Laman Utama
 Pengukuran




Terjemahan:

Català
English
Español
Filipino/Tagalog
Français
Ελληνικά / Elliniká
हिन्दी / Hindī
Italiano
بهاس ملايو / Bahasa Melayu
Português
Română
Српски / Srpski

                                        

Laman-laman lain:

Modul-modul

Peta Laman

Kata Kunci

Hubungi

Dokumen Berguna

Pautan Berguna


Isi Kandungan:

Isi Kandungan:

Isi Kandungan:


UNSUR-UNSUR KEKUATAN KOMUNITI

Oleh Phil Bartle, PhD

diterjemah oleh Rose Ragai


Dokumen Rujukan

Penerangan tentang enam belas unsur-unsur keupayaan, kekuatan atau pemerkasaan

Pemerkasaan komuniti berjalan dengan lancar melebihi daripada kebenaran politik atau undang-undang untuk mengambil bahagian dalam sistem politik negara. Ia termasuk keupayaan untuk melakukan perkara-perkara yang ahli komuniti mahu lakukan.

Pemerkasaan termasuklah peningkatan keupayaan dan pengukuhan dalam pelbagai dimensi. Berikut ialah enam belas unsur-unsur komuniti yang berubah apabila komuniti menjadi lebih kukuh.

Altruisme:

Sebahagian daripada, dan sejauh mana, seseorang individu bersedia untuk mengorbankan faedah kepada diri mereka sendiri untuk faedah komuniti secara keseluruhan (yang direflekskan dari segi kemurahan hati, kerendahan diri individu, kebanggaan kaum, sokongan bersama, kesetiaan, keprihatinan, keakraban, tali persaudaraan).

Seandainya sebuah komuniti semakin membangun dalam altruisme, ia akan membina lebih banyak keupayaan. (Jika individu, keluarga atau puak menjadi tamak dan mementingkan diri sendiri pada perbelanjaan komuniti, ini akan melemahkan komuniti tersebut).

Nilai-nilai Sejagat:

Tahap yang mana ahli-ahli komuniti berkongsi nilai-nilai tertentu, terutama sekali idea bahawa mereka adalah kepunyaan entiti yang sama yang menggantikan kepentingan peribadi ahli-ahli di dalamnya.

Lebih banyak ahli-ahli komuniti berkongsi, atau sekurang-kurangnya memahami antara satu sama lain dan bertolak ansur, nilai-nilai setiap individu dan sikap orang lain, komuniti mereka akan semakin kukuh. (Perkauman, prejudis dan ketaksuban melemahkan komuniti atau organisasi).

Khidmat Komunal

Kemudahan penempatan manusia dan perkhidmatan (seperti jalan raya, pasar, bekalan air bersih, akses kepada pendidikan, perkhidmatan kesihatan), penjagaannya (penyelenggaraan dan pembaikan yang boleh diharapkan), kemapanan, dan sejauh mana semua anggota masyarakat mempunyai akses kepada kemudahan dan perkhidmatan tersebut.

Lebih ramai ahli-ahli komuniti mempunyai akses kepada kemudahan komunal yang diperlukan, lebih baik keupayaan mereka. (Keupayaan sesebuah organisasi diukur termasuklah peralatan pejabat, alat-alat, bekalan, tandas dan lain-lain kemudahan peribadi kakitangan, kemudahan kerja, loji fizikal).

Komunikasi:

Di dalam sebuah komuniti, dan di antara dirinya sendiri dan di luar, komunikasi termasuklah jalan raya, kaedah elektronik (seperti telefon, radio, TV, Internet), media cetak (akhbar, majalah, buku), jaringan, bahasa yang saling difahami, literasi dan kesediaan dan keupayaan untuk berkomunikasi (yang membayangkan kebijaksanaan, diplomasi, kesediaan untuk mendengar serta bercakap) secara umum.

Setelah komuniti mendapat komunikasi yang lebih baik, ia akan menjadi lebih kukuh. (Bagi organisasi ini merupakan peralatan komunikasi, kaedah-kaedah dan amalan yang tersedia untuk kakitangan). Komunikasi yang lemah bermaksud organisasi atau komuniti itu juga lemah.

Keyakinan Diri:

Sekiranya dinyatakan dalam individu, berapa banyak keyakinan diri dikongsikan di kalangan komuniti secara keseluruhan? contohnya persefahaman yang mana komuniti boleh mencapai apa yang mereka ingin lakukan.

Sikap positif, kesanggupan, motivasi diri, semangat, optimis, bergantung kepada diri sendiri bukanya sikap keterbegantungan, kesanggupan untuk mempertahankan hak, mengelakkan sikap sambil lewa dan fatalisme, visi apa yang boleh dilakukan. Kekuatan bertambah termasuklah apabila meningkatnya keyakinan diri.

