Laman Utama
 PAR/PRA




Translasi:

'العربية / al-ʿarabīyah
বাংলা / Baṅla
Català
中文 / Zhōngwén
Deutsch
English
Español
Filipino/Tagalog
Français
Ελληνικά / Elliniká
हिन्दी / hindī
Italiano
بهاس ملايو / Bahasa Melayu
Polszczyzna
Português
Română
తెలుగు /Telugu
Tiếng Việt

                                        

Laman Lain:

Modul

Peta Laman

Kata Kunci

Hubungi

Dokumen Berguna

Pautan Berguna


BERKONGSI KEGEMBIRAAN MELALUI PRA

Nepal

oleh Kamal Phuyal

disunting oleh Phil Bartle, PhD

ditranslasi oleh Karen Wong


Peserta latihan tidak bertumpu dalam isi latihan, tetapi mereka tengok sikap jurulatih. Mereka juga akan mempraktikkan latihan.
(Mr. Uttam Dhakhwa, Sharing Forum on Spirituality and Development).(Forum Berkongsi atas Keagamaan dan Pemabngunan)

Kenapa guna PRA? Soalan ini selalu ditanya seperti dalam latihan dan bengkel. Dalam pengalaman saya, terdapat tiga komponen penting PRA; sikap, konsep dan proses atau kemahiran. Aspek ketiga ini sangat jelas. Seluruh latihan berfokus atas aspek ini. Latihan bermula dari sejarah PRA dan berakhir dengan aplikasi.

Komponen pertama, siapa patut guna PRA? Apakah sikap diperlukan? Apakah nilai pengamal cara PRA? Soalan kedua ialah kenapa guna PRA? Apakah proses aplikasi itu?

Penyertaan orang tempatan bergantung pada sikap faksilitator PRA.

Pembangunan Bermaksud Berkongsi Kegembiraan

Apakah maksud pembangunan? Kawan saya pernah beritahu saya idea dan contoh dan saya suka ideanya yang berkongsi kegembiraan dengan orang lain.

Saya pernah melawat banyak pembangunan projek; ada yang menggunakan wang banyak dan ada sikit saja. Sekali saya berada di kampung dekat Pokhara, Kathmandu. Kami sedang menilaikan penyertaan projek air. Kami bergembira di sana; kami telah berkongsi banyak dengan orang kampung di sana, mereka sangat gembira dengan kehadiran kami. Itu projek kecil dari aspek kewangan. Kami bekerjasama dengan kerajaan dan sebuah organisasi Jepun. Mereka menggunakan Rs.35000 untuk menghabiskan projek itu. Warga perempuan menerangkan projek mereka dalam sesi berkongsi.

Seorang Didi (sister) datang bekerja di kampung kita. Kami telah mengabaikannya untuk masa panjang. Orang kampung suruh dia balik kerana mereka tidak gembira bekerja dengan pekerja dahulu. Tapi, dia masih berfikir untuk kami. Akhirnya, kami suka dia dan bekerjasama menghabiskan banyak kerja. Kami ada kelas dan telah bergembira bersama. Semua kerja dihabiskan dan kita akan memikirkan perkara gembira pada masa dulu.

Orang kampung tidak tahu menyebut nama organisasi kami; mereka amat gembira bekerja dengan Bikase Didi. Dia suka bekerja dengan kampung wanita. Motonya ialah berkongsi kegembiraan dengan orang lain. Projek ini ialah cara mereka berkongsi kegembiraan. Dan kegembiraan itu menjayakan projek itu. Orang kamung tidak taju berapa wang digunakan. Dalam proses penilaian, mereka sangat gembira. Ini menyebabkan mereka komited untuk membuat perkara lain. Sekarang mereka ada kumpulan sendiri sesama perempuan. Mereka gembira dan sama-sama berkongsi kegembiraan dan masalah.

Organisasi besar telah menggunakan wang sebanyak 1.5 juta rupees dalam projek ini. Tetapi jawatankuasa hanya terima sebanyak 500 ribu rupees dari kerajaan sebagai bajet tahunan. Konflik terhasil dan mereka marah atas projek itu walaupun masalah mereka diatasi. Mereka meluahkan perasaan mereka dalam penilaian projek.

Pembinaan projek ini hampir habis tapi kami tidak tahu orangnya. Mereka selalu mengubah ahli. Kami tidak tahu siapa mereka. Mereka mungkin pemimpin politik. Mereka tidak ada pejabat di sini. Selalunya mereka balik ke Kathmandu atau Trishuli selepas melawat tempat itu. Kontraktor telah mengambil alih kerja pembinaan.

Orang kampung telah mengambil air untuk beberapa tahun; mereka boleh mneruskan ini juga. Mereka tidak ditanya pendapat. Ia dirancang oleh orang luar dan dijalankan oleh orang lain yang tiada masalah air. Di sini, kami dapati bahawa projek ini bukan alat berkongsi kegembiraan. Jurang antara mereka dengan orang lain semakin jauh. Ini hanya kerja mereka dan mereka berfikir bahawa mereka sangat baik untuk memberi projek. Mereka tidak berbincang dengan orang kampung. Kalau tidak bercakap, bagaimana kongsi kegembiraan?

