Laman Utama
 Latihan Pentadbiran




Translasi:

'العربية / Al-ʿarabīyah
Bahasa Indonesia
Català
中文 / Zhōngwén
Deutsch
English
Español
Filipino/Tagalog
Français
Ελληνικά / Elliniká
Italiano
日本語 / Nihongo
한국어 / Hangugeo
بهاس ملايو / Bahasa Melayu
Polszczyzna
Português
Română
Русский
Türkçe

                                        

Laman Lain:

Modul

Peta Laman

Kata Kunci

Hubungi

Dokumen Berguna

Pautan Berguna

Isi:

Isi:

EMPAT PERSOALAN

dalam Pentadbiran dan Perancangan

oleh Phil Bartle, PhD

ditranslasi oleh KW


Didedikasikan kepada Gert Lüdeking

Nota Bengkel

Apa yang kita mahu?
Apa yang kita ada?
Bagaimana untuk guna apa yang ada untuk dapat apa yang kita mahu?
Apa akan berlaku seterusnya?

Kandungan penting dalam pentadbiran dan perancangan

Pentadbiran, sebagai satu aktiviti, bermaksud membuat keputusan dan mengatasi masalah. Keputusan yang penting mengenai pentadbiran dan perancangan boleh didapati dalam jawapan kepada empat persoalan itu.

Persoalan tersebut adalah: "1. Apa yang kita mahu? 2. Apa yang kita ada? 3. Bagaimana untuk guna apa yang ada untuk dapat apa yang kita mahu? 4. Apa akan berlaku jika kita dapatkannya?" Jika anda (lihat berhati-hati, empat persoalan termasuk dalam mana-mana dokumen projek perancangan dan dalam sesi brainstorming

Jika masalah itu diperiksa dan diatasi selepas masalah itu timbul, baru ini dipanggil "pentadbiran krisis." Ini adalah lebih baik daripada tiada pentadbiran langsung. Jika, dalam kontra objektif telah dijelaskan, dan aksi yang diperlukan untuk mencapai objektif telah dikenalpasti dan dilaksanakan, barulah ini dipanggil "pentadbiran yang objektif." Masalah yang dijangka sebelum berlaku dapat diselesaikan. Pentadbiran ini adalah lebih berkesan dan kurang stres daripada pentadbiran krisis.

Sama ada kumpulan itu kecil atau besar, sama ada ia dibentuk seperti organisasi atau seperti komuniti, kapasitinya akan diimprovisasi jika empat persoalan itu digunakan.

Jika tiada masalah, baru tiada pentadbiran. Tapi masalah sentiasa ada; itu lumrah kehidupan. Pentadbiran itu terlalu penting untuk ditinggalkan hanya kepada pengurus; ia harus dijadikan tanggungjawab semua. Jikalau begitu, semua harus tahu tentang empat persoalan itu dan memberi jawapan.

Apa yang kita mahu?

"Apakah masalah utama yang harus diselesaikan?" Soalan "Apa yang kita mahu?" meliputi masalah itu, adalah susah untuk memberi definisi gol itu dan untuk menjadikannya objektif yang spesifik. Sebagai metafora untuk aspek geografi, "Ke mana kita nak pergi?"

Organisasi itu harus ada visi yang dikongsi. Ini tidak perlu benda yang fizikal seperti tandas atau elektrik; ia boleh adalah undang-undang baru, sikap yang dikaji, kesedaran yang ditingkatkan, perubahan dalam tabiat, struktur organisasi yang baru, keuntungan organisasi komersial, pendapatan tinggi untuk ahli, perubahan dalam keahlian dalam organisasi (atau sebarang matlamat yang menmberi peningkatan contohnya kualiti kehidupan untuk sekumpulan.

Matlamat dan objektif harus dikenalpasti dalam semua projek dan perancangan dokumen; yang biasanya amat terkenal. Tetapi masalah ini harus dipilih dan difahami serta dipersetujui oleh semua ahli dalam kumpulan.

Dalam masyarakat, latihan pentadbiran soalan "Apa yang kita mahu?" harus diselesaikan oleh komuniti, bukan hanya lelaki, berpelajaran, pekerja kerajaan, kawan-kawan agensi, tetapi melalui bancian oleh seluruh masyarakat.

Apa yang kita ada?

Soalan "Apa yang kita ada?" ialah pengenalpastian sumber atau input yang boleh digunakan untuk mencapai matlamat. Metafora geografi ialah "Di mana kita sekarang?" Soalan ini menunjukkan bahawa situasi ini mesti diperhati, dibincangkan, dan dianalisis. (Ini dipanggil situasi analisis). Ini juga menunjukkan dengan jelas semua sumber dan halangan, aset dan liabiliti (berpotensi dan direalisasikan), serta situasi.

