Laman Utama
 Mengorganisasi




Penterjemahan

'العربية / al-ʿarabīyah
Bahasa Indonesia
Català
中文 / Zhōngwén
Deutsch
English
Español
Ewe
Filipino/Tagalog
Français
Galego
Ελληνικά / Elliniká
हिन्दी / hindī
Italiano
日本語 / Nihongo
한국어 / Hangugeo
بهاس ملايو / Bahasa Melayu
Polszczyzna
Português
Română
Русский
తెలుగు /Telugu
ไทย / Thai
Tiếng Việt
Türkçe
اردو / Urdu

                                        

Laman Lain:

Modul

Peta Laman

Kata Kunci

Hubungi

Dokumen Berguna

Pautan Berguna

REKABENTUK PROJEK, KERTAS KERJA, SUMBER LUAR

Merekabentuk Projek dan Mendapatkan Sumber Untuk Projek Tersebut

oleh Phil Bartle, PhD

diterjemah oleh Yoon Sook Jhee


Nota Latihan

Apabila membantu komuniti untuk menentukan perincian untuk projek yang telah dipilih, anda perlu menyeimbangkan kecenderungan untuk mendapatkan terlalu banyak sumber luar, yang mendorong kebergantungan dan melanjutkan kemiskinan, sebaliknya bergantung kepada sumber dalaman (sukar), untuk meningkatkan pemberdayaan dan kebergantungan kendiri.

Ingat, tugas anda ialah menentang kebergantungan, yang mana ahli komuniti bergantung kepada bantuan luar untuk pembaikan komuniti. Anda perlu menekankan kebergantungan kendiri komuniti itu sendiri (yang mana komuniti bergantung sebahagian besarnya pada sumber sendiri).

Jika komunti memilih projek yang mahal, dan dijangka tidak akan dapat mengumpulkan wang yang mencukupi, anda perlu mengingatkan mereka untuk menjadi lebih realistik.

Kertas kerja merupakan satu pemohonan untuk mendapatkan bantuan dana dari bakal penderma. Kertas kerja yang terbaik direkabentuk seperti satu rekabentuk projek, yang dapat menjelaskan sebab-sebab dana mereka diperlukan.

Pelan tindakan projek yang sama perlu dijadikan asas sebagai penyerahan kepada kerajaan untuk mendapatkan dana.

Jangan sekali-kali membuat kerja-kerja jawatankuasa, walaupun terdapat keinginan. Eksekutif perlu belajar dengan menyelesaikan kerja-kerja itu. Golongan buta huruf dalam jawatankuasa mesti terlibat dalam penyediaan projek, secara lisan, ayat demi ayat.

Reka bentuk projek boleh digunakan sebagai kertas kerja untuk mendapatkan bantuan kewangan dari luar. Rekabentuk itu juga digunakan untuk mendapatkan persetujuan seluruh komuniti sebelum menjalankan projek tersebut. Sifat-sifat inilah dikatakan sebagai memenuhi syarat sesuatu kertas kerja. Kertas kerja itu mungkin diperlukan oleh pegawai daerah; adalah dinasihatkan supaya memberi mereka satu salinan.

Saripati reka bentuk projek, seperti sesi mendapatkan idea, bertujuan untuk menjawab dengan sistematik Empat Soalan Penting, (apa yang kami mahu, apa yang kami dapat laksanakan, bagaimana kami mendapatkan apa yang kami mahu, dan apa yang akan berlaku jika kami berjaya mendapatkannya). Tugas anda sebagai penggerak termasuklah memenuhi kempat-empat soalan ini secara terperinci dengan eksekutif, kaitkannya dengan konteks yang relevan, dan menyediakan jawapan yang sistematik dalam bentuk dokumen bertulis yang disediakan oleh eksekutif.

Semasa berbincang tentang sumber, anda akan selalu mendengar kata-kata bahawa komuniti tidak mempunyai dana yang mencukupi. Terdapat kecenderungan untuk bergantung kepada penderma luar sahaja. Bergantung kepada satu sumber sahaja meningkatkan kelemahan, dan mengurangkan keteguhan sesuatu komuniti. Dengan sedikit usaha sahaja, ahli komuniti akan mendapat mempelbagai sumber dari pelbagai pihak. Lihat Memperoleh Sumber.

Penggerak tidak menetapkan yang semua sumber mesti diperoleh dari komuniti. Sebaliknya, anda boleh memaklumkan kepada mereka semua ini, dan menyuruh ahli komuniti untuk menentukan sumber yang dapat mereka berikan.

Sumber sokongan termasuklah:
  • Dermaan:wang, tanah, bekalan dan peralatan, yang diderma oleh individu yang ingin menyokong komuniti mereka. (Diakui dan diucap terima kasih secara terbuka dalam mesyuarat);
  • Komersil: hadiah dari firma dan perniagaan yang ingin mengiklankan hasrat baik mereka dan menyokong komuniti. (Diakui dan diucap terima kasih secara terbuka dalam mesyuarat);
  • Buruh komuniti: masa dan tenaga buruh yang diderma oleh ahli komuniti, yang tidak berkemahiran (memotong rumput, meletak batu-batan) yang berkemahiran (pertukangan, pemasangan), mesyuarat, perancangan, pemantauan, penyeliaan;
  • Pertanian: petani menderma makanan kepada projek:
    • kepada buruh yang bekerja untuk projek itu, atau
    • kepada eksekutif untuk jualan yang dapat mengumpul wang untuk projek;
  • Makanan: mereka yang menyumbang dengan menyediakan makanan dan minuman kepada ahli komuniti pada hari mereka bekerja.
  • Sumbangan dan yuran: untuk kelab kredit dan projek kewangan yang serupa dari semua ahli komuniti; yuran servis, seperti mendapatkan bekalan air
  • Kerajaan: sebahagian dana dari kerajaan pusat, daerah atau sumber tempatan. Sumber termasuklah penglibatan dalam jawatankuasa pembangunan daerah;
  • Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO): organisasi tempatan seperti gereja, NGO luar yang beroperasi di tempatan; dan
  • Penderma tanpa nama: penderma yang tidak diketahui.

Senarai ini tidak menyeluruh. Dapatkan cadangan dengan mengadakan sesi untuk mendapatkan idea dengan ahli komuniti (bukan sahaja dengan pemimpin).

Lihat Dana untuk keterangan lanjut dalam memperoleh sumber untuk projek komuniti.

––»«––

Sumbangan komuniti; Pembinaan


Sumbangan komuniti; Pembinaan

© Copyright 1967, 1987, 2007 Phil Bartle
Laman Web Design by Lourdes Sada
––»«––
Perkembangan terkini: 18.11.2011

 Laman utama

 Mengorganisasi