Laman Utama
 Latihan Pentadbiran




Translasi:

'العربية / Al-ʿarabīyah
Català
中文 / Zhōngwén
English
Español
Filipino/Tagalog
Français
Ελληνικά / Elliniká
Italiano
日本語 / Nihongo
بهاس ملايو / Bahasa Melayu
Polszczyzna
Português
Română
Русский
Türkçe

                                        

Laman Lain:

Modul

Peta Laman

Kata Kunci

Hubungi

Dokumen Berguna

Pautan Berguna

Isi:

Isi:

Isi:

Isi:

Isi:

Isi:

MENYUSUN KOMUNITI DENGAN LATIHAN

oleh Phil Bartle, PhD

ditranslasi oleh KW

Dituju kepada Gert Lüdeking


Nota

Menggunakan proses latihan untuk menyusun komuniti

Abstrak:

Ini modul "bagaimana" untuk pekerja komuniti. Ia menjelaskan makna dan tujuan komuniti sebagai sebahagian proses latihan dan ada cara dan teknik untuk melakukannya.

Ia membezakan dari menyusun untuk membuat keputusan dan untuk mengambil tindakan efektif (kedua-dua penting untuk elemen memperkuat) dan menunjukkan setiap cara.

Pengenalan:

Latihan pentadbiran untuk komuniti bukan hanya sekadar memindahkan kemahiran, memberi maklumat, mewujudkan kesedaran dan galakan.

Aspek penting dalam latihan ini ialah menyusun. Ini bermaksud membina organisasi baru dan menyusun semula yang lama menjadikannya lebih efektif.

Modul ini menunjukkan bagaimana untuk menyusun proses latihan pentadbiran untuk memperkuat komuniti. Ia menggambarkan tujuan dan membantu menyusun CBOs untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan.

Bahagian A: Tujuan, Prinsip & Konsep

Sebelum kita menjelaskan aspek spesifik, kita boleh tengok tujuan menyusun, apa matlamat kita dan maknanya. Ini boleh menjadi berharga untuk beberapa perkataan dalam cara ini. Lihat "Jadual kata yang digunakan." Kata Carian Beberapa kata khas telah ditunjukkan di sini

Ingat prinsip: demokratik, penyertaan, memperkuat, seimbang, transparensi, kejujuran, mencegah penyakit, bantu sendiri, keadilan, membasmi kemiskinan, pembangunan. Ini tidak semestinya nilai yang anda pegang.

Makna Menyusun

Kita tahu masyarakat adalah lebih daripada sekumpulan manusia. Mereka termasuk perhubungan sesama orang. Mereka ialah satu sistem seperti ekonomi, parti politik, nilai, idea, teknologi, dan kelakuan. Seseorang datang dan pergi (kelahiran, kematian, migrasi), tetapi institusi tetap berterusan. Seluruh adalah lebih baik daripada sebahagian. Apakah masyarakat?")

Jadi, anda ada sekumpulan orang dalam sebilik tidak semestinya mereka tersusun. Tugas anda adalah untuk menyusun mereka. Ini bermaksud mengajar mereka yang akan menjayakan persatuan itu.

Makna "Mobiliti":

Beberapa orang menganggap bahawa jika mereka pergi ke satu komuniti dan menyusun kumpulan supaya ada struktur dan kumpulan itu sudah bersedia, mereka sudah memobilkan kumpulan itu. Tidak semestinya. Mobiliti bermakna tindakan. Mobiliti tidak hanya sekadar seperti yang tersebut tadi. Tindakan perlu diambil.

Latihan yang anda buat untuk menambah kapasiti komuniti bukan bertujuan untuk menghasilkan beberapa kumpulan, tapi seharusnya melibatkan organisasi.

Dua jenis Penyusunan:

Apabila anda menganjurkan CBO, anda harus tahu tujuannya; apakahnya dan apa yang dijangka.

Dua tujuan untuk menganjurkan
  1. Menyusun untuk membuat keputusan; dan
  2. menyusun untuk mencapai sesuatu

Walaupun persatuan mana boleh membuat itu, buat keputusan dan bertindak, anda harus mengingati tujuan anda apabila menganjurkan CBO. Adakah anda menyusun untuk membuat keputusan, atau anda menyusun untuk mengambil tindakan?

Jika anda memerlukan keputusan seperti membina klinik atau membaiki pengairan, baru anda perlu penyusunan membuat keputusan. Keputusan terpulang kepada seluruh masyarakat. Satu mesyuarat mungkin sesuai. Anda harus menggunakan ilmu anda untuk membantu mereka.