Konteks (Politik dan Pengurusan):

Sesebuah komuniti akan menjadi lebih kuat, lebih mampu untuk menjadi kuat dan mengekalkan kekuatannya, semakin ia wujud di lingkungan persekitaran yang menyokong pengukuhannya. Persekitaran ini termasuklah unusr-unsur (1) politik (termasuk nilai-nilai dan sikap ketua-ketua kebangsaan, undang-undang dan perundangan) dan (2) pentadbiran (sikap-sikap penjawat am dan juruteknik termasuklah peraturan dan prosedur kerajaan). Persekitaran yang sah di sisi undang-undang.

Apabila ahli politik, pemimpin, teknokrat dan penjawat am, termasuklah undang-undang dan perundangan, mengambil pendekatan peruntukan, komuniti adalah lemah, sebaliknya sekiranya pendekatan yang diambil membolehkan komuniti membantu diri sendiri, komuniti akan menjadi lebih kuat. Komuniti akan menjadi lebih kuat apabila konteks yang membolehkan wujud di kalangan mereka.

Inofrmasi:

Lebih daripada sekadar mempunyai atau menerima maklumat yang belum diproses, kekuatan komuniti bergantung kepada keupayaan untuk memproses dan menganalisis maklumat tersebut, tahap kesedaran, pengetahuan dan kebijaksanaan yang ditemui di kalangan orang-orang penting dan dalam kumpulan secara keseluruhannya.

Apabila maklumat lebih efektif dan berguna, bukan sahaja dalam jumlah, komuniti akan mempunyai lebih kekuatan. (Perhatikan bahawa ini adalah yang berkaitan, tetapi berbeza daripada elemen komunikasi yang disenaraikan di atas).

Intervensi:

Sejauh manakah keberkesanan animasi (pergerakan, latihan pengurusan, peningkatan kesedaran, rangsangan) yang bertujuan untuk mengukuhkan komuniti? Adakah sumber-sumber amal luaran atau dalaman meningkatkan tahap kebergantungan dan melemahkan komuniti, atau adakah mereka mencabar masyarakat untuk bertindak dan menjadi lebih kuat?

Adakah intervensi mampan atau bergantung kepada keputusan daripada penderma luar yang mempunyai matlamat dan agenda yang berbeza daripada komuniti itu sendiri? Apabila komuniti mempunyai lebih banyak sumber rangsangan untuk dibangunkan, ia mempunyai lebih kekuatan.

Kepimpinan:

Pemimpin mempunyai kuasa, pengaruh, dan keupayaan untuk menggerakkan komuniti. Kepimpinan yang semakin efektif akan menjadikan komuniti tersebut lebih kuat. Walaupun ini bukan tempat untuk berdebat tentang ideologi antara kepimpinan demokratik atau penyertaan, berbeza dengan totalitarian, gaya autoritarian dan diktator, kepimpinan yang paling berkesan dan mapan (untuk menguatkan komuniti, bukan sahaja mengukuhkan pemimpin) adalah beroperasi mengikut keputusan dan keinginan komuniti secara keseluruhan, untuk mengambil peranan membolehkan dan memudahkan.

Para pemimpin perlu mempunyai kemahiran, kesanggupan, dan beberapa karisma. Kepimpinan yang lebih berkesan menyebabkan keupayaan masyarakat atau organisasi lebih banyak. (Kurang kepimpinan yang baik akan melemahkannya).

Jaringan:

Ini bukan hanya sekadar "apa yang anda tahu," tetapi juga "siapa yang anda tahu" yang boleh menjadi sumber kekuatan. (Seperti yang sering menjadi gurauan, bukan hanya "tahu-bagaimana," tetapi juga "tahu-siapa" yang mendapat pekerjaan). Apakah takat kepada anggota komuniti, terutama pemimpin-pemimpin, tahu siapa orang (dan agensi-agensi atau organisasi mereka) yang boleh memberikan sumber yang berguna yang akan mengukuhkan komuniti secara keseluruhannya?

Jaringan yang berguna, berpotensi dan dikenalpasti, yang wujud dalam komuniti dan dengan orang lain di luar. Semakin efektif jaringan tersebut, semakin kuat komuniti atau organisasi. (Pengasingan akan menghasilkan kelemahan).

Organisasi:

Sejauh mana ahli-ahli komuniti yang berbeza melihat diri mereka mempunyai peranan dalam menyokong keseluruhan komuniti (berbeza dengan individu yang berasingan semata-mata), termasuklah (dalam pengertian sosiologi) integriti organisasi, struktur, prosedur, proses membuat keputusan, keberkesanan, pembahagian pekerja dan peranan dan fungsi yang saling menyokong.

