Laman Utama




Terjemahan:

Bahasa Indonesia
Català
English
Español
Filipino/Tagalog
Français
Ελληνικά / Elliniká
हिन्दी / Hindī
Italiano
بهاس ملايو / Bahasa Melayu
Português
Română
Српски / Srpski
Türkçe

                                        

Laman-laman lain:

Modul-modul

Peta Laman

Kata Kunci

Hubungi

Dokumen Berguna

Pautan Berguna


MENGUKUR PEMERKASAAN KOMUNITI

oleh Phil Bartle, PhD

diterjemah oleh Rose Ragai


Pengenalan kepada Modul (Hub)

Dokumen yang termasuk di sini Pengukuran Modul

Bagaimana untuk mengukur sejauh mana komuniti menjadi lebih kuat - lebih perkasa

Enam belas unsur-unsur yang disenaraikan beberapa kali dalam laman sesawang ini adalah sangat penting. Ia adalah asas bagi empat aktiviti yang berbeza.

  1. Menggalakkan pengukuhan (pemerkasaan) komuniti;
  2. Merangsang pembangunan keupayaan organisasi;
  3. Mengukur pengukuhan komuniti; dan
  4. Mengukur perubahan keupayaan organisasi.

Modul ini menumpukan kepada salah satu daripada empat usaha tersebut, mengukur kemajuan dalam memperkasakan komuniti berpendapatan rendah. Setelah anda berlatih dan menjadi lebih mahir dalam usaha ini, anda akan mendapati ia lebih mudah, mudah difahami, dan semula jadi untuk melibatkan diri dalam tiga usaha yang lain.

Beri perhatian kepada enam belas unsur kerana ia akan diutarakan dalam tiga aktiviti yang lain, dan amat berguna bagi anda untuk mengetahui setiap unsur tersebut dengan lebih baik.

Bagaimana kekuatan, atau perubahan tahap kekuatan, dapat diukur? Pautan ke Kaedah Partisipatif Mengukur Pemerkasaan.

Apakah komponen-komponen atau unsur-unsur, keupayaan komuniti dan organisasi yang berubah apabila komuniti atau organisasi tersebut semakin perkasa? Pautan ke: Enam Belas Unsur-unsur Pemerkasaan Komuniti.

Untuk mengiringi ini, beberapa nota bengkel juga telah disediakan sebagai sebahagian daripada modul ini. Ini termasuklah: Enam Belas Unsur-unsur Pemerkasaan, nota;Nota Peserta untuk Mengukur Pertambahan Keupayaan, nota; dan Borang untuk Mengukur Perubahan dalam Kuasa, nota.

Modul-modul Pelengkap: Prinsip Pemerkasaan, Pembangunan Keupayaan.

––»«––
Jika anda menyalin teks dari laman sesawang ini, sila mengakui penulis
dan pautan kembali ke cec.vcn.bc.ca

 Slogan dan Amsal: Berikutan jalan yang kurang rintangan menjadikan semua sungai
dan beberapa manusia menjadi bengkok


© Copyright 1967, 1987, 2007 Phil Bartle
Laman Web Design by Lourdes Sada
––»«––
Perkembangan terkini: 18.11.2011

 Laman Utama