Jika anda menganjurkan mesyuarat komuniti, orang yang dilantik dan anda harus proaktif untuk membantu mereka membuat keputusan, dan memastikan mereka sentiasa terlibat sama ada orang kurang upaya, etnik dan agama minoriti, miskin, buta huruf, remaja, orang tua, dan lain-lain.

Tujuan anda adalah untuk membina satu organisasi yang melibatkan penyertaan dan proses demokratik.

Dalam kontra, jika anda mahu klinik diubahsuai atau meluluskan undang-undang melindungi hak tenant, jadi anda harus mengambil tindakan. Organisasi harus menjadi sensitif kepada komuniti dan menjadi efektif.

Struktur organisasi yang tradisional (pengerusi, setiausaha, dan bendahara) mungkin lebih efektif untuk membuat keputusan tapi mungkin tidak sesuai untuk tindakan efektif.

Definisi Betul adalah Penting

Ingatkan anda terdapat banyak perkataan yang digunakan untuk memperkuat masyarakat, mereka adalah popular dengan banyak agensi menggunakan. Mereka telah salah ditafsir dan diaplikasikan salah.

Ambil masa untuk menilai perkataan yang kita guna. Contohnya, "penyertaan komuniti" tidak bermaksud hanya penglibatan buruh tetapi bermaksud penyertaan seluruh masyarakat yang akan menjejaskan komuniti. Ingat bahawa komuniti menjaga organisasi dan aktivitinya fokus kepada komuniti.

Mengetahui makna kata yang betul adalah penting dalam mencapai pembangunan. Menghafal makna dalam kamus bukan cara yang paling berkesan; memikirkan konsep, merekod pengalaman, dan berkongsinya dengan orang lain adalah cara terbaik.

Ini hanya menunjukkan caranya. Anda digalakkan untuk berfikir lebih dan berkongsi idea dan pengalaman dengan orang lain. Mari kita lihat cara yang boleh digunakan.

Bahagian B: Cara untuk Menyusun:

Komuniti tidak menyusun sendiri jika bertindak bersendirian. Ada orang salah anggap penyertaan komuniti adalah automatik. Tidak. Mesti ada campur tangan dan anda bertanggungjawab. Ia dipanggil stimulasi; menandakan galakan kepada komuniti.

Jangan berfikir, bahawa anda hanya perlu memberi arahan. Keizinan untuk menyertai tidak bermakna ada penyertaan komuniti. Jika menjadi diktator, tidak semestinya membantu komuniti itu.

Bagaimana anda membantu? Kebanyakan kemahiran sudah dalam modul siri ini terutamanya sesi brainstorm. Bagaimana anda membezakan menyusun untuk membuat keputusan atau bertindak?

Prinsip itu ialah penyertaan. Sebagai jurulatih, andalah faksilitator, bukan penceramah. Peserta harus aktif menyertai. Anda faksilitator bukan diktator.

Jadikan Socrates contoh anda. Dia tidak beritahu orang bagaimana. Dia mencabar mereka untuk berfikir sendiri dengan bertanya soalan. Soalan itu adalah rawak dan tidak berkaitan. Mereka membantu mereka berfikir sehingga ahli politik diugut olehnya dan soalannya.

Tapi jangan macam Socrates, yang dibenci pemimpin dan dihukum mati. Teladaninya bahawa anda boleh membantu orang lain dengan bertanya soalan.

Apabila anda bertanya, anda menggalakkan peserta berjawab. Ianya akan melibatkan lebih banyak penyertaan. Belajar dengan melakukan adalah lebih berkesan daripada belajar dengan mendengar. Anda melibatkan lebih penyertaan, lebih mudah untuk mereka.

Jangan beri jawapan, dapat jawapan daripada mereka.

Menyusun untuk Membuat Keputusan:

Ini sama dengan penyusunan komuniti. Tugas anda untuk membina CBO yang akan membantu masyarakat. Jika sudah ada, tugas anda untuk menjadikannya lebih efektif. Matlamat anda adalah untuk melibatkan penyertaan, dan lebih demokratik.

Anda harus menganjurkan mesyuarat untuk semua ahli komuniti. Mungkin orang yang berpelajaran, lelaki, pemimpin akan mendominasikan mesyuarat itu. Mereka berbeza jadi adalah penting orang lain juga menyertai dan mereka tahu anda menumpukan perhatian. (Lihat dokumen Menyusun Unity Anda harus menjelaskan semua orang patut menyertai mesyuarat itu.