Dalam latihan pentadbiran masyarakat, langkah ini mesti dilakukan dalam mesyuarat di mana orang yang pendiam boleh menyertai kerana banyak sumber dalam komuniti, termasuk yang termiskin, adalah tersembunyi atau tidak berapa jelas. Seorang yang berguna dalam mesyuarat dapat mengenalpasti sumber itu.

Sumber ini termasuk buruh dan profesional (bersedia untuk digaji dalam aktiviti), tanah atau tempat untuk menjalankan aktiviti, wang (melalui jualan, derma dan lain-lain). Modal diperlukan untuk menjalankan aktiviti, dan sumber minda (informasi, skil, pengalaman, kreatif) adalah sumber tersembunyi orang yang tua atau pesara, dan juga boleh didapati dalam orang kurang upaya. Ada yang tidak dilihat orang lain.

Situasi analisis bermakna pemerhatian yang berhati-hati dan menentukan apakah yang akan mencapai objektif (atau berpotensi) dan apa yang akan menghalang pencapaian matlamat ini.

Bagaimana untuk guna apa yang ada untuk dapat apa yang kita mahu?

Soalan ini adalah strategi sebahagian daripada pentadbiran. Bagaimana dari "A" ke "B." Terdapat beberapa cara untuk mengumpulkan sumber ini dan sumber minda (seperti yang tersebut) harus dikenalpastikan dan memilih yang terbaik.

Kumpulan mesti berazam untuk pergi dari "A" ke "B", dipimpin oleh faksilitator, harus mencipta strategi sebagai perancangan aksi. Rancangan itu akan termasuk jawapan kepada empat persoalan itu. Bahagian kreatif dan inovatif menentukan strategi dan seterusnya memilih apa yang paling sesuai.

Ini, juga merupakan peluang untuk membuat keputusan yang baik. Lihat organize Kalau ini adalah individu yang tidak dikategorikan, untuk mencapai objektif, strategi harus dikaji untuk menjadi organisasi yang efektif untuk menjalankan aktiviti.

Jika kumpulan itu dibantu oleh faksilitator, ia peru bertanya sama ada ia dapat mencapai matlamat, atau perubahan dalam struktur dan proses boleh dikaji di sini. Untuk seseorang yang memohon latihan pentadbiran, ini ialah peluang untuk reformasi kumpulan kepada satu yang paling efisien. Mereka harus dapat apa yang mahu.

Apa akan berlaku jika kita dapatkannya?

Adalah sangat penting, sebelum tindakan diambil, kumpulan itu harus membuat jangkaan yang realistik tentang impak keputusan strategi tersebut. Mungkin terdapat beberapa akibat yang tidak dijangka, tetapi setiap cubaan harus dibuat untuk mengenalpasti akibatnya, terutamanya untuk mengelakkan apa yang tidak diingini.

Di sinilah kumpulan harus menyedari kepentingan pemerhatian. Seseorang tidak harus mengayuh basikal dengan matanya tertutup. Seluruh tindakan itu harus merangkumi pemerhatian tindakan dan keputusannya dan juga pelaporan kembali ke kumpulan.

Soalan "Apa akan berlaku apabila kita dapatkannya?" ini merangkumi jangkaan untuk impak aktiviti ini. Ini boleh dikembang dengan bertanya bagaimana aktiviti dapat menyebabkan komuniti untuk perancangan pemerhatian dan evaluasi.

Rumusan:

Empat persoalan ini harus digunakan oleh pekerja dalam organisasi. Sama mereka digunakan oleh pentadbir latihan untuk menyusun kumpulan pentadbiran. Seorang koordinator boleh menggunakan mereka untuk menyusun sekumpulan pekerja. Bersama-sama, mereka ialah tulang belakang dan kekuatan kumpulan ini.

Dalam latihan ini, empat persoalan ini harus ditanya apabila seluruh masyarakat bermesyuarat untuk menentukan kepentingan. Mereka harus digunakan lagi apabila ahli jawatankuasa bertemu untuk bermesyuarat lagi. Jika anda lihat betul-betul, anda akan lihat empat persoalan ini dalam susunan, tersembunyi dalam dokumen, sesi brainstorming dan perekaan projek.

Sama ada mereka ditanya apabila dalam kumpulan (syarikat kaya atau dalam konteks ini komuniti yang rendah pendapatannya). Mereka menandakan kandungan penting dalam pentadbiran.

Ini bukan latihan pentadbiran untuk pengurus.
Ini adalah latihan pentadbiran untuk semua orang.

––»«––

© Copyright 1967, 1987, 2007 Phil Bartle
Laman Web Design by Lourdes Sada
––»«––
Perkembangan terkini: 18.11.2011

 Laman utama

 Latihan Pentadbiran