Laman Utama
 Jantina




Terjemahan:

'العربية / Al-ʿarabīyah
Bahasa Indonesia
Català
中文 / Zhōngwén
English
Español
Filipino/Tagalog
Français
हिन्दी / hindī
Ελληνικά / Elliniká
Italiano
Kiswahili
한국어 / Hangugeo
بهاس ملايو / Bahasa Melayu
Português
Română
Српски / Srpski
Tiếng Việt
اردو / Urdu

                                        

Laman Lain:

Modul

Peta Laman

Kata Kunci

Hubungi

Dokumen Berguna

Pautan Berguna

Kandungan:

Kandungan:

Kandungan:

Kandungan:

Kandungan:

Kandungan:

KAEDAH STRATEGI BAGI "GENDER" (JANTINA)

oleh Phil Bartle, PhD

diterjemahkan oleh Tisna Tasya Tajudin


Nota bagi Mobilisasi

Kaedah bagi " mobilizer" (mobilisasi) untuk memupuk kesedaran dan menggalakkan keseimbangan jantina

Abstrak:

Ini adalah pengenalan bagi beberapa isu utama mengenai jantina, dan beberapa kaedah yang boleh digunakan oleh mobilisasi komuniti di kawasan terlibat.

Pengenalan:

Dokumen ini, seperti kebanyakan di dalam laman ini, ditujukan kepada mobilisasi komuniti di kawasan terlibat, dan tidak bersifat teori ataupun perjanjian akademik.

Tujuannya adalah untuk memperkenalkan kepada perkerja kawasan kepada beberapa isu yang berhubung kait dengan jantina, dan membantu mobilisasi dalam membentuk kemahiran untuk memupuk kesedaran mengenai isu-isu jantina dan penggerak komuniti dan pihak organisasi ke arah meningkatkan keseimbangan jantina.

Hon, Mary Nagu, Menteri Pembangunan Komuniti, Hal Ehwal Wanita dan Kanak-kanak untuk Democratic Republic of Tanzania, berkata, "Anda tidak boleh mencapai pembangunan komuniti yang tulen tanpa keseimbangan jantina, dan elemen paling penting untuk mencapai keseimbangan jantina adalah melalui penglibatan komuniti." (Personal Communication, Istanbul, 1996).

Kerja-kerja komuniti adalah saluran yang berguna untuk meningkatkan kesedaran tentang isu-isu jantina dan mengimbangi ketidaksama rataan antara jantina. Tugasan untuk komuniti tidak akan selesai tanpa peningkatan kesedaran mengenai jantina dan memupuk keseimbangan jantina.

Jantina Versus Seks

Beberapa pembela yang mengekalkan penindasan wanita menentang penggunaan perkataan "jantina" sebagai tidak sah, kerana ia akan menyebabkan kekacauan dalam tradisi struktur sosial. Ini adalah tidak tepat , dan akan berguna kepada mobilisasi untuk mengetahui perkataan "jantina", kenapa ia digunakan, dan kepentingan dalam membentuk pembangunan kapasiti , menghasilkan pendapatan dan memberi kuasa kepada golongan komuniti berpendapatan rendah.

Bagi permulaan ialah membezakan di antara perkataan "seks" dan "jantina".

Secara kasar, "sek" ialah biologi dan "jantina" ialah sosial. Ciri-ciri biologi disalurkan dan dikekalkan dalam generasi ke generasi melalui gen (pembiakan) sementara ciri-ciri sosial dipelajari dan disalurkan dan dikekalkan (melalui simbol dan bukan gen) melalui komunikasi dan pembelajaran (pembiakan).

Perbezaan dalam seks membezakan di antara " lelaki" dan "perempuan" sementara perbezaan dalam jantina membezakan di antara "maskulin" dan "kewanitaan". (Kajian genetik membuktikan manusia berkemungkinan mempunyai lebih dari dua jantina, dan mungkin sebanyak lima kombinasi X dan Y kromosom yang berbeza dan berhubung kait dengan gen).