Untuk panduan bagaimana membuat keputusan dan mengatasi masalah, lihat Brainstorm modul. Pasti anda jelas peraturan kepada semua dan jangan kritik cadangan orang lain. Jangan akhirkan dengan (1) pilihan; terus dengan sesi ini, lihat (2) penyelesaian kepada masalah, (3) menghasilkan matlamat, (4) mengenalpasti sumber, dan (5) membina beberapa strategi dan memilih antara mereka.

Ini akan menjadi panduan kepada kerja lain seperti tindakan yang akan ditentukan oleh masyarakat.

Anda tidak memberitahu peserta apa untuk pilih, buat atau fikir.

Tanya soalan.
Memperkuat mereka dengan mencabar mereka.

Untuk bertanya soalan adalah sangat mencabar. Ia mempromosi pemikiran, penglibatan, terutamanya dalam satu set soalan yang melibatkan kumpulan.

"Apa yang kita perlu?" "Kenapa kita buat begitu?" "Apa matlamat kita?" "Bagaimana mencapainya?" "Apakah alternatif?" Semua ini soalan yang dapat dituju kepada peserta untuk dapat jawapan. Setiap itu tidak mengancam dan untuk menggalakkan peserta menyertai proses membuat keputusan. Anda harus menyedari apa yang anda tujukan dan kelemahan jawapan, jadi anda boleh mencari soalan untuk bertanya kepada peserta. Bersama, semua soalan itu lebih berkesan.

Jangan menerima jawapan secara pasif. Cabar dengan penuh hormat: "Adakah ini cara terbaik?" "Adakah cara lain?" Jangan terima, "Ini memang betul." Tanpa terlalu mengkritik tradisi, anda patut cabar peserta untuk membuat analisis dan cari cara paling sesuai walaupun cara itu tidak biasa. Ini memperkuat dan menambahkan kapasiti komuniti dan organisasi.

Sementara anda harus mengingati bahawa prinsip itu termasuk toleransi untuk orang lemah, penghormatan, demokratik, kejujuran, transparensi, penyertaan dan proses membuat keputusan. Bagimana anda mengarah soalan seharusnya membimbing kumpulan anda dalam prinsip, dan setiap kali anda mengingati peserta bahawa mereka sedang menuju kepada matlamat mereka.

Ramai menganggap bahawa demokratik menandakan konsep barat dan institusi seperti pilihan raya, parti dan parliamen.

Jangan terima apabila menyusun masyarakat untuk membuat keputusan, dan jangan membiarkan peserta. Galak pemikiran inovatif dan sukarela untuk membina struktur tidak biasa.

Keputusan yang penting harus dibuat seluruh komuniti, dan masalah itu dapat diselesaikan.

Menganjurkan Jawatankuasa:

Mustahak untuk masyarakat membuat kerja. Soalan penting harus dijawab dalam mesyuarat. Masalah besar akan mengambil masa panjang. Selagi masyarakat menguasai eksekutif, dan menjadi sensitif, keputusan menjadi jelas.

Banyak fungsi dijalankan oleh eksekutif. Kata "eksekutif" bermakna pentadbiran. Ia mendapat katanya daripadanya. Eksekutif ini ialah jawatankuasa pentadbiran yang akan mewakili masyarakat.

Tugas anda untuk menggalakkan jawatankuasa bekerja untuk pihak komuniti, bukan sebaliknya. Untuk buat demikian, anda harus tanya soalan dalam sesi latihan.

Anda ada dua pertanyaan: (1) apa proses pemilihan, dan (2) siapa harus dipilih dalam jawatankuasa.

Dalam masyarakat kecil, pilihan raya ini terlalu mahal dan tidak memerlukan. Dalam komuniti besar, dalam kontra, cara ini lebih memerlukan. Di sinilah pengalaman menjadi penting.

Anda menggalakkan semua orang. Prosedur yang memilih pemimpin akan menjadi berjaya.

Jika, selepas jawatankuasa ditubuhkan, terdapat rungutan oleh ahli komuniti. Anda harus berkata bahawa mereka itu dipilih jadi tanggungjawab itu mereka bukan saya sebagai faksilitator.

Pilihan itu mungkin bukan salah anda, tapi anda harus menilai semula prosedur itu untuk lihat sama ada ia jelas, bijak dan adil. Ini tidak berbazir kerana anda mungkin perlu menganjurkan mesyuarat dan menubuhkan jawatankuasa baru.

Kedua ialah pemilihan itu. Di sini, anda menanya soalan dan membiarkan peserta menjawab. Soalan anda harus secara sopan.

Mungkin orang yang berpelajaran akan dipilih kerana mereka berpendidikan. Biar mereka tahu kriteria ini tidak berasas. Apakah jenis orang mereka nak pilih? Mereka mahu orang yang boleh dipercayai, yang bermotivasi dan dapat berkomunikasi dengan baik.

