Sosiologi
Nota Kuliah
Perspektif
Perbincangan Web
 
'العربية / al-ʿarabīyah Català Ελληνικά English Español Filipino Français Italiano Português Română Srpski 中文 / Zhōngwén
Perbincangan tentang Superorganik
diketuai oleh Phil Bartle
diterjemahkan oleh Yoon Sook Jhee
.
Jarak yang terdekat bukanlah garis lurus
.
Sumbangan akan ditambah ke atas koleksi ini apabila diterima
.

Lihat Bidney. Bodley. Kroeber. Kroeber. Murphy.



Tarikh: Khamis, 13 Jan
Daripada: "Jamie G"
Hi, saya kurang faham tentang jika saya boleh memberi komen kepada blog yang dibuka oleh Adam tentang Super Organik. Jika tidak boleh, sila beritahu saya
Saya rasa cara yang paling mudah untuk membezakan bukan organik dari super organik ialah memahami bahawa sesuatu yang bukan organik merupakan benda fizikal
Bukan organik bukanlah benda hidup, tetapi dari segi teori, anda masih boleh menyentuh dan melihatnya
Bukan organik terdiri dari jirim. Sesuatu seperti masyarakat ialah super organik tetapi bukanlah berbentuk fizikal. Masyarakat tidak mempunyai dimensi dan tidak boleh dilihat, ditangani atau diukur. Ini samalah seperti mengukur pemikiran atau idea....tidak mungkin. Inilah cara saya melihat "Super Organik". Saya mungkin terpesong dan jika demikian, sila betulkan
Terima Kasih
Jamie G
Kordinator Kualiti dan Jualan
Uniserve Communications Corp


Tarikh: Khamis, 13 Jan
Dari: "adam l"
Hey! Bolehkah sesiapa menerangkan keseluruhan idea super organik? Saya keliru tentang prinsip yang membezakan bukan organik dari super
Terima Kasih
Adam
––»«––
.
Perbincangan Web
Perspektif
2012.06.29