Tweet Translasi:
'العربية / al-ʿarabīyah |
PETA DAN INVENTORIMenyertai dalam Penilaian Komunitioleh Phil Bartle, PhDditranslasi oleh Karen WongNota ahli komunitiNota untuk ahli komuniti membuat penilaianPeta dan Inventori: Sebelum anda dan ahli komuniti membangunkan cara seluruh komuniti mahu, adalah penting untuk mengambil inventori, untuk mencari sumber dan liabiliti, dan untuk menentukan apa yang diperlukan komuniti. Permulaan baik ialah membuat peta. Berkenaan dan seterusnya ialah membuat komuniti inventori. Adalah penting bahawa peta dan inventori dibuat semua orang dalam komuniti; bukan saja pemimpin tempatan dan pegawai, bukan sahaja ahli berpendidikan, bukan saja orang dewasa, lelaki, bukan saja etnik dan agama majoriti - semua orang Faksilitator akan membantu melancarkan pembuatan peta itu, dan mesyuarat komuniti adalah untuk membuat inventori. Bantuan anda amat diperlukan. Apa yang dibuat? Apa yang diperlukan dari anda untuk menjadikan ini berjaya? Apabila membuat peta, tepati masa dan menggalakkan semua ahli komuniti hadir. Jalan dengan seluruh kumpulan. Tunjuk bahawa aset komuniti seperti tandas yang bersih, air bersih, sekolah bersih, taman, jalan baik, pasar bersih dan aset yang boleh dikesan. Tunjuk kemudahan yang rosak, perlu dibaiki dan pastikan mereka direkod dalam peta. Tujuan anda dalam sesi ini ialah untuk memastikan bahawa peta ini tepat dan lengkap. Jasa anda untuk inventori komuniti adalah sama dengan yang tersebut. Menyertai mesyuarat dan menggalakkan semua ahli komuniti untuk membuat demikian. Bekerjasama dengan faksilitator. Kenalpasti semua sumber dan kemahuan. Jangan menentang dengan ahli lain. Pasti anda didengar dan jasa anda direkod, dan ahli lain didengar dan direkod juga. Terutamanya ahli yang tidak selalu didengar untuk sebarang alasan. Biar mereka didengar. Suara seluruh komuniti: Sekarang ialah masa untuk tahu: "Apa yang komuniti anda perlu untuk membangun?" Ini bukan masa untuk kepentingan sendiri. Ia juga bukan masa untuk mendapat apa yang anda, kawan atau keluarga mahu. Ini ialah tugas kumpulan di mana kumpulan ini ialah seluruh komuniti - semua orang. Jika anda boleh membaca (dan anda boleh jika anda sedang membaca), cuba elak daripada melihat kemahuan komuniti melalui seorang berpendidikan. Cuba fikirkan dari aspek orang yang tidak tahu baca dan tulis. Jika anda tidak boleh baca (dan ini dibaca kepada anda), fikir betapa penting ini kepada komuniti. Jangan gunakan majlis ini untuk membincang kebaikan kumpulan agama, bahasa, etnik dan keluarga anda. Gunakannya untuk member kebaikan kepada seluruh komuniti. Produk yang diingini dalam Penilaian: Apabila pembuatan peta dan inventori habis, apa harus dibuat kepada hasil dan apa harus dibina? Peta ini lengkap dan tepat, dan semua kemudahan termasuk sama ada aspek positif atau negatif. Inventori akan menjadi lengkap dan tepat, termasuk kemudahan, sumber, kemahuan dan peluang untuk membangunkan komuniti. Kedua-dua peta dan inventori akan mencari penyertaan dan input dari seluruh ahli bukan saja wakil tetapi sebahagian masyarakat - Seluruh ahli komuniti. ––»«––Membuat Peta Komuniti © Copyright 1967, 1987, 2007 Phil Bartle
––»«–– |
Laman utama |
Penilaian Penyertaan |