Apa yang membentuk "maskulin" atau "kewanitaan" adalah berbeza-beza dari budaya ke budaya dan berbeza-beza dari era ke era dalam sejarah. Apa yang dinyatakan di sini adalah sifat-sifat sosial (maskulin dan kewanitaan) yang ( sebagai manusia) diaplikasikan kepada berbeza manusia, sebagai tindakbalas kepada ciri-ciri adalah sifat-sifat budaya dan boleh ditukarkan di dalam proses pembentukan atau perubahan sosial.

(Ciri-ciri biologi adalah ditentukan melalui genetik yang diwarisi dan boleh diubah melalui pembedahan, ubatan dan sumber fizikal.)

Isu-isu Hak Asasi Manusia

Sementara nilai-nilai berbeza dari komuniti ke komuniti, negara ke negara dan masa ke semasa, kita boleh menerima secara am ada persetujuan mengenai apa yang betul dan salah di dalam konsep yang meluas ini.

Perkauman adalah satu konsep yang meluas dan secara am adalah salah, walaupun ada kemungkinan sesetengah orang berpegang teguh kepada fahaman perkauman.Kepercayaan bersifat perkauman adalah pemikiran bahawa sesetengah orang dilabelkan dengan sifat-sifat tertentu seperti warna kulit, rambut,wajah dan mereka yang bersifat perkauman mempercayai yang sifat-sifat ini hanya untuk kumpulan kumpulan tertentu dan kebanyakan sosial, psikologi secara automatik di aplikasikan kepada kumpulan.Contoh kepercayaan bersifat perkauman adalah (1) Orang berkulit hitam hanya pandai menyanyi (2) Orang putih bersifat perkauman (3) Orang Yahudi berfikiran tentang buat duit sahaja ataupun (3) Sesetengah orang tidak boleh dipercayai, kedekut, tidak logik, gila kuasa dan sebagainya.

Stereotaip sebegini selalu diungkit bagi menegakkan mengapa sesetengah orang dilayani dengan tidak adil, didiskriminasi atau pun menegakkan undang undang yang di gubal untuk menghadkan sepenuh penyertaan di dalam masyarakat sivil. Apabila dikaji, seksisme adalah sama dengan sifat perkauman. Sterotaip terhadap ciri-ciri sosial yang bukan fizikal dan kelakuan terhadap kumpulan masyarakat yang mempunyai ciri-ciri biologikal.

Jikalau dilihat terhadap perjanjian antarabangsa seperti Deklarasi Hak Asasi Manusia, kita boleh mencari nilai-nilai untuk apa yang kita kerjakan. Di antaranya, ialah idea yang semua orang berhak mendapat perkhidmatan, peluang, undang-undang, berpeluang menyertai sivil, tanpa mengira bangsa, jantina, kepercayaan agama, ataupun kumpulan-kumpulan yang boleh memecah belah satu bangsa manusia.

Walaubagaimanapun, kita mengetahui bahawa, di tempat yang terpencil dan terpinggir, yang berpendapatan rendah dan kurang berpendidikan, komuniti yang ditempatkan untuk kami, nilai-nilai ini tidak dikongsi dan kebanyakan tidak diketahui. Ini akan menambahkan beban tanggungjawab kepada mobilisasi komuniti dan fasilitator untuk pembangunan kapasiti; yang menyebabkan nilai-nilai ini diketahui dan difahami, dan bertindak sebagai agen pengubah, terhadap perlaksanaan nilai-nilai universal , sebagai sebahagian daripada proses mobilisasi.

Isu-isu Ekonomi dan Politik:

Semua individu boleh menyumbang kepada masyarakat dan komuniti, dalam cara yang berbeza. Masyarakat dan komuniti di perkuatkan oleh sumbangan tersebut.

