Laman Utama
 Mengorganisasi




Penterjemahan

'العربية / al-ʿarabīyah
Bahasa Indonesia
Català
中文 / Zhōngwén
Deutsch
English
Español
Ewe
Filipino/Tagalog
Français
Galego
Ελληνικά / Elliniká
हिन्दी / hindī
Italiano
日本語 / Nihongo
한국어 / Hangugeo
بهاس ملايو / Bahasa Melayu
Polszczyzna
Português
Română
Русский
తెలుగు /Telugu
ไทย / Thai
Tiếng Việt
Türkçe
اردو / Urdu

                                        

Laman Lain:

Modul

Peta Laman

Kata Kunci

Hubungi

Dokumen Berguna

Pautan Berguna

MENGATUR PEMANTAUAN

Sedar Bagaimana Kita Membuat Sesuatu

oleh Phil Bartle, PhD

diterjemah oleh Yoon Sook Jhee


Nota Latihan

Apabila komuniti menyediakan reka bentuk sesuatu projek, pejelasan tentang pemantauan perlu dimasukkan dalam reka bentuk tersebut. Pemantauan perlu diintegrasikan sebagai salah satu elemen dalam setiap projek.

Kata 'memantau' berbunyi seperti istilah teknikal, dan kemungkinan sesetengah ahli komuniti akan berasa terugut dengan penjelasan anda. Jangan takut; ide memantau amatlah mudah.

Pemantauan juga penting dalam mengukuhkan komuniti, dan membawa banyak fungsi jika diintegrasikan sebagai salah satu elemen, dan bukannya sesuatu yang terpisah dan hanya difikirkan apabila perlu sahaja. Lihat: Memantau.

Gunakan metafora untuk menjelaskan isi penting anda. Analogi "basikal" amat berguna di sini. Tanyakan kumpulan itu, "Berapa ramaikah antara kamu yang tahu berbasikal?" (Jika tidak, anda perlu bersifat hipotetikal, atau menanya sebarang aktiviti yang memerlukan penglihatan). "Ya"? Bagus!

"Pernahkah anda memejam mata semasa berbasikal?" " Jika tidak, bolehkah anda bayangkan apa yang akan berlaku?" Anda akan mendapat jawapan yang menunjukkan nahas, seperti terlanggar pokok atau orang lain, terkeluar dari laluan atau terjatuh.

Jika reka bentuk projek (basikal) akan membawa anda ke destinasi tujuan (objektif), anda perlu membuka mata anda (memantau kemajuan projek anda).

Setiap projek, besar mahupun kecil senang terkeluar dari laluan sepatutnya, dan biasanya akan berlaku keadaan sedemkian. Jika tidak dipantau (lihat) dengan teliti dan berterusan, projek itu akan terus terkeluar dari laluan sepatutnya, berlanggar dengan masalah dan akhirnya terjatuh.

Jika dipantau dengan berterusan, penyelewengan yang kecil dapat diperbetul dengan pantas, lantaran menggelak dari kegagalan.

Komuniti perlu berada di tempat duduk pemandu.

Ahli lain juga mahu dipantau. Penderma luar juga hendak mengetahui jika sumber yang diderma diguna dengan cara yang betul. Pegawai daerah juga mahu memantau untuk tujuan mereka sendiri. Anda juga mahu dipantau untuk mengetahui sejauh manakah anda berjaya mengukuhkan komuniti tersebut.

Komuniti mempunyai alasan yang terbaik untuk pemantauan.

Tugas anda sebagai penggerak ialah untuk mempengaruhi ahli komuniti untuk sedar tentang kepentingan dan kesenangan untuk memantau. (Senang tidak selalunya bermakna mudah).

Tugas anda juga termasuklah membimbing eksekutif dalam memastikan:
  1. cara pemantauan yang akan dilaksanakan oleh mereka dikemukakan dalam reka bentuk projek;
  2. melihat pemantauan adalah sama penting seperti melakukan tindakan;
  3. eksekutif adalah berkomited dalam pemantauan;
  4. eksekutif melaksanakan pemantauan; dan
  5. eksekutif melaporkan pemerhatian mereka kepada seluruh komuniti,
dan bertanyakan maklum balas yang sama dari sesiapa/semua ahli komuniti.

Cara sesuatu projek dipantau haruslah dipersetujui dan difahami oleh seluruh eksekutif dan komuniti, dan dikemukakan dengan teliti dalam dokumen perancangan.

––»«––

Memantau Pembangunan


Memantau Pembangunan

© Copyright 1967, 1987, 2007 Phil Bartle
Laman Web Design by Lourdes Sada
––»«––
Perkembangan terkini: 18.11.2011

 Laman utama

 Mengorganisasi