Mata yang memandang
Sosiologi Nota Kuliah Perspektif
Català Ελληνικά English Español Filipino/Tagalog Français Italiano Português Română Pycкий Srpski Tiên Việt 中文
 
................ 
.
POKER  PERMAINAN
diterjemahkan olehPhil Bartle diterjemahkan oleh Yoon Sook Jhee
. Jarak yang terdekat bukanlah garis lurus .
Bagaimana permainan poker digunakan sebagai metafora untuk menjelaskan perspektif ? Adakah cara ini efektif?
.
Perspektif sosiologi merupakan konsep sosiologi yang terpenting untuk diketahui, dan merupakan asas untuk semua topik yang dibincangkan di sini
.
Semasa saya cuba menjelaskannya, saya terfikir idea untuk menggunakan metafora  Metafora berguna untuk menjelaskan konsep yang baru, dengan mengasaskannya pada konsep yang telah diketahui  Seperti –– satu cerita yang digunakan pada cara yang sama –– Makna metafora tidak diambil secara tersurat tetapi dari segi ilustrasi prinsipnya
.
Saya mencadangkan bahawa anda meletakkan imej poker dalam minda anda
.
Dari sudut pandangan (perspektif) pemain-pemain, mereka melihat pertandingan antara mereka dengan orang lain
.
Mereka melihat pertandingan itu sebagai matlamat dalam permainan mereka  Mereka bermain untuk menang, maka meletakkan matlamat itu diletakkan dalam minda mereka semasa mengambil langkah seterusnya
.
Dari sudut pandangan kita, di luar permainan, adalah lebih mudah bagi kita melihat kerjasama dan nilai yang dikongsi dalam permainan itu
.
Mereka perlu bersetuju dengan makna dan nilai kad-kad dan cara permainan dalam pertandingan itu
.
Perkara yang penting untuk kami ialah perbezaan perspektif antara pemain-pemain dengan kita, sama ada kita menekankan pertandingan atau juga setuju dengan kerjasama
.
Margaret Thatcher, bekas perdana Menteri British ,merujuk kepada perspektif atomistik apabila berkata " Tidak terdapat masyarakat, hanya terdapat individu-individu.". Beliau adalah seorang pemain, bukan seorang pemerhati 
.
Beberapa pelajar mengenalpasti kerusi dan meja sebagai sebahagian dari dimensi teknologi (dan juga keropok dan bir), dan peraturan permainan sebagai sebahagian dari dimensi nilai  Walaupun saya tidak menjangkakannya, ini merupakan penambahan ynag berharga
.
Dari peringkat yang paling mudah, metafora amat berguna dalam kelas pertama   Bahaya menggunakan metafora di peringkat asas ialah pelajar mengambil makna tersuratnya
.
Berkemungkinan juga mereka mengandaikan bahawa kita cuba menyatakan kehidupan, dan hidup di masyrakat cumalah satu permainan, yang bermakna tidak serius
.
Kehidupan adalah serius, dan masyarakat bukanlah satu permaian, walaupun kita boleh meggunakan terminologi bermain permainan (kemudian, juga dalam lakon peranan)apabila cuba menjelaksan masyarakat merupakan sesuatu yang melebihi koleksi individu-individu
––»«––
..
Perspektif
2012.06.30