Laman Utama
 Laman utama sosiologi


Terjemahan:

Bahasa Indonesia
Ελληνικά
English
Español
Français
Português

                                        

Laman Lain:
kata kunci
Modul

Sosiologi:
Laman Utama
Dokumen singkat
Perbincangan

Berguna:
Peta Situs
Kontak
Dokumen yg berguna
link berguna

SUATU RAYUAN UNTUK KESPONTANAN

Ucap Utama; Konferen Bellarmine, Loyola Marymount University

Hanya Komuniti
Los Angeles, 7 November 2005

oleh Phil Bartle

diterjemah oleh Hin Wai Yip

Halaukan rasa keegoan, saya berada di sini untuk menjadi seorang pakar rujuk yang mungkin anda boleh gunakan dalam konferen ini.  Saya telah bekerja dalam Pemerkasaan Komuniti selama empat puluh tahun. Kebanyakan kerja saya di benua Afrika, sedikit di Asia dan sangat sedikit di Eropah dan Amerika Utara. Telah membuat dalam peringkat perancangan dan program, memberi khidmat nasihat kepada kerajaan dan majlis perbandaran, untuk Organisasi Bangsa-bangsa Bersatu, agensi bantuan, syarikat swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bukan bertujuan untuk mendapat keuntungan.   Pernah bekerja dengan komuniti luar bandar dan juga bandar, telah melatih ratusan pekerja komuniti, mengurus dan koordinasi dengan mereka serta menyediakan ratusan dokumen latihan untuk memperkasakan komuniti.  Saya juga seorang saujana yang membuat kajian dan melaporkan topik tersebut serta mengajar di universiti di Afrika, Eropah dan Kanada.  Saya berharap pengalaman ini dapat dikongsi dengan anda di Los Angeles sebab kami di sini berkerjasama untuk tujuan hanys untuk komuniti.

Apakah yang kita boleh applikasikan di Los Angeles melalui pengajaran daripada kerja komuniti di Afrika?

Perancangan linear.

Afrika adalah berselerak dengan tinggalan dan sisa-sisa projek yang tidak lestari di mana ia gagal apabila penyumbang dana keluar.  Mereka kelihatan bagus atas kertas kerja dengan visi, strategi, sasaran dan objektif yang jelas, sumber yang dikenalpasti, pelan tindakan, rancangan niaga, pemantauan, pengajaran yang dapat dipelajari.

Kebanyakan adalah penglibatan komuniti penerima, sedikit perundingan untuk menentukan apakah yang mereka perlu dan apakah situasi setempat.  Kemudiannya, projek tersebut diteliti oleh penyumbang dana atau agensi eksekutif, disetujui dan disediakan untuk implementasi.  Ahli komuniti tidak diperlukan lagi dan mereka bukan bagus dalam penyediaan laporan yang bagus.

Inilah pengajaran yang patut dipelajari. Sebenarnya, tiada penglibatan komuniti dalam membuat keputusan dari permulaan sehingga habis. Mereka hanya sedikit rasa ia kepunyaan mereka atau tidak terasa langsung. Oleh itu, apabila penyumbang dana keluar, masyarakat setempat rujukkan ia dimiliki oleh penyumbang dana dan tidak akan buat sesuatu untuk melaksanakan atau mengekalkannya.

Maka, perancangan linear telah gagal.

Apa yang diperlukan ialah sedikit model perancangan korporat dan sedikit banyak kespontanan dan fleksibel serta memastikan ahli komuniti terlibat dalam perancangan dan pelaksanaan. Ini belum sebut lagi pengorbanan sedikit sebanyak sumber mereka dari permulanan hingga ke penghujung.   Menggunakan sedikit pemikiran lateral atau matrik, sedikit penghormatan daripada penyumbang dana atau agensi eksekutif dan sedikit kesanggupan penyumbang dana untuk menglibatkan ahli komuniti dalam proses yang boleh menyebabkan sedikit tak teratur.

Jika kita hanya nak komuniti adil di Kalifornia atau mana-mana di benua ini, maka kita boleh belajar hubungkait di antara penyumbang dana dan penerima dari contoh ini. Penyumbang, seperti pentadbir kerajaan di peringkat tinggi atau mana-mana agensi, samada swasta atau kerajaan, merupakan sumber mana-mana dana dan visi, yang telah menyatakan hasrat untuk mempertengahkan keadilan dalam komuniti kita.