Jikalau habit sekumpulan orang secara sistematik disisihkan daripada populasi sebanyak lima puluh peratus daripada produktiviti, ia akan menyebabkan kehilangan lima puluh peratus daripada potensi aktiviti ekonomi. Disebabkan kesan berganda, jika lima puluh peratus input ditambah , output akan bertambah lebih lima puluh peratus, dan berkemungkinan lima kali lebih banyak. Jika separuh populasi disisihkan oleh kerana jantina akan menyebabkan lebih dari lima puluh peratus kerosakan pada ekonomi. Ia adalah penting bagi ekonomi untuk memasukkan perempuan dan lelaki di dalam produktiviti ekonomi di dalam masyarakat dan komuniti.

Di dalam perkara yang sama, jika habit sesebuah kumpulan atau orang secara sistematik disisihkan lima puluh peratus daripada populasi yang membuat keputusan politik ( contoh keputusan yang akan memberi kesan kepada seluruh masyarakat dan komuniti) akan menyebabkan kemungkinan beberapa keputusan yang akan dibuat berkurangan. Matlamat yang menjadikan masyarakat dan komuniti mempunyai masa hadapan dan berbagai kemungkinan adalah terhad. Nilai akan hilang. Ini adalah sebab yang baik bagi memasukkan wanita secara seimbang di dalam proses membuat keputusan di dalam masyarakat dan komuniti.

Jikalau dilihat dalam sudut yang lain ialah mempertimbangkan jikalau lelaki secara sistematik disisihkan daripada aktiviti eknomi atau membuat keputusan politik. Tiada sebab yang saintifik untuk menyatakan yang sumbangan daripada lelaki lebih baik daripada sumbangan daripada wanita.

Orang yang secara sistematik disisihkan ( contoh wanita) daripada menyertai sepenuhnya di dalam sistem politik dan ekonomi yang sebagai sumber yang berharga tidak patut diendahkan di dalam pembangunan organisasi, komuniti atau masyarakat. Tanpa mereka kemiskinan akan meningkat.

Jikalau kedua-dua lelaki dan wanita diberi peluang yang sama untuk menyertai dalam ekonomi dan politik , ia akan merperkuatkan lagi ekonomi dan politik, lebih kreatif, lebih produksi dan lebih seimbang.

Isu-isu Budaya:

Di dalam satu woksyop untuk komuniti yang diuruskan oleh dua wanita sebagai fasilitator daripada "Uganda Ministry of Gender" (daripada pihak program bagi merperkasakan komuniti) , saya terdengar seorang lelaki tua menyampuk, " Adakah kamu cuba membunuh budaya kami?" Lelaki itu begitu yakin yang ia adalah tradisi dan budaya yang bagus bagi wanita melihat lelaki sebagai lebih berkuasa dan wanita tidak boleh menyertai dalam membuat keputusan dan wanita berperanan untun melayan lelaki sahaja. "Tidak" jawab wanita muda itu di hadapan mesyuarat itu. Kita bukan mencuba membunuh budaya sendiri," Kita hanya ingin menguatkan apa yang baik dan meninggalkan apa yang tidak berguna lagi."

Anda, sebagai mobilisasi perlu menjawab kepada orang yang menentang pengekalan budaya mereka, dan mereka yang takutkan perubahan budaya dan perangai yang akan memusnahkan budaya.

Sebagai permulaan ialah pemahaman apa itu budaya. ( Semak dokumen berkenaan budaya) Budaya). Budaya adalah benda yang hidup ( organisma), sosial daripada biologi. Ia termasuk semua benda ( perangai, kelakuan, kepercayaan) yang dipelajari daripada warisan secara genetik. Untuk kekal hidup, ia harus membesar dan menyesuaikan diri seperti organisma biologikal. Membesar dan menyesuaikan diri bermaksud berubah.

Benda yang diawet dianggap mati. Ikan sardin harus mati kerana diawet di dalam tin.... Jeruk diawet untuk dikekalkan di dalam bekas adalah tidak bernyawa. Artifak di dalam muzium adalah mati. Ia tidak akan berubah, dan merupakan objektif mengapa ia diawetkan.

