Tweet Terjemahan:
বাংলা / Baṅla |
KETAHUI KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG ANDA PERLUKANApa Yang Anda Perlu Tahu Untuk Tahu Bagaimana Melakukannya?oleh Phil Bartle, PhDditerjemah oleh EzlynaNota LatihanKemahiran yang anda perlukan untuk memobilisasiKemahiran-kemahiran yang anda perlukan sebagai pemobilisasi bukanlah amat sukar untuk dipelajari tetapi mampu menjadi "alatan" yang berkuasa. Ianya boleh disalahgunakan. Sebagai suatu analogi, cuba fikirkan tentang kemahiran-kemahiran yang ada pada seorang tukang kunci. Tukang kunci melakukan banyak perkhidmatan yang berguna dan bernilai, tetapi ianya boleh digunakan untuk memecah masuk dan mencuri. Sambil anda mempelajari kemahiran mobilisasi, gunakanlah kemahiran yang anda pelajari untuk memanfaatkan komuniti, bukanlah untuk memanfaatkan diri sendiri atas perbelanjaan komuniti. Oleh kerana sasaran anda adalah komuniti secara keseluruhannya, kebanyakan daripada kemahiran-kemahiran yang anda perlukan terletak pada kebolehan untuk berkomunikasi. Anda perlu belajar bagaimana menjadi penceramah awam, bukan hanya sebarang penceramah. Jenis ceramah awam yang anda perlu tahu adalah jenis yang memerlukan kepimpinan serta fasilitasi. Anda mesti tahu bagaimana mengeluarkan maklumat dan keputusan daripada sesebuah kumpulan, di mana ianya memerlukan pemahaman penuh tentang matlamat anda di samping sifat tenang dan berkeyakinan semasa berada di khalayak ramai. Anda mesti mampu membezakan dakwah, syarahan dan ucapan. Elakkanlah daripada menggunakan gaya-gaya sebegini. Kemahiran teknikal yang anda perlukan sebagai pemobilisasi termasuk: berceramah, merancang, mengurus, memerhati, menganalisis dan menulis. Cara terbaik untuk mempelajari kemahiran-kemahiran ini ialah dengan melatih diri sendiri. Anda juga perlu mengembangkan ciri-ciri keperibadian iaitu jujur, bersemangat, positif, tolak-ansur, sabar dan bermotivasi. Anda perlu tahu bagaimana untuk dengar dan faham apabila orang lain sedang bercakap. Anda perlu tahu bagaimana untuk memastikan maklumat itu sahih. Anda perlu tahu bagaimana mengilustrasikan hujah dan membuatkan ia kelihatan menarik didengar. Jangan berceramah seperti seorang pendakwah; jangan berucap seperti seorang ahli politik; jangan bersyarah seperti seorang profesor. Anda perlu tahu bagaimana untuk kekal berkeyakinan di samping sensitif terhadap persekitaran apabila berdiri di kalangan mahupun di hadapan khalayak ramai. Anda perlu tahu bagaimana untuk mengenali dan menyukai orang lain. Anda perlu tahu bagaimana untuk mengelakkan sifat pentingkan diri sendiri, bermegah dan sombong. Anda perlu tahu bagaimana untuk memimpin perbincangan tanpa berkelakuan suka mengarah, bersifat diktator dan menyindir. Latih diri anda dengan kemahiran-kemahiran ini. Anda belajar dengan melakukannya (bukan dengan hanya membaca buku teks). Sekiranya anda mengikuti kelas pembangunan komuniti, anda hanya akan duduk dan mengambil nota. Anda tidak akan dapat latihan yang terbaik. Anda patut berlatih, pertamanya di hadapan rakan sekelas anda, kemudiannya di hadapan kumpulan komuniti. Lihat Kaedah Latihan. Oleh kerana anda mesti mengorganisasi kumpulan komuniti dan membentuk jawatankuasa, anda perlu sedikit kemahiran organisasi. Oleh kerana anda juga melatih komuniti untuk mengurus, anda sendiri perlu ada kemahiran mengurus. Oleh kerana anda memimpin kumpulan komuniti untuk merancang, anda sendiri perlu ada kemahiran merancang. Oleh kerana anda menasihati dan memimpin kumpulan untuk menjaga rekod kewangan dan akaun dengan jujur dan benar, anda perlu ada sedikit kemahiran perakaunan pada diri anda sendiri. Oleh kerana anda memimpin kumpulan untuk menulis laporan, anda perlu ada kemahiran menulis. Belajar dengan berlatih. Anda perlu tahu bagaimana untuk mempelajari bahasa dengan cepat, (lihat Kaedah Aura Bagi Mempelajari Bahasa Lisan) dan biasakan diri dengan bahasa-bahasa yang digunakan di dalam sesebuah komuniti. Selain daripada kemahiran teknikal, anda perlu ada ciri-ciri keperibadian yang penting untuk berjaya sebagai seorang pemobilisasi. (Lihat nota latihan: Untuk Menjadi Pemobilisasi dan Deskripsi Tugas). Reputasi anda ialah aset anda yang paling penting. Jika anda dikenali sebagai seorang yang jujur, diplomatik, adil, rajin, bermoral, hidup cara bersih, bertolak-ansur, bersemangat, rendah diri dan berterus-terang, reputasi anda akan dapat membantu usaha mobilisasi anda. Jika anda bukan sedemikian, carilah tugasan atau pekerjaan lain. ––»«––© Copyright 1967, 1987, 2007 Phil Bartle
––»«–– |
Laman Utama |
Langkah-langkah Persediaan |