................. |
.
PERSPEKTIF
SOSIOLOGI
Dokumen teras dalam modul
ini |
diterjemahkan oleh Phil
Bartle
diterjemahkan oleh Yoon Sook Jhee
|
.
.
Sesetengah
benda berbeza mengikut cara kita melihatnya
|
.
Pengenalan: Bagaimana
Anda Melihatnya: |
....
Dalam banyak aspek, sosiologi merupakan
pengajian tentang benda yang kita lihat dalam kehidupan
sehariantetapi kita tidak melihat dalam cara yang sama.
Ini ialah sifat banyak disiplin sains |
.
Kita berkata, misalnya, "matahari
terbit setiap pagi" atau "benam setiap petang" |
.
Sains astronomi, bagaimana pun ,
mengajar kita sejak lama dahulu, bahawa bumi bukanlah rata dan bukan terletak
di tengah angkasa, tatapi merupakan satu glob yang berputar di atas paksinya
dan. apabila bumi berputar, kelihatan seolah-olah matahari terbit atau
terbenam:bukanlah begitu |
.
Apabila kita melihat
sekeliling kita dan melihat dinding dan/atau objek, kita melihat benda
pejal |
.
Fizik nuklear, walau bagaimana pun,
mengajar kita bahawa apa yang kita lihat sebagai jirim pejal, selanjar
tidak mengandungi apa-apa |
.
.
Jirim itu hanyalah nuklei atom yang
dikelilingi oleh vakum, mengeliling beberapa benda lain seperti elektron |
.
Dari segi saiz relatif,
adalah seperti lalat di padang bola sepak |
.
Dengan had mata kita, kita melihat
jutaan nuklei dan elektron, maka terlihatlah jirim pejal |
.
Empiris merupakan mereka yang berkata
bahawa kita hanya boleh memahami benda dengan memerhati, dan kita tidak
memerlukan teori untuk menterjemah benda-benda tersebut |
.
Astronomi, fizik nuklear, dan sosiologi
mengajar kita bahawa kita memerlukan perspektif sebelum kita melihat ––
pemerhatian itu sahaja tidak membawa kepada pemahaman |
.
Dalam kehidupan setiap
hari, kita mungkin berfikir bahwa masyarakat terdiri dari manusia |
.
Dalam sosiologi, masyarakat
bukanlah manusia |
.
Individu membawa masyarakat dalam
kepercayaan dan tindakan (dan interaksi), tetapi bukan dalam diri mereka |
.
Masyarakat ialah satu sistem kepercayaan
yang dibawa oleh manusia, tetapi menjangkau pembawa-pembawanya |
.
Ini bermakna, organisasi sosial seperti
keluarga atau komuniti, bukanlah manusia' |
.
Mereka adalah sistem, corak kepercayaan
dan tindakan, oleh manusia yang dibawa oleh manusia' |
.
Ini bukanlah bermakna kita boleh
mendefinisikan masyarakat (atau institusi sosial) sesuka hati kita atau
melihatnya mengikut kesukaan kita sendiri |
.
Sosiologi merupakan
satu disiplin, dan memerlukan disiplin ntuk memahaminya |
.
Bagi mereka ynag terlibat dalam sosiologi
gunaan, campur tangan memberi kesan kepada keluarga atau komuniti |
.
Amatlah penting untuk memahami sosiologi.
Ini bermakna keupayaan untuk memahami perspektif sosiologi |
.
.
....
Terdapat satu peribahasa
lama yang menyatakan " Tidak boleh melihat hutan untuk pokoknya" |
.
Kita boleh mengaplikasikan
idea ini dalam perspektif sosiologi |
.
Peribahasa in bermakna hutan adalah
besar, terlalu besa untuk melihat semua dalam satu pandangan, dan kalau
dilihat secara dekat, kita hanya boleh melihat pokok |
.
Kita boleh melihatnya sebagai sebahagian
dari hutan, tetapi ini tidak memberi kita pemahaman tentang hutan secara
keseluruhannya |
.
Dalam kehidupan setiap
hari, kita berhubung dengan orang lain |
.
Kita boleh meihat mereka,
kita boleh (biasanya) bercakap dengan mereka |
.
(Kadang kala kita boleh
menyentuh mereka (tetapi kita perlu berhati-hati di mana |
.
Kita tidak boleh melihat masyraakat,
komuniti atau keluarga, dan kita tidak boleh menyentuh masyarakat, komuniti
atau keluarga |
.
Jika kita naik kapal terbang dan
berada di atas awan, kita masih boleh melihat hutan kerana hutan ialah
satu ekosistem, dan mengandungi semua interaksi antara tanih, tumbuh-tumbuhan
, haiwan dan udara di sistem itu |
.
