Sosiologi
Nota Kuliah
Perspektif
Keluarga dan Komuniti
'العربية / al-ʿarabīyah Català Ελληνικά English Español Filipino Français Italiano Português Română Pycкий Srpski Tiên Việt 中文 / Zhōngwén
 
................
.
DALAM atau LUAR
oleh Phil Bartle
diterjemahkan oleh Yoon Sook Jhee
.
Jarak yang terdekat bukanlah garis lurus
.
Adakah budaya di dalam atau di luar kita
,
Idea tetang budaya atau masyarakat berada dalam individu disokong oleh penulisan sosiologi Max Weber.
.
Beliau menyatakan bahawa kita tidak dapat memahami masyarakat tanpa kita memahami maknaVerstehenyang kita semaikan dalam kepercayaan dan tindakan kita
.
Beliau tidak menemui atau menulis perspektif "Interaksi Simbolik" (Henslin . p 17), tetapi pendekatannya menuju ke perspektif sosiologi tersebut
.
Sebaliknya Durkheim mewujudkan frasa "fakta Sosial" untuk menerangkan sifat sosial semulajadi yang bertentangan dengan sifat semulajadi individu
.
Di sini, kita melihat semua benda sebagai kadar untuk perlakuan spesifik (seperti perkahwinan atau bunuh diri) dan bukannya pilihan individu di sebalik perlakuan sebegitu (Henslin p.13)
.
Jun ialah bulan yang popular untuk perkahwinan, dan ramai orang di Kanada berkahwin di bulan tersebut berbanding bulan lain
.
Bunuh diri berlaku lebih kerap di kumpulan tertentu (mengikut negara, agama, etnik, status perkahwinan) berbanding yang lain
.
Kadar-kadar tersebut tetap dan boleh diramal, walaupun individu yang memilihnya tidak dapat diramalkan
.
Durkheim tidak menafikan bahawa budaya dan masyarakat sebagai sistem kepercayaan dan perlakuan yang dibawa oleh individu, tetapi mereka bertindak sama seperti beroperasi secara dalaman terhadap individu
.
Durkheim tidak menemui functionalisme berstuktur, mereka yang menemuinya bergantung kepada penulisannya untuk berjaya menemuinya.
––»«––

Perspektif
2012.06.29