Ramai orang berpendidikan ialah guru dan akan hilang. Mungkin seorang nenek tua yang dihormati dan dikenali ramai lebih sesuai. "Tapi adakah dia tahu tulis dan baca," seorang mungkin bertanya. "Tak jadi masalah," ialah jawapan anda. Keluarganya boleh membantunya dan dengan ini semua dapat berkumpul yang akan membantu komunikasi. Ini sesuai untuk pilihan bendahari.

Ada orang akan tertarik dengan jawatankuasa dan ingin mendapatkannya untuk kepentingan sendiri. Mereka berusaha untuk dipilih. Anda harus mengenali ini. Tanpa mengkritik beliau, anda harus menyuarakannya dalam proses itu.

Ada ingin memilih terkenal yang mungkin akan memashyurkan jawatankuasa tapi mungkin tidak berusaha untuk membantu. Mungkin mereka terlalu sibuk. Suarakan isu ini.

Apabila anda tidak memilih, menyedarkan mereka tentang isu-isu tertentu dan tanya pandangan mereka tentang pemilihan ahli.

Jawatankuasa tidak semestinya dipanggil begitu. Dalam sesuatu tempat, ia dipanggil CIC, tempat lain panggil "Jawatankuasa Pembangunan." Ia boleh dinamakan apa sahaja yang boleh termasuk nama komuniti dan releven. Galak dan cabar nama itu.

Menyusun untuk Tindakan Efektif:

Apabila anda bekerja dengan masyarakat dalam satu projek, anda sering bekerja dengan jawatankuasa. Anda tubuh sesi latihan dan ini lebih kecil daripada seluruh komuniti mesyuarat.

Jelaskan kepada peserta anda terdapat perbezaan dalam menyusun untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan efektif. Jelaskan mereka ada kebebasan untuk menjadi kreatif dan inovatif tapi mereka juga harus membantu organisasi.

Anda juga jelas kewajipan jawatankuasa dalam membuat keputusan atas kepentingan masyarakat dan untuk bermesyuarat apabila perlu. Ia harus mengambil tindakan. Ini tidak sama dengan jawatankuasa lain. Ia harus membuat kerja menurut komuniti.

Sebagai jawatankuasa yang membuat keputusan, ia harus berstruktur tradisional. Ia tidak semestinya begitu jika dilihat sesuai oleh masyarakat. Struktur ini mungkin tidak sesuai untuk jawatankuasa projek.

Apabila anda menganjurkan jawatankuasa projek, anda menyusun tindakan (Lihat modul) Perekaan Projek Komuniti Berdasarkan hasil sesi brainstorm, seluruh jawatankuasa akan memberi objektif dan sumber, strategi dan memilih yang terbaik. Projek jawatankuasa akan melaporkan kepada jawatankuasa pentadbiran yang seterusnya melaporkan kepada masyarakat.

Ia diurus dengan cara berbeza mengikut projek dan objektif. Ia tidak disusun sama dengan membaiki pengairan berbanding dengan menggubal undang-undang.

Biar persoalan ketiga menjadi tumpuan sini. "Bagaimana guna yang ada untuk dapat yang mahu?" (Lihat Latihan Pentadbiran Masyarakat Itu soalan penting, termasuk strategi, budget, pemerhatian, implementasi dan banyak perincian projek.

Struktur jawatankuasa itu dengan gambaran kerja setiap ahli adalah tanggungjawab setiap orang. Anda sebagai faksilitator dan jurulatih harus menggalakkan dan membantu mereka.

Jangan fikir tugas anda sudah habis. Sebagai pemerhati, anda mesti memerhati kerja mereka dan memastikan kerja habis dan dapat dilaksanakan dengan paling efektif.

Latihan sedikit masih diperlukan. Anda harus memerhati dan memberi latihan selagi berupaya kepada (1) seluruh komuniti, (2) jawatankuasa CBO dan/atau (3) organisasi tindakan.

Rumusan:

Anda bertugas untuk menyusun masyarakat membuat keputusan dan mengambil tindakan. Anda berbuat demikian dengan membantu dan mengajar cara bukan memberi arahan. Ia sepatutnya

Bertanya dan mencabar keputusan kumpulan. Anda menambah kapasiti organisasi yang anda bantu tubuhkan. Anda memperkuat komuniti dengan menambah kapasitinya untuk membuat keputusan dan menghabiskan kerja.

––»«––

© Copyright 1967, 1987, 2007 Phil Bartle
Laman Web Design by Lourdes Sada
––»«––
Perkembangan terkini: 18.11.2011

 Laman utama

 Latihan Pentadbiran