Ini melebihi sekadar
satu koleksi pokok |
.
Begitu juga dengan
masyarakat |
.
Masyarakat bukanlah terdiri dari
manusia (yang kita lihat), tetapi kepercayaan dan tindakan , dan merupakan
stu sistem; tidak terdapat posisi fizikal yang membolehkan kita melihat
masyarakat |
.
Keluarga dan komuniti merupakan organisasi
sosial, dan oleh sebab itu sesuatu yang melebihi sekadar individu di dalamnya |
.
Satu Perspektif Atomistik: |
....
Kita menggunakan perkataan "atomistik"
untuk menunjukkan satu perspektif bukan sosiologi (atau anti sosiologi) |
.
Dari apa ynag kita tahu tentang atom,
yang melekat bersama, mungin bukanlah perkataan terbaik untuk digunakan |
.
Ini bermakna manusia adalah individu
terpisah dan tidak terdapat apa-apa selain dari individu |
.
Saya berpendapat bahawa gambaran
tentang perspektif atomistik paling baik dikemukakan oleh Margret Thatcher,
seorang Perdana Menteri konservatif sayap kanan di UK |
.
Beliau berkata " Masyarakat
tidak wujud, cuma individu sahaja" |
.
Maka selagi kamu tidak percaya bahawa
masyarakat wujud, kamu tidak akan dapat melihatnya, atau tidak dapat mempengaruhi
organisai atau arah perubahan dan perkembangan |
.
Satu cara untuk membandingkan perbezaan
perspektif ialah memerhati pertandingan permainan seperti poker |
.
Pemainnya fokus kepada
kemenangan, dan berlawan sesama mereka |
.
Bagi mereka, pertandingan mempengaruhi
perspektif mereka, dan mereka melihat pertandingan sebagai elemen yang
terpenting dalam permainan itu |
.
Jika kita memerhati, kita juga dapat
melihat amaun kerjasama dalam permainan itu |
.
Nilai dan makna yang
dikongsi ditunjukkan dalam kerjasama sebegitu |
.
Terdapat juga persetujuan, misalnya,
tentang nilai setiap kad, dan tiga adalah lebih tinggi dari dua |
.
Kebanyakan persetujuan ini tidak
dikatakan, dan diambil mudah, yang menyumbang kepada elemen ini tidak tampil
dalam kesedaran pemain-pemain. Lihat Permainan
Poker. |
.
Begitu juga dalam masyarakat, "pemain"
dalam permainan seperti "pemasaran" mungkin melihat persaingan lebih mudah
dari peraturan dasar dan makna yang dikongsi |
.
.
Tiga
Perspektif Klasik Sosiologi: |
....
Dalam sejarah dan perkembangan sosiologi,
tiga perspektif yang terpisah dibentuk dan dihuraikan |
.
Mereka terhutang kepada pemikiran
yang mengaplikasikan kaedah saintifik untuk mengkaji masyarakat pada pertengahan
dan akhir kurun ke 19 |
.
Karl Marx yang tidak pernah mengganggap
dirinya ahli sosiologi, mengambil berat terhadap persaingan asas antara
sumber-sumber |
.
Beliau menekankan perbezaan antara
mereka di kelas yang mempunyai kilang, golongan bourgeoisie, dan mereka
yang menjadi buruh untuk mencari nafkah, golongan proletariat |
.
Analisisnya menghasilkan satu perspektif
dalam sosiologi, apa yang dikenali sebagai "Konflik.
Kedinamikan dan perubahan masyarakat dikaitkan dengan pelbagai konflik.
Lihat Karl Marx. |
.
Emile Durkheim mengambil
pendekatan yang berbeza |
.
Beliau menyatakan bahawa kita perlu
melihat kadar perlakuan dan mencari penjelasan di luar individu yang melakukan
tindakan tersebut |
.
Beliau mendapati kesedaran yang bertindak
seolah-olah di luar individu walaupun kesedaran itu dilaksanakan dalam
fikiran individu tersebut |
.
Berbeza dengan Marx, beliau berpendapat
bahawa pelbagai sifat elemen sosial menyumbang kepada kehidupan dan perkembangan
masyarakat dan institusi |
.
Idea ini diteruskan sehingga hari
ini dalam perspektif sosiologi "Functionalism".
Lihat Durkheim. |
.
Max weber juga tidak
bersetuju dengan Marx, tetapi menggunakan arah yang berbeza |
.
Beliau berkata kita tidak boleh memahami
masyarakat melainkan kta memahami makna yang diletakkan oleh manusia ke
atas tindakan dan kepercayaan mereka |
.
