Laman Utama
 Latihan Pentadbiran




Translasi:

'العربية / Al-ʿarabīyah
Català
中文 / Zhōngwén
Deutsch
English
Español
Filipino/Tagalog
Français
Ελληνικά / Elliniká
Italiano
日本語 / Nihongo
한국어 / Hangugeo
بهاس ملايو / Bahasa Melayu
Polszczyzna
Português
Română
Русский
Türkçe

                                        

Laman Lain:

Modul

Peta Laman

Kata Kunci

Hubungi

Dokumen Berguna

Pautan Berguna

Isi:

Isi:

LATIHAN PENTADBIRAN

Jalan efektif ke komuniti, keluarga, dan organisasi yang kuat

oleh Phil Bartle, PhD

ditranslasi oleh KW


Dituju kepada Gert Lüdeking

Isi Dokumen dalam Modul

Latihan untuk organisasi; bukan untuk pemindahan kemahiran

Pengenalan:

Latihan pentadbiran sebagai satu elemen dalam membasmi kemiskinan, penguatan komuniti yang berpendapatan rendah dalam perancangan dan pentadbiran tempat tinggal, kemudahan dan servis, pembinaan, operasi.

Latihan ini untuk tindakan, bukan hanya pemindahan kemahiran atau pemberian info kepada individu.

Ini tidak boleh terlalu dipentingkan, sebagai cara untuk menguatkan komuniti, untuk membasmi kemiskinan, menggalakkan penyertaan, menyokong proses demokratik dan desentralisasi, mobiliti. Ini jauh berbeza dari pemindahan kemahiran maklumat dan kemahiran kepada peserta.

Ini bukan latihan biasa. Ia mementingkan aspek sokong, mobiliti dan organisasi.

Latihan ini digunakan untuk memperkuat pentadbiran dalam syarikat yang mementingkan keuntungan.

Ia telah diubah dan diintegrasi bersama teknik organisasi untuk tujuan mobiliti dan memperkuat kapasiti komuniti untuk bekerjasama dan membangunkan perubahan sosial.

Empat persoalan:

Jika kita lihat semua keputusan berbeza dari segi konteks, kita boleh guna empat persoalan. Jawab soalan ini adalah asas kepada proses latihan pentadbiran.

Empat persoalan ini ialah: "1.Apa kita mahu? 2. Apa kita ada? 3. Apa boleh guna untuk dapat yang kita mahu? 4. Apa akan berlaku jika kita dapat?" Jika anda lihat betul, empat persoalan ini termasuk dan mungkin tersembunyi dalam dokumen dan sesi brainstorming.

Soalan "Apa kita ada?" meliputi masalah ini. Dalam latihan pentadbiran komuniti, soalan ini harus dijawab oleh seluruh komuniti bukan hanya lelaki, yang berpelajaran, kakitangan kerajaan, kawan agensi tetapi melalui bancian oleh seluruh komuniti.

Soalan "Apa kita ada?" ialah pengenalpastian sumber yang boleh digunakan untuk menncapai matlamat. Dalam latihan pentadbiran masyarakat, langkah ini mesti dilakukan dalam mesyuarat di mana orang yang pendiam boleh menyertai kerana banyak sumber dalam komuniti, termasuk yang termiskin, adalah tersembunyi atau tidak berapa jelas. Seorang yang berguna dalam mesyuarat dapat mengenalpasti sumber itu. Sumber ini termasuk buruh dan profesional (bersedia untuk digaji dalam aktiviti), tanah atau tempat untuk menjalankan aktiviti, wang (melalui jualan, derma dan lain-lain). Modal diperlukan untuk menjalankan aktiviti, dan sumber minda (informasi, skil, pengalaman, kreatif) adalah sumber tersembunyi orang yang tua atau pesara, dan juga boleh didapati dalam orang kurang upaya. Ada yang tidak dilihat orang lain.

Soalan "Apa boleh guna untuk dapat apa yang mahu?" ialah strategi sebahagian dari pentadbiran. Terdapat beberapa cara untuk mengumpul sumber dan sumber minda seperti yang tersebut harus digunakan untuk mengenalpasti strategi dan pilih yang terbaik.

Soalan "Apa akan berlaku apabila kita dapatkannya?" ini merangkumi jangkaan untuk impak aktiviti ini. Ini boleh dikembang dengan bertanya bagaimana aktiviti dapat menyebabkan komuniti untuk perancangan pemerhatian dan evaluasi.

Empat persoalan ini harus digunakan oleh pekerja dalam organisasi. Sama mereka digunakan oleh pentadbir latihan untuk menyusun kumpulan pentadbiran. Seorang koordinator boleh menggunakan mereka untuk menyusun sekumpulan pekerja. Bersama-sama, mereka ialah tulang belakang dan kekuatan kumpulan ini.

Dalam latihan ini, empat persoalan ini harus ditanya apabila seluruh masyarakat bermesyuarat untuk menentukan kepentingan. Mereka harus digunakan lagi apabila ahli jawatankuasa bertemu untuk bermesyuarat lagi. Jika anda lihat betul-betul, anda akan lihat empat persoalan ini dalam susunan, tersembunyi dalam dokumen, sesi brainstorming dan perekaan projek.

Sama ada mereka ditanya apabila dalam kumpulan (syarikat kaya atau dalam konteks ini komuniti yang rendah pendapatannya). Mereka menandakan kandungan penting dalam pentadbiran.