Sejarah kita menceritakan banyak cerita tentang penyertaan oleh orang. Kita boleh lihat orang membuat kuil, jalan, perigi dan kolam, sekolah dan lain-lain. Motivasi ini ialah berkongsi kegembiraan. Mereka menyanyi, membuat kerja bersama, berkongsi makanan di parti, ketawa dan menghabiskan kerja mereka. Mereka gembira kerana memberi benda kepada orang lain dan menerima benda dari orang lain juga.

Sekali satu organisasi besar menawarkan kerja kepada rakan sekerja saya. Dia berfikir dengan teliti dan akhirnya menolak tawaran itu. Dia kata

saya tidak tahu saya akan gembira atau tidak di alam baru sama seperti di sini di mana saya berkongsi kegembiraan dengan kamu semua. Saya suka sini, dan mereka juga menawarkan gaji tinggi dan kemudahan baik. Tapi saya takut kehilangan kegembiraan saya.

Berkongsi Kegembiraan Melalui PRA

Kami belum mendapati latihan PRA bosan. Saya membaca 60 laporan latihan PRA baru-baru ini. Saya melihat bahagian penilaian dilakukan oleh peserta yang dibuat di akhir latihan itu. Saya tidak pernah melihat laporan yang menyatakan latihan PRA bosan. Ada pendapat yang berkata: Sepuluh hari seperti sepuluh minit, proses pembelajaran seperti bermain permainan, kita tidak bosan, kita berkongsi dan lain-lain. Dalam pendapat saya, ia ialah platform berkongsi kegembiraan. Mereka tidak disingkirkan, dipandang rendah di sini. Mereka semua ketawa, belajar dan berkongsi. Ini menghasilkan emosi antara mereka yang merupakan tujuan latihan PRA.

Semasa membuat peta, orang kampung memindahkan batu, dahan dan buat rumah. Mereka masih ingat lagi pengalaman mereka. Mereka semua bermain dengan batu. Mereka jerit, ketawa, bercakap dan kadangkala marah juga. Mereka juga berbincang, membuat analisis dan waktu berkongsi itu bermula. Semua orang menyertai latihan dan yang tidak berpendidikan juga mula bercakap. Ini memudahkan proses bekongsi.
Salah satu faksilitator pernah berkongsi

dan ia menjadi bosan dan teknikal. Ia menjadi bahaya.

Sekumpulan pengamal cara PRA datang dengan empat atau lima pekerja membawa benda mereka. Mereka tiba di kampung dan ada mencari ayam, dahan pokok untuk api. Pada waktu malam, terdapat malam kebudayaan. Mereka mula menari dan bergaduh apabila lelaki menjadi mabuk. Pagi esok, hanya beberapa orang berkumpul.

Ini tidak berkongsi kegembiraan tetapi mencurinya. Ia juga menghancurkan nilai PRA dengan kepentingan mereka sendiri.

Apa yang kita buat melalui PRA boleh dilakukan dengan cara lain. Guna teknik lain juga dapat meningkatkan penyertaan orang ramai. Kita boleh menggalakkan buta huruf datang menyertai proses pembangunan. Tetapi, tujuan utama PRA ialah berkongsi kegembiraan.

Sekali orang enggan meletakkan seorang lelaki tua atas tahap tinggi kerana dia miskin. Perbincangan mengambil masa panjang. Ada ingin membuktikan bahawa dia miskin kerana mereka ingin bantunya sedangkan projek itu untuk orang miskin. Dia pula berkata, walaupun saya tiada makanan cukup, saya gembira. Saya orang paling gembira dalam kampung. Pernahkah anda lihat saya sedih? Akhirnya dia diletakkan di tahap sederhana tinggi.

Selepas latihan itu, kita berbincang lama dengan orang tua itu. Kita menjumpai sumber kegembiraan dalamnya. Semua orang merasai kehilangannya apabila dia pergi untuk beberapa hari. Kumpulan PRA sedar bahawa kemahuan asas ialah hak semua orang, dan kelaparan akan meghalang rasa gembira. Tetapi, tahap ekonomi tidak boleh dibandingkan dengan emosi dan keagamaan.

Bulan lalu kita ada perbincangan tentang pembangunan dan keagamaan. Ada bertanya: "Apa kekuatan komuniti?" Berkongsi kegembiraan dengan siapa? Perbincangan itu ada banyak kesimpulan:

Kita mahu keadilan, kita tidak mahu eksploitasi. Kita mahu orang menyertai. Kita mahu mendengar idea mereka. Kita mahu menjadi kawan mereka. Kita mahu mereka gembira dan berkongsi kegembiraan itu. PRA menghilangkan semua formaliti antara kita dan PRA menyokong proses ini.

Seorang pengerusi berkongsi pengalamannya menggunakan PRA untuk perancangan.

Sebelum PRA, kita berbincang dengan setiap pesakit untuk mendengar masalah mereka.

Melalui proses ini, saya belajar dari pengalaman bahawa PRA membantu kita berkongsi kegembiraan dengan orang lain. Dengan berfikiran positif, kita boleh maju ke depan. Berfikiran negatif hanya akan menghalang kita. Kita tidak boleh maju ke depan jika hanya bertumpu pada yang negatif.

Kamal Phuyal
Nepal
Artikel Dihantar ke IDS bengkel "Perjalanan ke Penyertaan"

––»«––

© Copyright 1967, 1987, 2007 Phil Bartle
Laman Web Design by Lourdes Sada
––»«––
Perkembangan terkini: 18.11.2011

 Laman utama

 Penilaian Penyertaan