Laman Utama
 Mulakan




Penterjemahan

'العربية / al-ʿarabīyah
Bahasa Indonesia
Български език
Català
中文 / Zhōngwén
Deutsch
English
Español
Euskara
Ewe
Filipino/Tagalog
Français
Galego
Ελληνικά / Elliniká
हिन्दी / hindī
Italiano
日本語 / Nihongo
Kiswahili
한국어 / Hangugeo
بهاس ملايو / Bahasa Melayu
Português
Română
>తెలుగు /Telugu
ไทย / Thai
Türkçe
اردو / Urdu

                                        

Laman Lain:

Modul

Peta Laman

Kata Kunci

Hubungi

Dokumen Berguna

Pautan Berguna

MENGURUS PERPADUAN

Menyatukan seluruh komuniti

oleh Phil Bartle, PhD

diterjemahkan oleh Yoon

Nota Latihan

Pepecahan sosial merupakan situasi 'normal' mana -mana komuniti.

Anda telah membaca tentang memastikan kaum wanita menghadiri perjumpaan komuniti yang anda adakan (kecuali: komuniti konservatif Islam).

Juga termasuklah: golongan kurang upaya, warga emas, golongan miskin, golongan yang dilucut hak mengundi, golongan terpinggir, pemalu, dan golongan yang sudah pencen. Cara ini merupakan salah satu strategi dalam menyatukan komuniti anda.

Lihat Mengurus Perpaduan. Setiap komuniti mempunyai daya yang menolak ahli-ahlinya untuk berjauhan.

Keadaan ini mungkin disebabkan oleh perbezaan dari segi puak, etnik, agama, kelas, jantina, umur, tahap pendidikan, keupayaan fizikal dan mental, pekerjaan, pendapatan, kekayaan, pemilik tanah, penyewa, setinggan dan lain-lain faktor yang boleh memecahkan komuniti (Lihat Pepecahan Sosial).

Anda sebagai seorang penggerak haruslah dilihat sebagai neutral. (seperti seorang pengadil), tidak bersepakat atau berpihak kepada mana-mana pihak.

Ini bermakna anda mesti mengenali komuniti tersebut dengan menyeluruh. Jika anda menghabiskan masa dengan segelintir orang sahaja, mereka akan menganggap yang anda berat sebelah.

Jangan takut untuk mengenengahkan isu perbezaan dan puak dalam komuniti, tetapi jelaskan dengan cepat bahawa anda tidak bersepakat dengan mana-mana pihak.

Ingat juga bahawa anda bukannya hendak mengubah komuniti tersebut menjadi homogen (semuanya seragam) tetapi perpaduan komuniti bermakna semua puak bersatu padu sebagai satu komuniti and mewujudkan satu persekitaran yang bertolak ansur, dengan semua orang saling memahami dan menghormati sesama mereka, tidak mengira agama, kelas, suku kaum, jantina, keupayaan, kekayaan, etnik, bahasa dan lain-lain.

Satu komuniti yang bersatu padu merupakan pra-syarat bagi mengenalpasti matlamat dan masalah utama sesebuah komuniti.

––»«––

Sumbangan Komuniti:


Makanan untuk Buruh Sukarela

© Copyright 1967, 1987, 2007 Phil Bartle
Laman Web Design by Lourdes Sada
––»«––
Perkembangan terkini: 21.11.2011

 Laman utama

 Mulakan