Laman Utama
 Mengorganisasi




Penterjemahan

'العربية / al-ʿarabīyah
Bahasa Indonesia
Български език
Català
中文 / Zhōngwén
Deutsch
English
Español
Ewe
Filipino/Tagalog
Français
Galego
Ελληνικά / Elliniká
हिन्दी / hindī
Italiano
日本語 / Nihongo
한국어 / Hangugeo
بهاس ملايو / Bahasa Melayu
Polszczyzna
Português
Română
Русский
తెలుగు /Telugu
ไทย / Thai
Tiếng Việt
Türkçe
اردو / Urdu

                                        

Laman Lain:

Modul

Peta Laman

Kata Kunci

Hubungi

Dokumen Berguna

Pautan Berguna

MEMBENTUK EKSEKUTIF (CIC)

Mengorganisasi Jawatankuasa Perlaksanaan Komuniti

oleh Phil Bartle, PhD

diterjemah oleh Yoon Sook Jhee


Nota Latihan

Bagaimana mengorganisasi satu komuniti untuk tindakan yang efektif

Mengorganisasi komuniti untuk projek kendiri memerlukan pembentukan satu jawatankuasa eksekutif komuniti. Pilihan ahli komuniti mestilah terdiri dari komuniti tersebut, dan ahli komuniti harus pandai memilih calon yang boleh dipercayai, dan seterusnya memberi kepecayaan sepenuhnya kepada calon tersebut. Tugas anda ialah membimbing mereka untuk membuat pemilihan, bukan memilih bagi pihak mereka.

Jawatankuasa eksekutif mestilah dipilih oleh seluruh komuniti, dan bukan hanya sebahagian dari mereka. Oleh itu, lakukan organisasi secara bersatu (Mengorganisasi secara bersatu). Eksekutif ialah sebahagian dari komuniti, dan harus bertanggungjawab terhadap komuniti.

Anda, sebagai penggerak mesti memastikan komuniti memahami maklumat ini, tidak kira apa cara jua. Anda dinasihatkan supaya mengulangi mesej ini dengan cara yang berlainan, kepada kumpulan yang berlainan, di bawah keadaan yang berlainan.

Anda juga harus menggelakkan sebarang andaian dibuat pada fasa ini. Pemilihan bendahari, misalnya mungkin diganggu oleh pengaruh andaian. Ramai ahli komuniti, terutamanya jika berpendidikan rendah, atau buta huruf, mengandaikan pilihan terbaik untuk jawatan bendahari mestilah seseorang yang berpendidikan tinggi.

Mereka mungkin akan memilih seorang guru. Berdasarkan pengalaman lepas, guru sekolah berasal dari tempat yang jauh, berpendapatan rendah, tidak menunjukkan kesetiaan pada komuniti, dan membawa lari wang yang dipertanggungjawab kepadanya.

Mengapa seorang bendahari mesti berpendidikan tinggi? Ini hanyalah andaian semata-mata. Seseorang tidak perlu tahu menulis dan membaca untuk mengira. Jika seorang nenek tua yang telah berakar umbi dengan komuniti tersebut dan boleh dipercayai dipilih, beliau boleh menjadi bendahari, jika terpilih, walaupun beliau buta huruf.

Tatkala beliau mendapatkan bantuan jiran atau saudara mara untuk mengendalikan buku akaun tersebut, transparensi akan meningkat kerana setiap perbelanjaan dijelas dan dibincangkan. Bendahari bertanggungjawab terhadap wang, beliau tidak semestinya menyimpan buku akaun tersebut.

Tugas anda ialah membantu pembentukan eksekutif oleh seluruh komuniti. (Lihat "Latihan Mengorganisasi"). Pembentukan eksekutif haruslah transparen dan demokratik (lihat kedua-dua kata penting transparen and demokratik).

Proses tersebut harulah selaras dengan budaya yang dapat diterima oleh ahli komuniti(sebab inilah, diterangkan dalam dalam modul pertama, anda harus memahami dan arif tentang sifat-sifat komuniti tersebut ).

––»«––

Perjumpaan komuniti; Mewujudkan Keutamaan


Bengkel

Jika anda menyalin dari laman in, sila nyatakan nama penulis
dan sertakan tautan ke cec.vcn.bc.ca/cmp/

© Copyright 1967, 1987, 2007 Phil Bartle
Laman Web Design by Lourdes Sada
––»«––
Perkembangan terkini: 18.11.2011

 Laman utama

 Mengorganisasi