Laman Utama
 PAR/PRA




Translasi:

'العربية / al-ʿarabīyah
বাংলা / Baṅla
Català
Deutsch
English
Español
Filipino/Tagalog
Français
Ελληνικά / Elliniká
हिन्दी / hindī
Italiano
بهاس ملايو / Bahasa Melayu
Polszczyzna
Português
Română
తెలుగు /Telugu
Tiếng Việt

                                        

Laman Lain:

Modul

Peta Laman

Kata Kunci

Hubungi

Dokumen Berguna

Pautan Berguna

PENILAIAN PENYERTAAN DAN PENYELIDIKAN

Membimbing dan menggalakkan komuniti untuk lihat sendiri

oleh Phil Bartle, PhD

ditranslasi oleh Karen Wong


Dokumen Utama dalam Modul

Bagaimana menggalakkan penyertaan dalam penilaian komuniti oleh ahli komuniti

Penilaian Penyertaan:

Satu tanggungjawab yang amat penting ialah anda harus pasti ahli komuniti menilaikan komuniti mereka dengan objektif, menyuarakan masalah, dan menilaikan perbezaan dalam keutamaan masyarakat untuk menyelesaikan masalah.

Tanpa penilaian yang adil, ahli berbeza akan mempunyai idea berbeza tentang andaian komuniti. Ini mengakibatkan ketidakpaduan dan menghalang tindakan efektif diambil untuk membasmi kemiskinan. Anda jarus belajar teknik baru dan melatih mereka untuk memahami prinsip dan belajar kemahiran penyertaan dalam penilaian.

Apabila anda tiba di kitaran mobiliti akhir, mereka projek komuniti anda harus membuat keputusan tentang masalah yang harus diatasi. Mesti ada persetujuan antara ahli. Tanpa perpaduan dan penilaian komuniti yang objektif, tiadalah persetujuan atas kerja apa yang harus dilakukan. Tanpa penyertaan komuniti dalam penilaian, orang berbeza akan memilih aspek berbeza.

Ahli berpendidikan melihat masalah dengan berbeza. Lelaki melihatnya berbeza dengan perempuan. Pemilik tanah melihatnya berbeza juga.

Orang yang dari kumpulan berbeza sama ada usia, bahasa atau agama tidak akan bersetuju dengan cepat kerana mereka melihat dunia ini dengan berbeza dengan pandangan berbeza.

Pembuatan Peta:

Satu cara baik untuk memulakan proses penilaian komuniti ialah menyusun pembuatan peta sesi.

Tetap satu hari untuk menyediakan peta ini. Tanya sebanyak ahli komuniti yang mungkin. Dengan kedatangan semua orang, jalan dalam kampung. Jangan hanya sekitar perimeter tapi melalui seluruh kampung. Apabila anda berjalan, anda akan memerhati benda dan membincang tentangnya dan menandakan atas peta.

Anda harus meneruskan perbualan itu supaya tidak henti. Pembuatan peta itu sebagai kerja kumpulan termasuk perbincangan dan pilihan adalah sama penting dengan peta itu.

Di atas peta, anda memasuki bangunan penting, jalan, dan kemudahan (tandas, paip air, taman, tempat membuang sampah). Anda juga memasukkan pemerhatian tentang kemudahan rosak. Pasti anda telah bincangkannya sebelum tandakannya. Ini akan bantu proses penilaian.

Di hujung jalan, semua orang harus bertemu untuk membincangkan perjalanan dan menentukan peta. Ini adalah penting kerana setiap masalah akan dibincangkan sementara ditandakan.

Paeta ini boleh digunakan di fasa penilaian seterusnya, membuat inventori kampung.

Inventori Komuniti:

Pada hari membuat peta itu, atau selepasnya, itulah masa untuk membuat inventori komuniti. Ia harus dibuat dalam proses penyertaan; ahli komuniti bekerjasama membuatnya. Jangan membuat untuk mereka kerana ini bukan tujuan mereka. Tugas anda ialah untuk memperbaharui prinsip dan teknik yang digunakan dalam sesi brainstorm.

Menghalang komen diberi; merekod semua jasa; membuat latihan kumpulan. Pasti bahawa jasa individu diberi (jangan memberi fokus kepada jasa individu), membiarkan jasa bertentangan (tulis setiap cadangan) dan memastikan bahawa ini ialah hasik kumpulan bukan hanya seseorang.

Kumpulan berbeza akan mempunyai fikiran berbeza. Pengetua berpendapat sekolah baru amat penting. Lelaki pula akses kepada baja dan perempuan air. Imam masjid baru dan orang lain berpendapatan lain. Proses ini harus termasuk seramai ahli kumpulan yang mungkin kerana akan lebih tepat penilaiannya tetntang kemahuan komuniti.

Untuk menggalakkan objektif, cadangkan inventori komuniti termasuk aset dan masalah. Kalau tandas bersih ialah aset, masukkannya bukan hanya tandas rosak. Lihat peta dan letakkannya atas dinding. Tanya apa aset dan liabiliti yang harus diperhati dalam proses pembuatan peta.

