Laman Utama
 Latihan Pentadbiran




Translasi:

'العربية / Al-ʿarabīyah
Català
中文 / Zhōngwén
English
Español
Filipino/Tagalog
Français
Ελληνικά / Elliniká
Italiano
日本語 / Nihongo
بهاس ملايو / Bahasa Melayu
Polszczyzna
Português
Română
Русский
Türkçe

                                        

Laman lain:

Modul

Peta Laman

Kata Kunci

Hubungi

Dokumen Berguna

Pautan Berguna

TIP LATIHAN PENTADBIRAN

oleh Phil Bartle, PhD

ditranslasi ole KW


Dituju kepada Gert Lüdeking

Nota Bengkel

Tip untuk membantu pentadbiran

  1. Kita perlu visi. Komuniti harus membuat keputusan apa nak lakukan. Terdapat banyak matlamat tetapi mereka harus bersatu untuk memilih. "Jika kita tak tahu ke mana, jalan mana juga boleh." Oleh Lewis Caroll dalam Alice in Wonderland. Tanpa visi, komuniti boleh tetap di suatu tempat dengan kemiskinan dan penyakit.

  2. Selagi arah tuju dipilih, adalah mustahak untuk membuat perancangan dalam mencapai matlamat. Ini boleh diilustrasi dengan: "Jika kita gagal rancang, kita rancang untuk gagal." (Lihat juga Slogan Jika kejayaan dapat didefinisikan sebagai mencapai objektif , jadi rancangan adalah sangat penting.(Matlamat akan berubah sama ada dalam proses mencapainya atau selepas.)

  3. Pelatih boleh kata perancangan bermaksud siri fikiran yang akan membantu mencapai matlamat. Proses ini harus logik dan konsisten, dan boleh mencapai objektif. Dia juga boleh kata :"Kita rancang secara belakang (mula dengan pengakhiran dan akhirkan dengan permulaan.)" Mula rancang dengan tentu mana kita pergi, dan barulah tanya apa perlu dilakukan untuk mencapainya. Setiap langkah harus dikaitkan dengan keputusan akhir secara logik.

  4. Apabila memilih strategi, kumpulan harus menggunakan apa yang paling efisien untuk mendapat apa yang mahu. Efisien tidak harus ditolak walaupun diinterpretasi dengan beberapa cara. Ia harus didefinisikan kepada dapat "Dapat lebih output dengan kurang input." Jangan bekerja keras; dapat hasilnya. Di sini "kerja keras" ditunjukkan dengan kurang penting daripada hasil kerja itu. Ini tidak bermaksud seseorang boleh menjadi malas, tetapi sebagai galakan untuk menggunakan sumber dengan bijak (termasuk buruh), dan secara efisien.

  5. Penyertaan dan penentuan keputusan boleh mencari sumber tersembunyi yang mungkin akan hilang dalam penentuan keputusan secara diktator. Pelatih mengajar untuk melibatkan semua orang dalam proses itu. Seorang manusia, walaupun bos atau chief, ada kurang maklumat, pengalaman, daripada seluruh kumpulan, termasuk yang pendiam. Dalam konteks demokratik, adalah hak semua ahli komuniti untuk menyertai untuk memperkuat masyarakat, mengenalpasti sumber, dan mencari strategi kreatif yang mungkin terlihat, termasuk semua aspek pentadbiran yang baik.

  6. Pelatih harus mengingati masyarakat untuk berdikari. Bergantung kepada bantuan luar bukan sesuatu yang baik. Orang luar akan meninggalkan mereka selepas satu ketika. Menggalakkan bantuan sendiri; ini merupakan tanggungjawab dan hak. "Jika anda menyalahkan orang lain, anda telah berputus asa untuk berubah," (Ray Anthony). Pelatih tidak harus ditipu oleh rayuan, "Kita terlalu miskin dan kita perlu bantuan luar." Setiap kumpulan atau organisasi, tidak kira berapa miskin, jika ada manusia, ada sumber yang boleh digunakan, kebanyakan tersembunyi. Kemiskinan ialah tidak tahu siapa mereka.

  7. Tiada durian runtuh.Sukarelawan dan derma harus dibayar, jika bukan dalam mata kewangan. Boleh dibayar dengan kata galakan, pujian dan pegetahuan. Pelatih pentadbiran dalam syarikat harus menunjukkan bahawa walaupun tidak menyertai secara keseluruhan ataupun gajinya tidak seberapa, pujian dan kata galakan penting untuk mendapat hasil yang terbaik untuk sukarelawan dan buruh yang dibayar. Memberi pujian, mementingkan aspek positif, mengabaikan yang negatif dan jangan mengkritik.

  8. Kita tidak boleh berdiri di tempat sama. Jika kita tidak mara, kita akan berundur. Masyarakat manusia adalah dinamik, sentiasa berubah. Mustahil untuk menyelesaikan setiap masalah pada satu masa. Apa yang dilihat sebagai jawapan kepada masalah hari ini, jika berterusan, akan menjadi masalah kelak.

Ada banyak lagi latihan dalam latihan pentadbiran ini. Dokumen ini tidak boleh menunjukkan semua. Anda, sebagai seorang yang mobil, sepatutnya mencari prinsip lain.

Berkongsi dengan orang lain dan juga kita dan rakan sekerja.

––»«––

Aksi masyarakat; Membina Longkang


Aksi masyarkat; Membina Longkang

© Copyright 1967, 1987, 2007 Phil Bartle
Laman Web Design by Lourdes Sada
––»«––
Perkembangan terkini: 18.11.2011

 Laman utama

 Latihan Pentadbiran