Laman Utama
Langkah-langkah Persediaan




Terjemahan:

'العربية / al-ʿarabīyah
Bahasa Indonesia
বাংলা / Baṅla
Български език
Català
Cebuano / Sugboanon
中文 / Zhōngwén
Deutsch
English
Español
Euskara
Ewe
Filipino/Tagalog
Français
Galego
Ελληνικά / Elliniká
ગુજરાતી / Gujarātī
हिन्दी / hindī
Italiano
日本語 / Nihongo
Kiswahili
한국어 / hangugeo
بهاس ملايو / Bahasa Melayu
پښتو / Paʂto
Polszczyzna
Português
ਪੰਜਾਬੀ / Pañjābī
Română
Русский
सिन्धी / Sindhi
Af Soomaali
తెలుగు /Telugu
ไทย / Thai
Tiếng Việt
Türkçe
اردو / Urdu
Èdè Yorùbá

                                        

Laman Lain:

Modul

Peta Laman

Kata Kunci

Hubungi

Dokumen Berguna

Pautan Berguna

KETAHUI MATLAMAT ANDA

Apa yang anda mahu kecapi?

oleh Phil Bartle, PhD

diterjemah oleh Ezlyna


Nota Latihan

Matlamat dan tujuan seorang pemobilisasi

Salah satu daripada slogan yang kami gunakan dalam latihan pengurusan ialah, "Jalan ke mana-mana pun boleh jika anda tidak tahu ke mana anda mahu tuju."  (Lihat "Slogan.")

Ini boleh juga anda gunakan dalam persediaan untuk memobilisasi.

Memang mudah untuk berlarian, kelihatan sibuk, mengatur mesyuarat, membina tandas, bercakap dengan ketua komuniti, berpindah kumpulan sokongan, menggiatkan tindakan, tanpa maju dalam mencapai pengukuhan komuniti yang sejati.

Anda perlu menjelaskan matlamat anda, pertamanya kepada diri anda, kemudiannya ke atas kertas (secara bertulis), seterusnya kepada mereka di sekeliling anda.

Di sini anda patut mula menulis jurnal, atau mengkhaskan sebahagian daripada jurnal anda (jika sudah pun bermula) untuk matlamat dan konsep.

Anda mesti memutuskan matlamat tersebut sebagai matlamat anda, bukan hanya berfikir tentangnya bagaikan senarai ideal milik orang lain.

Matlamat mobilisasi dalam membangunkan sesuatu komuniti mungkin berbeza dari seorang ke seorang, dari komuniti ke komuniti.

Walaupun demikian, masih terdapat unsur-unsur yang sama.

Ini termasuk: penghapusan kemiskinan, pengurusan yang baik, perubahan dalam organisasi sosial, komuniti, pembangunan kapasiti, memberdayakan masyarakat yang berpendapatan rendah dan terpinggir, dan imbangan gender.

Semakin anda bergiat, membaca ini, serta melibatkan diri dalam mobilisasi, anda akan sedar bahawa setiap matlamat itu akan jadi lebih menarik dan mencabar, dan semakin banyak yang anda tahu.

Kembali ke jurnal anda selalu untuk mengemaskini, memperincikan dan menambahkan maklumat kepada matlamat-matlamat anda.

Sebagai contoh, pengurangan kemiskinan, adalah lebih kompleks dan mencabar apabila anda mula melibatkan diri, berbanding semasa anda hanya menyenaraikannya.

Kita belajar untuk mengelakkan "peringanan kemiskinan" kerana kita tahu ia hanya meringankan kepahitan dan bebanan buat sementara waktu, bukan penyelesaian yang tahan lama.

Kemiskinan bukanlah hanya ketiadaan wang (sebagaimana yang anda akan lihat kemudian) dan "menyerang" penyebab kemiskinan bermakna melawan apati, ketidaktahuan, penyakit, dan ketidakjujuran.

Ini hanyalah satu contoh di mana pemahaman anda tentang matlamat berkembang melalui pengalaman.

Ia serupa dengan pengurusan yang baik, yang mana ianya tidak hanya bermakna kepimpinan yang kukuh serta pengurusan yang cekap.

Ia juga bermakna ketelusan, penglibatan masyarakat, kepercayaan, kejujuran dan wawasan masa hadapan.

Anda juga akan pelajari bahawa anda sukar mengharapkan ketua komuniti (atau menjadi) telus dalam menggunakan sumber-sumber komuniti jika anda sendiri tidak telus dalam aktiviti-aktiviti komuniti anda.

Lihat dalam: Senarai Istilah Kunci, untuk perbincangan pengenalan tentang matlamat-matlamat (pengurangan kemiskinan, pembangunan komuniti).

Bandingkannya dengan nota dalam jurnal anda.

––»«––
Jika anda salin teks daripada situs ini, sila hargai penulisnya
dengan menautkan kembali ke cec.vcn.bc.ca/cmp/

© Copyright 1967, 1987, 2007 Phil Bartle
Laman Web Design by Lourdes Sada
––»«––
Perkembangan terkini: 20.11.2011

 Laman Utama
Langkah-langkah Persediaan