Laman Utama
 Pengukuran




Terjemahan:

Bahasa Indonesia
Català
中文 / Zhōngwén
English
Español
Filipino/Tagalog
Français
Ελληνικά / Elliniká
हिन्दी / Hindī
Italiano
بهاس ملايو / Bahasa Melayu
Português
Română
Српски / Srpski

                                        

Laman-laman lain:

Modul-modul

Peta Laman

Kata Kunci

Hubungi

Dokumen Berguna

Pautan Berguna


ENAM BELAS UNSUR-UNSUR
KEKUATAN KOMUNITI

oleh Phil Bartle, PhD

diterjemahkan oleh Rose Ragai


Nota Bengkel

Altruisme. Sebahagian daripada dan sejauh mana seseorang individu bersedia untuk mengorbankan faedah kepada diri sendiri untuk faedah komuniti secara menyeluruh (seperti direflekskan oleh kemurahan hati, kerendahan hati, pengorbanan peribadi, kebanggan kaum, sokongan, kesetiaan, kebimbangan, keakraban, persaudaraan);

Nilai-nilai Sejagat. Sejauh mana ahli-ahli dalam komuniti berkongsi nilai-nilai terutama sekali idea bahawa mereka adalah kepunyaan entiti yang sama menggantikan kepentingan ahli-ahli di dalamnya.

Perkhidmatan Kaum. Kemudahan dan perkhidmatan (seperti jalan raya, pasar, bekalan air bersih, akses kepada pendidikan, perkhidmatan kesihatan), penjagaan kemudahan ini (penyelenggaraan dan pembaikan yang boleh diharapkan), kemapanan, dan sejauh mana semua anggota masyarakat mempunyai akses kepada kemudahan dan perkhidmatan tersebut;

Komunikasi. Dalam sebuah masyarakat, dan di dalam masyarakat itu sendiri dan di luar, komunikasi termasuklah jalan raya, kaedah elektronik (seperti telefon, radio,televisyen, Internet), media cetak (akhbar, majalah, buku), jaringan, bahasa yang saling difahami, literasi dan kesanggupan dan keupayaan untuk berkomunikasi (yang merangkumi kebijaksanaan, diplomasi, kesediaan untuk mendengar serta bercakap) secara umum;

Keyakinan. Walaupun dinyatakan sebagai keyakinan bagi individu, berapa banyak keyakinan yang dikongsikan di kalangan masyarakat secara menyeluruh? Contohnya pemahaman bahawa masyarakat boleh mencapai apa sahaja yang ingin dilakukan, bersikap positif, kesanggupan, motivasi diri, semangat, harapan, berdikari dan bukannya sikap kebergantungan, kesanggupan untuk memperjuangkan hak, mengelakkan sikap tidak peduli dan fatalisme, "wawasan "tentang sesuatu yang mungkin;

Konteks (Politik dan Pentadbiran). Persekitaran yang membantu pengukuhan termasuklah politik (termasuk nilai-nilai dan sikap pemimpin negara, undang-undang dan perundangan) dan pentadbiran (sikap penjawat kerajaan dan juruteknik , begitu juga peraturan-peraturan dan prosedur Kerajaan) unsur-unsur, dan persekitaran yang sah di sisi undang-undang;

Informasi. Keupayaan untuk memproses dan menganalisis maklumat, tahap kesedaran, pengetahuan dan kebijaksanaan yang ditemui di kalangan individu berkepentingan dan dalam kumpulan secara keseluruhannya. Apabila maklumat lebih berkesan dan lebih berguna, bukan sahaja dalam bentuk jumlah atau jumlah yang lebih;

Intervensi. Tahap dan keberkesanan animasi (menggerakkan, latihan pengurusan, peningkatan kesedaran, rangsangan) yang bertujuan untuk mengukuhkan masyarakat. Adakah sumber-sumber amal dari luar atau dalaman meningkatkan tahap kebergantungan dan melemahkan masyarakat, atau adakah ia mencabar masyarakat untuk mengorak langkah dan menjadi lebih kuat? Apakah intervensi ini mapan atau bergantung kepada keputusan penderma luar yang mempunyai matlamat dan agenda yang berbeza berbanding dengan masyarakat itu sendiri?

