Tweet Terjemahan:
'العربية / al-ʿarabīyah |
LANGKAH-LANGKAH PERSEDIAANPanduan Untuk Pemobilisasioleh Phil Bartle, PhDditerjemah oleh EzlynaPengenalan kepada Modul (Hub)Dokumen Dalam Modul Langkah-langkah Persediaan Ini
Melatih diri sendiri untuk menjadi pemobilisasi komunitiSebelum anda berjaya mendorong komuniti untuk membangun dengan sendirinya, anda perlu melatih diri anda terlebih dahulu. Anda mesti jelas dan tahu tentang matlamat; anda mesti tahu tentang komuniti sasaran anda; anda perlu ada kemahiran yang dikehendaki; anda mesti memahami dasar konsep dalam mobilisasi. Perkara pertama yang anda perlu lakukan sekarang ialah mula menulis jurnal. Buku nota yang murah sudah mencukupi. Anda mungkin berhajat menggunakan empat buah buku nota dan memberinya tajuk seperti berikut: (1) Matlamat dan Konsep; (2) Komuniti Sasaran; (3) Kemahiran Memobilisasi, dan (4) Catatan Harian. Walau bagaimana cara sekalipun anda pilih untuk mengorganisasi diri sendiri, adalah penting untuk bermula mengambil nota dan mencatat rekod dari sekarang. Tulislah sambil ingat bahawa pembacanya ialah seseorang yang bakal menggantikan anda. Modul ini menerangkan tentang perkara-perkara yang anda perlu untuk berlatih. Jangan ingat anda mampu berlatih kesemuanya sekali. Kita sebagai pemobilisasi patut belajar terus menerus tentang perkara-perkara yang dinyatakan dalam bab ini. Ia adalah proses yang tidak pernah tamat, dan kita akan gagal jika kita fikir bahawa kita sudah tahu kesemuanya. ––»«––Sesi Latihan: Jika anda salin teks daripada situs ini, sila hargai penulisnya |
Laman Utama |