Apa dalam nama?

Anda boleh lihat singkatan PRA, atau kadangkala PAR, digunakan dalam rujukan ke cara penyertaan dalam penilaian sumber dan masalah komuniti. Terdapat beberapa definisi untuk ini.

Pada masa dulu, ada cara dipanggil RRA, Rapid Rural Assessment (Penilaian Kampung). Ini digunakan ketika agensi bantuan mengajak seorang pegawai dan tinggal di hotel mahal serta menulis penilaian yang amat diperlukan oleh agensi itu. Pegawai itu mungkin akan mendapatkan pendapat daripada beberapa pemimpin tempatan sebelum menulis laporannya,

Bertentangan dengan cara ini, it menjadi amat jelas (terutamanya kepada ahli komuniti) bahawa penilaian akan menjadi lebih tepat jika lebih penyertaan termasuk.

Juga, ahli sosiologi menyatakan bahawa jika ahli komuniti terlibat dalam proses ini, mereka akan menjadi lebih bertanggungjawab terhadap projek itu dan memberi jasa. Apabila seluruh komuniti terlibat, projek akan menjadi lebih baik daripada pelibatan beberapa orang pemimpin sahaja.

Singkatan baru telah digunakan, PRA. Singkatan ini adalah lebih konsisten dengan apa yang diwakili: Participatory Rural Appraisal, Participatory Research and Assessment (Penilaian Penyertaan dan Penyelidikan). Apa yang sama dalam proses-proses ini ialah penyertaan. Ada orang beri singkatan lain, PAR.

Ini juga telah memberi beberapa interpretasi baru. Apa yang sama ialah mereka sama mementingkan penyertaan. Ini sangat penting dan patut melibatkan seluruh komuniti, bukan hanya beberapa bahagian, ini dapat menggambarkan komuniti.

Maklumat untuk Siapa?

Anda pernah dengar terutamanya dari pengurus projek (jurutera, pembina) bahawa penilaian komuniti adalah tidak penting. "Kita sudah ada kajian, kenapa nak buat lagi dengan inventori kampung?" Anda harus mempertahankan kerja anda, terutamanya jika anda adalah sebahagian daripada projek. Pengurus selalu sibuk mendapat hasil fizikal dan penilaian penyertaan mengambil masa.

Maklumat yang dikumpul bukan daripada hasil yang seadanya. Andaian salah selalu difikirkan. Tujuan melibatkan seluruh masyarakat dalam proses membuat keputusan dan menggalakkan mereka menanggung tanggungjawab.

Itupun, info yang dihasilkan amat berguna kepada sumber maklumat lain (kajian, bancian, laporan lain) untuk mendapat gambaran situasi terkini. Anda dapat membasmi kemiskinan jika anda memberi info itu kepada agensi dan kerajaan tempatan, terutamanya yang membangunkan komuniti dan pentadbiran.

Melatih Ahli Komuniti:

Di mana komuniti dilihat sebagai yang lemah dan miskin, ahlinya akan kurang terdedah kepada proses membuat keputusan. Mereka juga tidak tahu membaca dan menulis. Kemahiran yang diperlukan mereka dapat memperkuat komuniti. Latihan formal bukan jawapannya.

Anda harus membantu mereka dengan menggalakkan mereka untuk berkeyakinan diri dan berjasa kepada komuniti.

Dalam proses ini, pasti anda adalah adil. Kemahiran diperlukan bukanlah susah. Mereka mudah belajar semua itu. Tugas anda ialah mengawasi pembelajaran.

Penyertaan ahli komuniti dalam penilaian komuniti adalah lebih daripada membuat aksi komuniti. Hasil penilaian itu boleh dijadikan data untuk mengukur pembangunan masyarakat.

Ke mana dari sini?

Dokumen ini menunjukkan bagaimana anda boleh menggalakkan penyertaan dalam penilaian komuniti oleh ahli komuniti lain. Melalui kerja anda, penyertaan semua ahli komuniti patut dipuji.

Dalam semua aktiviti latihan, cara penyertaan adalah terbaik, di mana jurulatih ialah faksilitator bukan penceramah, cara ini bagaimanapun tidak sepatutnya digunakan dalam semua aspek.

Di mana kemahiran ini diperlukan, terutamanya telah dikenalpasti oleh peserta, cara lain lebih baik seperti demonstrasi, pembentangan, dan dialog.

Lihat karangan Kamal Phuyal kenapa PRA," dan Doreen Boyd "Kebaikan PAR."

Untuk lebih perbincangan tentang cara ini, lihat Robert Chambers files (PRA, IDS, Sussex, UK).

––»«––

Membuat Peta Komuniti:


Membuat Peta

© Copyright 1967, 1987, 2007 Phil Bartle
Laman Web Design by Lourdes Sada
––»«––
Perkembangan terkini: 18.11.2011

 Laman utama

 Penilaian Penyertaan