Laman Utama
 Mulakan








Penterjemahan

'العربية / al-ʿarabīyah
Bahasa Indonesia
Български език
Català
中文 / Zhōngwén
Deutsch
English
Español
Euskara
Ewe
Filipino/Tagalog
Français
Galego
Ελληνικά / Elliniká
हिन्दी / hindī
Italiano
日本語 / Nihongo
Kiswahili
한국어 / Hangugeo
بهاس ملايو / Bahasa Melayu
Português
Română
>తెలుగు /Telugu
ไทย / Thai
Türkçe
اردو / Urdu

                                        

Laman Lain:

Modul

Peta Laman

Kata Kunci

Hubungi

Dokumen Berguna

Pautan Berguna

Melepasi Halangan Sepanjang Laluan

Mendapatkan Kebenaran Daripada Pihak Berkuasa

oleh Phil Bartle, PhD

diterjemahkan oleh Yoon

Nota Latihan

Tunjukkan kepada pengawai tempatan dan pihak berkuasa tentang kebaikan pemberdayaan komuniti kepada mereka.

Sebelum anda mula bekerja di komuniti yang menjadi sasaran, anda perlu mendapatkan kebenaran dan kerjasama aktif daripada pihak berkuasa dan pemimpin yang betanggungjawab di kawasan tersebut.

Bagi sesetengah penggerak, pihak berkuasa dilihat sebagai 'musuh' atau' lawan', dan melihat tugas mengorganisasi komuniti yang miskin sebagai bantahan kepada mereka yang menindas komuniti. Cara ini mungkin boleh digunakan dalam sesetengah situasi, namun, cara ini lazimnya dilihat sebagai " penglibatan sivik" dan bukannya"penglibatan komuniti."

Kaedah dalam modul ini (kebanyakannya direka di Afrika) melihat penglibatan bersama pihak berkuasa meningkatkan pemampanan polisi kebangsaan dan program membasmi kemiskinan yang konsisten.

Ingat bahawa anda mempunyai dua target (benefisial), bukan sahaja (1) komuniti tetapi juga (2) pihak berkuasa yang bertanggungjawab ke atas komuniti tersebut.

Matlamat anda untuk setiap komuniti ialah meneguhkan komuniti tersebut dengan menggalakkan tindakan membantu kendiri. Matlamat anda untuk pihak berkuasa ialah berusaha ke arah pemampanan dengan mewujudkan persekitaran (politik dan pentadbiran) di peringkat komuniti dan peringkat yang lebih tinggi. Matlamat anda untuk pemimpin (politik dan tidak formal), pentadbir (birokrat), dan pakar teknikal (teknokrat) ialah menyakinkan mereka dari menjadi "pemberi bantuan" kepada menjadi "fasilitator bantuan kendiri kepada komuniti".

Ini bukanlah tugas mudah.

Apabila ahli politik berkata mereka "menyumbang" (misalnya sebarang kemudahan komunal), mereka mendapat populariti dan undi. Mereka berkemungkinan akan mempunyai agenda tersendiri dalam pendekatan peruntukan.

Begitu juga apabila pentadbir dan pakar teknikal mendakwa bahawa mereka juga "menyumbang", mereka percaya (biasanya benar), bahawa mereka akan mendapat manfaat dalam kerjaya mereka untuk dinaikkan pangkat. Mereka mungkin mempunyai agenda sendiri untuk menolak menjadi fasilitator.

Strategi anda ialah mendemonstrasi dan menyakinkan mereka bahawa mereka akan mendapat kebaikan jika mereka meninggalkan pendekatan "peruntukan" dan bertukar kepada pendekatan "fasilitator".

Hakikatnya, jika mereka bertukar daripada pendekatan "peruntukan" kepada pendekatan "membolehkan", mereka akan mendapat manfaatnya. Ini kerana setiap komuniti mempunyai sumber tersembunyi yang tidak dapat diketahui dan digunakan sekiranya pihak berkuasa memberi peruntukan secara berterusan. Jika komuniti bertanggungjawab mewujudkan kemudahan dan perkhidmatan mereka sendiri, dan diberi latihan pengurusan, banyak sumber akan dapat dikenalpasti dan digunakan.

Jika pemimpin dan pihak berkuasa bertukar kepada pendekatan "membolehkan", peneguhan komuniti akan menjadi tapak untuk meningkatkan populariti, mendapatkan undi, peluang kerjaya dan kenaikan pangkat. Ini menjadi tugas anda untuk mendemonstrasi bahawa pendekatan "peruntukan" cuma mendatangkan manfaat jangka pendek, manakala pendekatan "membolehkan" menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan yang sebenar, yang membawa kebaikan kepada mereka dalam jangka masa panjang.

Kejayaan meyakinkan pihak berkuasa untuk meneguhkan komuniti membolehkan anda mendapat kebenaran untuk bertugas, kerjasama aktif yang lebih mudah, dan menghalang sebarang agenda tersendiri yang membantut peneguhan dan kebergantungan kendiri komuniti.

Bagi mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa, adalah amat berguna jika anda menyediakan dokumen berkaitan, merujuk kepada polisi rasmi, persetujuan dan memorandum MOU yang anda telah kenalpasti. (Ini bergantung kepada keadaan anda). Anda perlu menerangkan kepada mereka bagaimana mereka akan mendapat manfaat daripada komuniti yang lebih teguh dan berdikari di bawah tanggungjawabnya.

Jika belanjawan dan perancangan mengizinkan, masa ini adalah peluang untuk mengadakan bengkel untuk meningkakan kepekaan pihak berkuasa.

––»«––

© Copyright 1967, 1987, 2007 Phil Bartle
Laman Web Design by Lourdes Sada
––»«––
Perkembangan terkini: 21.11.2011

 Laman utama

 Mulakan