Komuniti atau organisasi yang semakin teratur, atau tersusun dengan efektif akan semakin banyak keupayaan atau kekuatannya.

Kuasa Politik:

Sejauh mana komuniti boleh mengambil bahagian dalam membuat keputusan di peringkat kebangsaan dan daerah. Sebagai individu yang berbeza-beza kuasa dalam komuniti, maka komuniti mempunyai pelbagai kuasa dan pengaruh di dalam daerah dan negara.

Semakin banyak kuasa politik dan pengaruh yang komuniti amalkan, semakin tinggi tahap keupayaan yang ia miliki.

Kemahiran:

Kebolehan yang dimanifestasikan dalam individu, yang akan menyumbang kepada organisasi komuniti dan kemampuan untuk mendapatkan perkara yang dilakukan yang mana ia mahu dilakukan, kemahiran teknikal, kemahiran pengurusan, kemahiran organisasi, kemahiran mobilisasi.

Semakin banyak kemahiran (kumpulan atau individu) yang boleh diperoleh dan digunakan oleh komuniti atau organisasi, semakin perkasa masyarakat atau organisasi tersebut.

Kepercayaan:

Tahap yang ahli komuniti mempercayai antara satu sama lain, terutama pemimpin-pemimpin mereka dan pekerja komuniti, yang mana akan mencerminkan tahap integriti (kejujuran, dapat dipercayai,, keterbukaan, ketelusan, amanah) di dalam komuniti.

Semakin meningkat tahap kepercayaan dan kebolehpercayaan dalam komuniti menunjukkan peningkatan keupayaan. (Khianat, rasuah, penyelewengan dan pemesongan sumber-sumber komuniti menyumbang kepada kelemahan masyarakat atau organisasi).

Perpaduan:

Satu rasa yang dikongsi bersama oleh satu entiti (contohnya kumpulan menggubah masyarakat), walaupun setiap komuniti mempunyai bahagian atau perpecahan (agama, kelas, status, pendapatan, umur, jantina, etnik, puak-puak), sejauh mana ahli komuniti bersedia untuk bertolak ansur dengan perbezaan dan kelainan antara satu sama lain dan bersedia untuk bekerjasama dan bekerja bersama-sama, tujuan yang sama atau visi, berkongsi nilai bersama.

Apabila masyarakat atau organisasi lebih bersatu maka ia akan menjadi lebih kuat. (Perpaduan tidak bermakna bahawa semua orang adalah sama, tetapi semua orang bertoleransi akan perbezaan antara satu sama lain, dan bekerja untuk kebaikan bersama).

Kekayaan:

Sejauh mana komuniti seacara keseluruhan (berbeza dengan individu di dalamnya) mempunyai kawalan ke atas sumber-sumber sebenar dan berpotensi, dan pengeluaran dan pengedaran barang-barang langka dan berguna dan perkhidmatan, kewangan dan bukan kewangan (termasuk buruh yang didermakan, tanah, peralatan, bekalan, pengetahuan, kemahiran).

Semakin kaya satu-satu komuniti ia akan semakin kuat. (Apabila individu, keluarga atau puak tamak akan kekayaan pada perbelanjaan komuniti atau organisasi secara keseluruhan, ia akan melemahkan masyarakat atau organisasi).

Kesimpulan:

Semakin banyak mana-mana masyarakat atau organisasi memiliki setiap unsur-unsur di atas, semakin kuat ia, semakin banyak keupayaan ia miliki maka lebih perkasa ia.

Komuniti ialah sebuah entiti sosial (Lihat Komuniti); ia tidak menjadi semakin kuat hanya dengan menambah beberapa kemudahan. Komuniti menjadi lebih kukuh atau pembangunan keupayaan melibatkan perubahan sosial ─pembangunan─ dan melibatkan kesemua enam belas unsur kekuatan di atas.

Mengukur Unsur-unsur Berikut:

Kaedah penyertaan untuk mengukur perubahan dalam unsur-unsur ini, dengan itu perubahan dalam kekuatan komuniti sasaran, adalah dalam modul latihan: Mengukur Kekuatan.

Untuk kertas edaran dua halaman yang menyenaraikan enam belas unsur-unsur ini, lihat Enam Belas Unsur-unsur.


––»«––

© Copyright 1967, 1987, 2007 Phil Bartle
Laman Web Design by Lourdes Sada
––»«––
Perkembangan terkini: 18.11.2011

 Laman Utama

 Pengukuran Pemerkasaan