Kepimpinan. Pemimpin mempunyai kuasa, pengaruh, dan keupayaan untuk menggerakkan masyarakat. Kepimpinan yang paling berkesan dan mapan ialah mampu membuat keputusan berdasarkan keinginan masyarakat secara menyeluruh, mengambil peranan membolehkan dan memudahcara. Pemimpin perlu mempunyai kemahiran, kesanggupan, kejujuran dan beberapa karisma;

Jaringan. Bukan hanya "apa yang anda tahu." tetapi "siapa yang anda tahu." Adakah setakat kepada anggota masyarakat, terutama pemimpin-pemimpin, orang yang diketahui (dan agensi-agensi atau organisasi mereka) yang boleh memberikan sumber yang berguna yang akan mengukuhkan masyarakat secara keseluruhannya? Hubungan yang berguna, berpotensi dan menyedari, dalam masyarakat dan dengan orang lain di luar;

Organisasi. Sejauh mana ahli-ahli masyarakat yang berbeza melihat diri mereka mempunyai peranan masing-masing dalam menyokong masyarakat secara menyeluruh (berbeza dengan semata-mata menjadi koleksi individu yang berasingan), termasuklah integriti organisasi, struktur, prosedur, proses membuat keputusan, keberkesanan, pembahagian tenaga kerja dan pelengkap kepada peranan dan fungsi;

Kuasa Politik. Sejauh mana masyarakat boleh mengambil bahagian dalam membuat keputusan di peringkat kebangsaan dan daerah. Setiap individu mempunyai kuasa yang berbeza-beza dalam masyarakat, maka masyarakat mempunyai pelbagai kuasa dan pengaruh di dalam daerah dan negara;

Kemahiran. Keupayaan, dimanifestasikan dalam setiap individu, yang akan menyumbang kepada organisasi masyarakat dan mampu untuk menyelesaikan perkara-perkara yang ingin dilakukan, kemahiran teknikal, kemahiran pengurusan, kemahiran organisasi, kemahiran mobilisasi;

Kepercayaan. Sejauh mana ahli-ahli masyarakat mempercayai antara satu sama lain, terutama sekali pemimpin-pemimpin mereka dan penjawat masyarakat, yang mencerminkan tahap integriti (kejujuran, dapat dipercayai, keterbukaan, ketelusan, amanah) di dalam masyarakat;

Perpaduan. Satu rasa kepunyaan yang dikongsi bersama entiti yang dikenali (iaitu kumpulan di dalam masyarakat), walaupun setiap masyarakat mempunyai pembahagian atau perpecahan (agama, kelas, status, pendapatan, umur, jantina, etnik, puak-puak), sejauh mana ahli-ahli dalam masyarakat bersedia untuk bertolak ansur dengan perbezaan dan kelainan antara satu sama lain dan bersedia untuk bekerjasama dan bekerja bersama-sama, mempunyai tujuan yang sama atau visi, perkongsian nilai;

Kekayaan. Sejauh mana masyarakat secara keseluruhan (berbeza dengan individu di dalamnya) mempunyai kawalan ke atas sumber-sumber sebenar dan berpotensi, dan pengeluaran dan pengedaran barang-barang sukar diperolehi dan berguna dan perkhidmatan, kewangan dan bukan kewangan (termasuk buruh yang didermakan, tanah, peralatan, bekalan, pengetahuan, kemahiran).

Mana-mana komuniti yang memiliki setiap unsur-unsur di atas, komuniti tersebut akan menjadi semakin kuat, mempunyai kapasiti yang lebih, dan lebih perkasa. Apakah anggaran kita akan perubahan dalam setiap unsur-unsur ini?

Walaupun anggaran terhadap setiap unsur-unsur ini adalah subjektif, anda perlu berusaha untuk memastikan bahawa anda menggunakan kayu pengukur yang sama untuk mengukur bagaimana hari ini, bagaimana tahun yang lalu, dan bagaimana lima tahun yang lalu.

––»«––

Bengkel:


Bengkel

© Copyright 1967, 1987, 2007 Phil Bartle
Laman Web Design by Lourdes Sada
––»«––
Perkembangan terkini: 18.11.2011

 Laman Utama

 Pengukuran Pemerkasaan