Sebagai mobilisasi kita harus menghormati tradisi dan warisan budaya masing-masing. Kita melihat budaya sebagai benda yang hidup, dan bukan sebagai benda yang mati (tidak berubah) tetapi ia mesti membesar dan menyesuaikan diri untuk bertahan dan berubah, jadi ia harus berubah untuk menyesuaikan kepada masa kini, contoh perubahan dunia dan keadaan.

Perubahan tidak dapat dielakkan. Jikalau perubahan mesti dilakukan, lebih baik mempunyai pengaruh terhadap perubahan arah tujuan daripada budaya yang ditentukan tanpa penyertaan.Jikalau undang-undang mesti berubah, lebih baik perubahan terhadap deklarasi universal hak asasi manusia daripada undang-undang " urban jungles".

Dalam tempoh terdekat, keseimbangan penyertaan di antara jantina mungkin akan dilihat sebagai melanggar tradisi, terutama wanita yang telah ditindas dahulu. Dalam tempoh yang panjang , keseimbangan penyertaan antara kedua-dua lelaki dan perempuan akan menyumbangkan ke arah keteguhan masyarakat dan komuniti dan menguatkan , membesarkan ketahanan budaya.

Sementara kempat-empat seksyen menerangkan sosial dan budaya jantina dan keperluan untuk memperbaiki keseimbangan jantina dan memperkuatkan masyarakat dan komuniti, seksyen yang berikut akan membantu anda membuat strategi masing-masing , dan sebagai mobilisasi , bagi membantu dan memberi panduan kepada komuniti ke arah keseimbangan dan keadilan ekuiti.

Peningkatan Kesedaran:

Kita tidak dapat menyelesaikan masalah jika tidak tahu kewujudannya.

Ahli masyarakat dan komuniti harus menyelesaikan masalah sosial dan komuniti masing-masing. Sebagai pembangunan komuniti, anda tidak membangunkan komuniti, tetapi komuniti membangun sendiri. Penglibatan anda , termasuk bimbingan, kursus dan galakan , akan memberi arah tujuan, tetapi perubahan perlu dibuat oleh setiap ahli.

Kebanyakan ahli tidak melihat ini sebagai satu masalah yang perlu diselesaikan, atau tidak mahu melihatnya langsung. Kebanyakan ahli akan mendapat kebaikan daripada ketidakseimbangan status dan rasa terancam terhadap perubahan yang akan menurunkan status, prestij, kuasa atau penguasaan ekonomi. Mereka yang ada kepentingan sebegini, akan mengatakan ia tiada masalah atau pun menentang perubahan tradisi dan kepercayaan yang akan membunuh budaya.

Jawapan anda yang pertama ialah pembelaan, peningkatan kesedaran terhadap seluruh ahli komuniti. Kedua, ialah mereka yang ada kepentingan akan dimasukkan pada seksyen yang berikut.

Proses peningkatan kesedaran pada target kumpulan adalah salah satu cara yang baik bagi kaedah penyertaan.

Kita belajar dengan mendengar, melihat dan kebanyakannya dengan perbuatan. Ingat, ahli komuniti akan mengambil lebih tanggungjawab untuk projek jika mereka membuat keputusan sendiri dan tidak merasa dikawal daripada luar. Mereka perlu "hak" kepada proses atau projek. Ini adalah asas pembangunan komuniti dan prinsip yang diterangkan dalam Buku Panduan Mobilisasi.

Kaedah anda, ialah, sesi berkumpulan, bertanya soalan, seperti Socrates. Jangan berdakwah atau bersyarah kepada peserta. Tanya mereka soalan dan tunjukkan mereka supaya melihat kepada situasi, dari segi keseimbangan jantina.

Tidak menjadi kesalahan, jika berjumpa mereka dengan kesedaran dan simpati pada agama dan ketua komuniti dan pembuat keputusan dan menggalakkan mereka berdakwah dan bersyarah sedikit mengenai topik tersebut.

