Laman Utama
 Mulakan




Penterjemahan:

'العربية / al-ʿarabīyah
Bahasa Indonesia
Български език
Català
中文 / Zhōngwén
Deutsch
English
Español
Euskara
Ewe
Filipino/Tagalog
Français
Galego
Ελληνικά / Elliniká
Igbo
हिन्दी / hindī
Italiano
日本語 / Nihongo
Kiswahili
한국어 / hangugeo
بهاس ملايو / Bahasa Melayu
Português
Română
Русский
>తెలుగు /Telugu
ไทย / Thai
Türkçe
اردو / Urdu

                                        

Laman Lain:

Modul

Peta Laman

Kata Kunci

Hubungi

Dokumen Berguna

Pautan Berguna

MENCABAR KOMUNITI

Rintangan Menghasilkan Kekuatan

oleh Phil Bartle, PhD

diterjemahkan oleh Yoon

Nota Latihan

Walaupun anda inginkan komuniti membina kekuatan mereka sendiri, anda tidak perlu menerima bulat-bulat secara automatik dan pasif segala matlamat utama komuniti.

Rintangan menghasilkan kekuatan. Otot tangan mestilah kuat untuk membuat tekan tubi.

Jika otot anda tidak menghadapi sebarang rintangan, otot itu akan menjadi lemah. Jika anda memberi terlalu banyak bantuan, komuniti tidak akan menjadi teguh.

Cadangan pertama tentang keutamaan komuniti mungkin dibuat tanpa pertimbangan secukupnya, dan jika anda mencabar mereka, mereka akan berfikir dengan lebih teliti tentang tindakan susulan yang perlu diambil.

Mari kita lihat contoh hipotetikal ini. Ahli komuniti mungkin menyatakan keutamaan mereka ialah membina sebuah klinik.

"Boleh diterima," jawab anda, "Tetapi apakah sebab disebalik keputusan anda yang menyokong pilihan ini sebagai matlamat utama"? Adakah komuniti mempunyai kebolehan untuk membina dan menguruskan sebuah klinik? "Apakah masalah yang dapat diselesaikan dengan sebuah klinik?" Apakah masalah yang akan timbul?

Mereka menjadi teguh apabila mereka mempertahankan pilihan mereka.

Jika mereka mahukan sebuah klinik kerana komuniti saingan mempunyai sebuah klinik berdekatan, motivasi mereka didorongi keangkuhan mereka dan anda perlu menjelaskannya kepada mereka.

"Ingat bahawa sumber itu datangnya dari kamu sendiri; itukah cara anda mahu menggunakan wang anda?" jawab anda.

Mungkin mereka akan memberitahu bahawa terdapat bayi yang meninggal, dan itulah kebimbangan utama mereka.

Inilah peluang untuk anda memberitahu mereka tentang prinsip PHC (kesihatan primer);> iaitu mencegah lebih baik daripada mengubati).

Kanak-kanak meninggal mungkin kerana cirit-birit yang disebabkan oleh penyakit yang mudah dijangkiti melalui air. Lihat Air.

Klinik dapat mengubat penyakit, tetapi tiga cara yang lebih berperikemanusiaan, murah dan rendah risiko untuk mengurangkan penyakit berjangkit melalui air ialah: (1) pendidikan kesihatan untuk mengubah cara hidup, (2) sumber air minuman yang bersih, dan (3) sanitasi efektif yang menjauhkan kumbahan dari sumber air minuman. Mencegah, bukan mengubati.

Dengan mencabar mereka untuk menganalisis masalah mereka dan mencari penyelesaian yang praktikal dan boleh dilaksanakan, komuniti akan meneliti dan mendefinisikan semula matlamat utama mereka.

Jangan terima pilihan matlamat utama yang pertama dengan pasif.

––»«––

© Copyright 1967, 1987, 2007 Phil Bartle
Laman Web Design by Lourdes Sada
––»«––
Perkembangan terkini: 21.11.2011

 Laman utama

 Mulakan