Prinsip lain dalam latihan pentadbiran:

Selagi empat persoalan ini dikenalpasti sebagai kandungan latihan, prinsip lain boleh dikenalpasti juga. Rangkumannya berbeza. Berapa dan apa latihan yang sesuai digunakan untuk setiap sesi. Berikut adalah beberapa perkara yang tidak perlu disusunkan.

  1. Kita perlu visi. Kita perlu menentukan apa yang kita hendak buat. Terdapat beberapa matlamay, tetapi komuniti mesti bersatu dan pandai memilih. Pelatih boleh memberi quote dari Alice in Wonderland untuk memberi gambaran. "Jika kita tidak tahu mana nak pergi, mana jalan pun boleh," (Lewis Caroll). Tanpa visi, lebih baik untuk tinggal di tempat asal (dengan kemiskinan, kemiskinan) pada masa kini.

  2. Selagi matlamat ditentukan, adalah penting untuk merancang keputusan untuk mencapainya. Ini boleh digambarkan dengan :"Jika kita gagal merancang, kita merancang untuk gagal." Jika kejayaan dapat didefinisikan sebagai mencapai objektif , jadi rancangan adalah sangat penting.(Matlamat akan berubah sama ada dalam proses mencapainya atau selepas.)

  3. Pelatih boleh kata perancangan bermaksud siri fikiran yang akan membantu mencapai matlamat. Proses ini harus logik dan konsisten, dan boleh mencapai objektif. Dia juga boleh kata :"Kita rancang secara belakang (mula dengan pengakhiran dan akhirkan dengan permulaan.)" Mula rancang dengan tentu mana kita pergi, dan barulah tanya apa perlu dilakukan untuk mencapainya. Setiap langkah harus dikaitkan dengan keputusan akhir secara logik.

  4. Apabila memilih strategi, kumpulan harus menggunakan apa yang paling efisien untuk mendapat apa yang mahu. Efisien tidak harus ditolak walaupun diinterpretasi dengan beberapa cara. Ia harus didefinisikan kepada dapat "Dapat lebih output dengan kurang input." Jangan bekerja keras; dapat hasilnya.
    Di sini "kerja keras" ditunjukkan dengan kurang penting daripada hasil kerja itu. Ini tidak bermaksud seseorang boleh menjadi malas, tetapi sebagai galakan untuk menggunakan sumber dengan bijak (termasuk buruh), dan secara efisien.

  5. Penyertaan dan penentuan keputusan boleh mencari sumber tersembunyi yang mungkin akan hilang dalam penentuan keputusan secara diktator. Pelatih mengajar untuk melibatkan semua orang dalam proses itu. Seorang manusia, walaupun bos atau chief, ada kurang maklumat, pengalaman, daripada seluruh kumpulan, termasuk yang pendiam.
    Dalam konteks demokratik, adalah hak semua ahli komuniti untuk menyertai untuk memperkuat masyarakat, mengenalpasti sumber, dan mencari strategi kreatif yang mungkin terlihat, termasuk semua aspek pentadbiran yang baik.

  6. Pelatih harus mengingati masyarakat untuk berdikari. Bergantung kepada bantuan luar bukan sesuatu yang baik. Orang luar akan meninggalkan mereka selepas satu ketika. Menggalakkan bantuan sendiri; ini merupakan tanggungjawab dan hak.
    "Jika anda menyalahkan orang lain, anda telah berputus asa untuk berubah," (Ray Anthony). Pelatih tidak harus ditipu oleh rayuan, "Kita terlalu miskin dan kita perlu bantuan luar." Setiap kumpulan atau organisasi, tidak kira berapa miskin, jika ada manusia, ada sumber yang boleh digunakan, kebanyakan tersembunyi. Kemiskinan ialah tidak tahu siapa mereka.

  7. Tiada durian runtuh. Sukarelawan dan derma harus dibayar, jika bukan dalam mata kewangan. Boleh dibayar dengan kata galakan, pujian dan pegetahuan.
    Pelatih pentadbiran dalam syarikat harus menunjukkan bahawa walaupun tidak menyertai secara keseluruhan ataupun gajinya tidak seberapa, pujian dan kata galakan penting untuk mendapat hasil yang terbaik untuk sukarelawan dan buruh yang dibayar. Memberi pujian, mementingkan aspek positif, mengabaikan yang negatif dan jangan mengkritik.

  8. Kita tidak boleh berdiri di tempat sama. Jika kita tidak mara, kita akan berundur. Masyarakat manusia adalah dinamik, sentiasa berubah. Mustahil untuk menyelesaikan setiap masalah pada satu masa. Apa yang dilihat sebagai jawapan kepada masalah hari ini, jika berterusan, akan menjadi masalah kelak.
    Ada banyak lagi latihan dalam latihan pentadbiran ini. Dokumen ini tidak boleh menunjukkan semua. Anda, sebagai seorang yang mobil, sepatutnya mencari prinsip lain dan berkongsi pengalaman dengan orang lain. Tulis prinsip anda dalam jurnal anda.

––»«––

© Copyright 1967, 1987, 2007 Phil Bartle
Laman Web Design by Lourdes Sada
––»«––
Perkembangan terkini: 18.11.2011

 Laman Utama

 Latihan Pentadbiran