Beliau berpendapat bahawa revolusi
industri disebabkan oleh pemindahan nilai dan kepercayaan yang dikaitkan
dengan idea John Calvin dan Reformasi Protestant. |
.
Analisisnya menghasilkan perspektif
sosiologi yang ketiga, "Interaksi simbolik" .Lihat
Weber. |
.
Sejak
berabad dahulu, ahli sosiologi bertengkar tentang tiga cara melihat masyarakat
ini |
.
Kadang kala, pertengakaran
itu mashi diperdebatkan hari ini |
.
Pertempuran pasangan keluarga luas
Appalachian, Hatfields dan McCoys telah diberhentikan, terdapat pula banyak
usaha dilakukan untuk mendamaikan mereka |
.
Saya menyokong idea bahawa ketiga-tiganya
adalah amat berharga, dan kia perlu cuba membatinkannya sebagai cara-cara
yang berbeza untuk melihat sesuatu |
.
.
Dalam setiap perspektif sejarah atau
klasik, tujuannya ialah untuk menunjukkan justifikasi atau menggunakan
pendekatan sosiologi |
.
Pelakuan sosial tidak dijelaskan
dengan teori psikologi, atau sebagai hasil warisan genetik (Ini dikenali
sebagai "reductionism"). |
....
Walaupun terdapat mereka yang menyatakan
bahawa Sosiologi feminis adalah perspektif yang keempat, pengamalnya menggunakan
ketiga-tiga perspektif sejarah dalam analisisnya |
.
Walaupun terdapat ketaksamaan dan
ketidakadilan beasaskan jantina, ini adalah sama seperti berasaskan umur
dan bangsa |
.
Perbezaan Biologi manusiaumur,
bangsa, jantinadiekstrapolasikan oleh manusia yang membuat andaian
tentang setiapnya |
..
Ini adalah topik yang
penting dalam sosiologi, tetapi bukanlah perspektif yang terpisah |
.
Cari
: Harriet Martineau. |
.
Di sini, ahli sosiologi
meminjam istilah dari ahli linguistik |
.
Perbezaan biologi (warisan genetik)
antara lelaki dan perempuan dipanggil perbezaan dari segi seks |
.
Perbezaan sosiologi (disalur dan
disimpan dalam simbol) antara kelelakian dan kewanitaan dpanggil perbezaan
jantina." |
.
....
Jika kita mendefinisikan budaya dan
masyarakat sebagai jumlah apa yang kita pelajari, maka amatlah berguna
untuk menentukan enam dimensi budaya atau masyarakat |
.
Dalam matematik, kita
mendefinisikan tiga dimensi sebagai ketinggian, kelebaran dan kedalaman |
.
Sesetengah ahli matematik
menambah masa sebagai dimensi keempat |
.
Kesemua itu adalah
konstruk analitikal, dan tidak wujud secara sendirinya dalam realiti empirikal |
.
Saya mendapati bahawa terdapat banyak
perspektif dan teori yang lebh senang difahami dengan menggunakan konsep
dimensi |
.
Dalam matematk, kesemua
itu adaah konstruk yang hanya wujud dalam minda pemerhati |
.
Dalam matematik, jika kita mengalihkan
salah satu dimensi, katakan ketinggian dan menganalisisnya, seluruh objek
tu akan hilang |
.
Begitu juga dengan
dimensi masyarakat dan budaya dimensions. |
.
Mereka adalah teknologi, ekonomi,
politik, institusi (atau interaksi), nilai dan kepercayaan |
.
Mereka bukanlah sekadar
aspek masyarakat tetapi dimensi |
.
Jika salah satu dialihkan,
kesemua enam akan dialihkan |
.
Kesemua itu diperluaskan dari keseluruhan
kemanusian dan teori sosiologi makro ke mikro dan interaksi setempat antara
sekurang-kurangnya dua orang |
.
.
....
Pengajian sosiologi
masyarakat amat menyeronokkan dan merupakan satu pengembaran yang mencabar |
.
Bagi saintis tulen, ini mendedahan
lebi anyak tentang bagaimana benda-benda berfungsi, dan perspektif sosiologi
memberi kita wawasan yang mendalam tentang fenomena sosial |
.
Bagi saintis sosial gunaan, terutamanya
mereka yang bercadang untuk masuk campur dalam keluraga, komuniti atau
organisasi, perspektif sosiologi memberi bahan yang sangat berharga untuk
memahami institusi-institusi tersebut, dan meramalkan apa yang akan terhasil
dari campur tangan mereka |
.––»«––
|