Tweet Terjemahan:
'العربية / al-ʿarabīyah |
SUMBER-SUMBER LUARANMengimbangi Sumber-sumber Dalaman dan Luaranoleh Phil Bartle, PhDditerjemah oleh EzlynaNota LatihanBerapa banyak sumber yang datang dari luar komuniti itu boleh menyebabkannya tergantung kepada bantuan luar serta hilang kebolehan untuk berdikari?Sebagai pemobilisasi, anda akan sedar betapa sukar untuk menemui keseimbangan antara sumber-sumber luaran dengan sumber-sumber yang datang dari dalam komuniti itu sendiri. Anda dan jawatankuasa komuniti akan berasa agak tertekan untuk membawa sumber luaran masuk ke dalam komuniti tersebut. Agensi penderma mahu membantu, sementara ahli komuniti mahu menerima. Bagaimanapun, anda tahu bahawa membawa masuk sumber luaran boleh menyumbang kepada sindrom ketergantungan serta mengurangkan peluang-peluang untuk menjaga kesinambungan dan berdikari. Meskipun begitu, masih ada cara untuk memaksimumkan kebolehan dengan menggunakan sumber luaran seperti mana yang tersebut dalam kisah Nabi Muhammad (s.a.w) dengan seutas tali. (Lihat Mari Bercerita). Jika anda mampu meyakinkan penderma luar untuk menyediakan sedikit kos bagi latihan kemahiran, latihan pengurusan dan mobilisasi, serta membantu komuniti berkenaan mendapatkan sumber-sumber untuk pembinaan mereka dengan sendiri, anda mampu menyumbang kepada kebolehan komuniti untuk berdikari dan menjaga kesinambungan. Jika Nabi Muhammad (s.a.w) telah hanya memberikan makanan kepada peminta sedekah itu, baginda umpama hanya melatih peminda sedekah itu menjadi seorang peminta sedekah. Sebaliknya, dengan memberi nasihat dan modal, baginda telah membantu peminta sedekah itu untuk jadi berdikari. Situs ini membantu anda mendapatkan sumber luaran dengan Cadangan, membantu anda menyediakan cadangan yang berkesan. Sebagaimana alatan lain yang berdaya (contoh: api), kemahiran-kemahiran itu tidak patut disalahgunakan, dan boleh menyumbang kepada kemiskinan dalam jangka panjang. Gunakannya sebaik mungkin supaya yang benar itu akan berkekalan. ––»«––© Copyright 1967, 1987, 2007 Phil Bartle
––»«–– |
Laman Utama |
Langkah-langkah Persediaan |