah ini).

Jika pelatih bertanya tentang maklumat terperinci selain daripada nota "Langkah-langkah Persediaan", deskripsi tugas sesuai diberikan.

Kaedah Latihan

Terdapat modul di dalam situs ini, di mana keseluruhan daripadanya ditujukan kepada mempersembahkan pelbagai kaedah latihan yang anda boleh pilih semasa menggunakan bahan ini untuk latihan.(Kaedah Latihan)

Semasa anda menyediakan bengkel latihan permulaan untuk topik-topik seperti "Langkah-langkah Persediaan", semaklah modul "Kaedah Latihan" untuk panduan dan tip-tip tentang bagaimana menyediakan program latihan.

Laman ini serta kandungan program latihannya banyak menekankan kepada "belajar dengan melakukan". Kita semua belajar dengan cara berbeza, dengan kelajuan yang berbeza dan ada yang lebih tertumpu kepada satu media berbanding dengan yang lain. Bagaimanapun, secara umumnya kita mampu belajar dan mengekalkan apa yang dipelajari dengan lebih, terutamanya kemahiran, dengan melakukan sesuatu berbanding dengan cara mendengar atau melihatnya sahaja.

Kami mendorong anda untuk mengelakkan daripada mencari kaedah ortodoks untuk melatih, sebaliknya menggunakan inisiatif dan kreativiti untuk mencorakkan latihan anda sendiri, selaras dengan kehendak dan keadaan pelatih serta alam sekeliling.

Jika anda sedang menganjurkan program latihan, anda dialu-alukan untuk menghubungi kami dan berbincang tentang pemerhatian dan idea anda. Cadangan daripada anda mungkin membolehkan kita bersama-sama mereka bahan baru.

––»«––

© Copyright 1967, 1987, 2007 Phil Bartle
Laman Web Design by Lourdes Sada
––»«––
Perkembangan terkini: 20.11.2011

 Laman Utama
Langkah-langkah Persediaan