Laman Utama
 Mulakan




Penterjemahan

'العربية / al-ʿarabīyah
Bahasa Indonesia
Български език
Català
中文 / Zhōngwén
Deutsch
English
Español
Euskara
Ewe
Filipino/Tagalog
Français
Galego
Ελληνικά / Elliniká
हिन्दी / hindī
Italiano
日本語 / Nihongo
Kiswahili
بهاس ملايو / Bahasa Melayu
Português
Română
Русский
>తెలుగు /Telugu
ไทย / Thai
Türkçe
اردو / Urdu

                                        

Laman Lain:

Modul

Peta Laman

Kata Kunci

Hubungi

Dokumen Berguna

Pautan Berguna

KITAR MOBILISASI

Proses Meneguhkan Komuniti

oleh Phil Bartle, PhD

diterjemahkan oleh Yoon

Nota Latihan

Intervensi mobilisasi merupakan satu siri langkah yang anda lakukan.

Terdapat satu proses yang logik dan berfungsi dalam meneguhkan komuniti. Proses ini berbeza dari segi panjang kata dan sedikit perisian, tetapi polanya adalah asas. Peranan anda ialah memulakan proses ini dan mengikutinya.

Proses Kitar Mobilisasi ini hanyalah salah satu contoh yang diambil daripada Uganda Community Management Programme, satu daripada proses yang berkenaan.

Langkah anda akan berbeza dari komuniti ke komuniti, dari masa ke masa, dan bergantung kepada sumber yang ada, polisi majikan anda dan faktor lain.

Proses yang paling penting ialah: Pertama, dapatkan kebenaran dan kuasa untuk melakukan kerja anda. Kemudian, tingkatkan kesedaran di komuniti anda bahawa terdapat masalah yang perlu diatasi.

Berhati-hati dengan mereka yang mengandaikan bahawa anda akan meyelesaikan semua masalah tersebut. Beritahulah mereka bahawa komuniti mempunyai sumber yang berpotensi untuk menyelesaikan masalah mereka sendiri. Mereka hanya memerlukan keinginan and sedikit kemahiran pengurusan yang anda dapat bantu mereka peroleh.

Anda membantu menyatupadukan komuniti, menilai dan mencapai persetujuan tentang matlamat yang paling utama. Anda membantu mengorganisasi satu jawatankuasa eksekutif, atau mengaktifkan yang sedia ada. Anda membantu mereka menyediakan satu pelan tindakan dan reka bentuk projek. Anda menceriakan mereka, bukannya melakukan bagi pihak mereka, pastikan transparensi wujud, memantau dan melapor. Anda membantu mereka meraikan kejayaan mereka dan menilai hasil mereka.

Anda akan bersemuka dengan kitar ini beberapa kali di laman ini.

Penilaian kedua bermula dengan proses yang sama sekali lagi, yang menjelaskan sebab proses ini dipanggil kitar.

Kali kedua, mereka akan menjadi lebih teguh and berdikari, dan mungkin anda akan mengenalpasi penggerak tempatan yang dapat membantu anda mengekalkan kitar ini apabila anda mula mengundurkan diri. Anda boleh mengulangi kitar ini mengikut keperluan.

Apabila anda menyediakan satu komuniti untuk bertindak, sediakan mereka untuk mengambilalih kitar tersebut.

––»«––

Kitar Mobilisasi:

Kitar Mobilisasi

© Copyright 1967, 1987, 2007 Phil Bartle
Laman Web Design by Lourdes Sada
––»«––
Perkembangan terkini: 21.11.2011

 Laman utama

 Mulakan