Soalan mengenai keseimbangan jantina tidak patut dihadkan kepada woksyop tertentu sahaja dan ditujukan kepada jantina ( yang mengasingkan isu dan selalunya berakhir dengan berdakwah kepada mereka yang telah bertukar) tetapi patut diintegrasi sepenuhnya dengan pengurusan kursus dan mobilisasi kepada komuniti yang bertanggungjawab terhadap projek-projek komuniti.

Menggalakkan Keseimbangan Jantina:

Di dalam situasi sebenar, terdapat ketidakseimbangan yang tidak dapat dipertahankan di mana lelaki akan fokus di dalam sesetengah situasi manakala wanita juga akan fokus kepada sesetengah situasi yang lain, di mana kebanyakannya tidak berpihak kepada wanita jika dibandingkan dengan lelaki. Matlamat keseimbangan jantina adalah untuk memperbaiki ketidakseimbangan.

(Lima puluh peratus kuota pada setiap situasi adalah terlalu tegar dan mungkin akan menyebabkan lebih masalah daripada penyelesaian)

Selepas melihat yang ada wawasan terhadap keseimbangan jantina yang juga konsisten dengan nilai tertinggi hak asasi manusia, dan jugak memberi banyak kebaikan kepada budaya, termasuk politik dan sistem ekonomi, kita perlu bertanya apakah kaedah yang kita boleh gunakan bagi tujuan tersebut.Ini bukannya masa untuk menggunakan kaedah dan cuba menggunakan formula standard yang akan memperbaiki semua tempat. Adalah penting untuk menganalisa situasi dan menentukan penyelesaianyang bersesuaian pada setiap situasi.Catalina Trujillo, UNCH's Women in Habitat programme, menggunakan slogan "Berfikiran Global dan Berkelakuan secara tempatan"Lihat konteks bagi matlamat ini: UNCHS

Apabila perubahan sosial difikir secara mendalam, anda boleh menjumpai orang yang akan menyokong perubahan dan sesetengah orang yang menentangnya. Ini sebagai contoh, adalah isu yang dibangkitkan di dalam panduan mobilisasi mengenai peningkatan penyertaan di dalam komuniti.

Mereka yang menentang perubahan adalah mereka yang mempercayai yang mereka akan kehilangan sesuatu yang mereka punyai jikalau perubahan berlaku.Tidak disangka, sesetengah yang berpihak yang lemah juga akan menentang perubahan kerana mereka mempercayai yang mereka juga akan kehilangan sesuatu, walaupun kehilangan itu adalah sesuatu yang tidak bernilai.Kadang-kadang mereka yang tertindas atau dipenjarakan tidak mahu berubah kerana mereka melihat keselamatan dan kekurangan mengambil tanggungjawab dan membuat keputusan adalah sesuatu yang mereka akan kehilangan.

Orang yang melihat kebaikan daripada perubahan ini adalah sekutu atau potensi sekutu kepada kamu dan mereka yang inginkan perubahan.

Oleh yang demikian strategi kamu yang akan didemonstrasikan akan memberi kebaikan kepada semua, termasuk mereka yang merasakan akan kehilangan sesuatu. Buat perubahan yang berguna kepada mereka yang akan menentang, dan mereka akan menarik balik tentangan mereka, dan mungkin akan menyokong perubahan secara aktif. Konsep ini kelihatan senang, tetapi tidak mudah digunakan.

Kaedah lain adalah menguruskan kesatuan union. Dengan menguruskan kesatuan union kesemua ahli akan mendapat kemudahan secara peningkatan gaji dan tempat bekerja yang selesa, tetapi jika semua akan memasuki union.