Nota edaran yang bertajuk dimensi menerangkan komuniti sebagai satu institusi yang berasaskan kebudayaan atau sosial.

Seorang ahli sosiologi yang berbangsa Jerman, Tönnies, menggunakan dua perkataan, iaitu gemeinschaft  dan gesellschaft  yang memberi definisi yang mudah tapi terhad untuk "komuniti" dan "masyarakat.”  Pada masa sekarang, apabila kami menggunakan kedu-dua perkataan dalam sains sosial dan dalam Bahasa Inggeris, perkataan ini boleh ditukar dari kata nama ke kata sifat (adjektif). Kedua-dua juga tidak lagi terpisar dan berada dalam kategori yang terbatas tetapi sifat ini telah diapplikasi sedikit sebanyak dalam komuniti kita.

Perkataan gemeinschaft  boleh dipakai sekarang untuk setakat menunjukkan komuniti yang kecil dan hubungan antara ahli adalah tak rasmi. Ahlinya kenal satu sama lain secara peribadi dan bukan disebabkan peranannya dan mereka sentiasa berada dalam atmosfera yang boleh dikatakan mesra dan kabur dari segi peranan mereka.

Akan tetapi, perkataan gesellschaft , menunjukkan hubungan yang lebih dingin dan rasmi di antara ahlinya, lebih fleksibel dari segi penulisan saja dan setiap orang hanya kenali orang lain sebagai kerani deli, pemandu bas, pegawai polis, pelanggan atau peranan lain, iaitu mengenali seseorang secara tidak lengkap.

Nota edaran mengenai enam belas elemen menunjukkan cara kita mesti atau boleh digunakan untuk mengukuhkan komuniti.

Lebih kerap kita membuat perancangan linear untuk mengukuhkan komuniti , lebihlah kita mengalihkan komuniti dari gemeinschaft  kepada gesellschaft.  Apabila kita mula buat sedemikian, kita akan berada dalam keadaan bahaya di mana ia akan memindahkan unsur penting dalam sesebuah komuniti.  Jika kita lebih fleksibel, ambil lebih lama masa, cari jalan untuk mengukuhkan keadaan mesra dan kabur serta fleksibel untuk toleransi dengan pendekatan yang tak teratur, maka kita akan lebih berjaya untuk memperkasakan komuniti dengan tepat.

Dunia ini tidak dapat dielakkan untuk membangun ke arah menjadi gesellschaft. Ini bermula sejak adanya bandaraya pertama, Mohenjo Daro, pada sepuluh atau dua belas ribu tahun yang lalu yang ianya disebabkan oleh lebihan hasil pertanian. Urbanisasi dan penambahan pembahagian dalam kerja buruh dan saling gantung antara satu sama lain telah memberi kesannya.

Akan tetapi, secara biologi, kita manusia sebenarnya tak pernah berubah sejak 50,000 tahun yang lalu dan kita telah ditakdir untuk hidup dalam kumpulan yang kecil, sering berdepan muka sehingga kita kenal satu sama lain.  Apa yang kita jumpai ialah kita reka hubungan baru, kemungkinan hubungan pseudo gemeinschaft  pada peringkat setempat dan secara spontan. Kita belajar nama tersebut dan menggunakannya untukmenunjukkan kerani deli, pemandu bas dan pengangkut serahan post.

Semasa kita mencari suatu komuniti yang biasa, kita mesti memperkasakan komuniti tersebut. Gemeinschaft  kita adalah seperti bayi, bukan air untuk mandi.  Mesra dan kabur, tak teratur, spontan dan berkemanusiaan.

Kita mesti merayai kespontanan kita. Kita mesti menggalakkan kreativiti dalam kita dan orang lain.  Sebelum kita mula membuat sesuatu, kita tidak mungkin boleh mengikuti semua butiran setepat-tepatnya dalam peruntukan kewangan.

──»«──
Jika anda salin teks daripada situs ini, sila hargai penulisnya
dengan menautkan kembali ke www.cec.vcn.bc.ca
Situs ini dikelola oleh Vancouver Community Network (VCN)

 Slogan dan Amsal: Berikutan jalan yang kurang rintangan menjadikan
semua sungai dan beberapa manusia menjadi bengkok

© Hakcipta 1967, 1987, 2007 Phil Bartle
Design Web oleh Lourdes Sada
CSS penukaran oleh Wai King Lung Matthew
──»«──
Update terakhir: 2012.06.22

 Laman Utama