Sepeti yang diterangkan sebelum ini, organisasi, komuniti dan masyarakat akan mendapat kebaikan denga penyertaan kedua-dua wanita dan perempuan. Menarik balik undang-undang bagi bagi penyertaan berkumpulan adalah input ( politik, budaya, teknikal , ekonomi) yang berbeza, lebih kaya dan lebih kreatif. Ini akan memperkuasakan semua (menambah kapasiti) dan semua ahli akan mendapat kebaikan. Ini adalah komunikasi yang mudah bagi seseorang yang lebih sosial dan sedar tentang politik. Oleh yang demikian , kerja anda tidak patut fokus hanya kepada ketidakseimbangan tetapi juga mendemonstrasi kebaikan dariapada peningkatan keseimbangan jantina kepada semua dan setiap ahli.

Prinsip ini termasuk polisi yang akan memberi kebaikan kepada semua (komuniti, organisasi dan masyarakat) dan juga kepada individu.

Aliran Utama Jantina:

Kebiasaan strategi di dalam perubahan sosial atau program pembangunan adalah untuk memulakan perubahan dari satu kawasan atau sektor , dan selepas itu berpandukan kepada sukses dan pembelajaran , aliran utama kepada seluruh masyarakat.

Bagi kerja anda, mobilisasi komuniti, mengurangkan kemiskinan , membantu membangunkan pembangunan kapasiti , pengurusan kursus, menggalakkan kepercayaan diri sendiri, adalah kaedah aliran utama yang tidak di syorkan. Aliran utama mengnai kesedaran jantina dan meggalakkan keseimbangan jantina adalah paling baik dilakukan daripada permulaan pekerjaan anda dan perlu diteruskan.

Masalah jika terlalu fokus kepada gender dalam sektor atau kawasan tertentu, seperti yang disebut di atas, akan menyebabkan isu-isu kecil atau tidak penting berlaku. Jika anda menguruskan woksyop bagi jantina, anda akan berkemungkinan besar menarik penyertaan yang sudah mempunyai kesedaran tentang masalah dan berpihak untuk penyelesaian. Jikalau anda memasukkan kesedaran jantina dan menghasilkan keseimbangan strategi jantina sebagai satu topik di dalam semua sesi kursus dan mencampuri dengan kerja yang lain , anda berkemungkinan akan memasukkan orang yang perlu mendengar pesanan yang disampaikan.

Adalah berguna untuk mengadakan woksyop yang akan fokus khusus kepada jantina jika anda mengadakan TOT( Melatih Pelatih) ataupun semasa taklimat kepada pekerja atau pun sukarelawan; dalam keadaan ini anda perlu fokus kepada pembangunan strategi daripada kenaikan kesedaran itu sendiri. Di dalam kerja ini anda tidak melaksanakan kaedah strategi bagi jantina tetapi menyediakan pekerja anda dan sekutunya dalam perancangan kaedah strategi bagi jantina.

Sementara itu, di dalam semua aktiviti, mobilisasi komuniti, pembentukan kumpulan, pengurusan kursus, pembangunan kapasiti, mengurangi kemiskinan, anda pelu mencampuri kesedaran jantina dan keseimbangan jantina. Aliran utama patut dimasukkan daripada permulaan.

Kesimpulan:

Peningkatan kesedaran jantina dan menggalakkan keseimbangan jantina adalah satu kemestian dalam mobilisasi, pengurusan kursus, pembangunan kapasiti dan mengurangi kemiskinan.

Anda perlu membangunkan strategi khusus , mengenal pasti mereka yang menentang perubahan, dan membuat mereka sedar kebaikan kepada mereka sendiri dan mencampuri semua ini dalam pekerjaan anda daripada permulaan.

Tiada resepi khusus atau turutan aktiviti untuk diikuti.

Anda perlu menganalisa situasi, menggunakan prinsip yang termaktub dalm dokumen ini, dan strategi yang boleh diolah yang akan menjadi berkesan.

––»«––

Woksyop:


Woksyop

© Copyright 1967, 1987, 2007 Phil Bartle
Laman Web Design by Lourdes Sada
––»«––
Perkembangan terkini: 15.11.2011

 Laman utama

 Jantina