Laman Utama
 Mulakan




Penterjemahan:

'العربية / al-ʿarabīyah
Bahasa Indonesia
Български език
Català
中文 / Zhōngwén
Deutsch
English
Español
Euskara
Ewe
Filipino/Tagalog
Français
Galego
Ελληνικά / Elliniká
हिन्दी / hindī
Italiano
日本語 / Nihongo
Kiswahili
한국어 / hangugeo
بهاس ملايو / Bahasa Melayu
Português
Română
Русский
>తెలుగు /Telugu
ไทย / Thai
Türkçe
اردو / Urdu

                                        

Laman Lain:

Modul

Peta Laman

Kata Kunci

Hubungi

Dokumen Berguna

Pautan Berguna

KOMUNITI MEMILIH TINDAKAN MEREKA

Pilihan ialah Kunci kepada Pemberdayaan

oleh Phil Bartle, PhD

diterjemahkan oleh Yoon

Nota Latihan

Komuniti mempunyai hak (dan tanggungjawab) untuk menentukan masa depan mereka.

Fokus dialog umum dan peningkatan kesedaran akan menjadi pilihan komuniti dalam menentukan tindakan yang akan diambil.

Kejayaan anda ialah memastikan keputusan akhir dibuat oleh seluruh komuniti dan bukannya segelintir individu dalam komuniti.

Mereka akan berasa tidak sabar dan tertekan, untuk meyelesaikan tindakan tersebut, tidak kira sama ada tindakan itu adalah pembinaan tandas awam, klinik, atau sumber air, akta baru yang mempertahankan hak penduduk atau khidmat sosial.

Jangan dipengaruhi oleh ketidaksabaran dan tekanan.

Komuniti mempunyai matlamat mereka sendiri (misalnya membina tandas awam) dan anda mempunyai matlamat anda (memberdayakan komuniti). Dua matlamat ini adalah berbeza.

Anda membantu dan membimbing komuniti tersebut untuk mencapai objektif mereka, tidak kira berapa lama proses itu akan mengambil masa.

Ahli politik, wartawan dan pentadbir akan menghakimi anda melalui matlamat komuniti (misalnya membina tandas awam). Jangan terpedaya.

Pembinaan tandas awam merupakan 'cara' bukan matlamat anda.

Jika pembinaan diselesaikan tanpa pemberdayaan komuniti, tanpa keseimbangan jantina, tanpa peningkatan transparensi, tanpa peningkatan kebergantungan kendiri, maka anda telah gagal mencapai objektif anda.

Mendapatkan sumber (kewangan, paip, bahan binaan) ke komuniti untuk membina struktur fizikal adalah lebih mudah, secara relatifnya,tetapi ini tidak akan berpanjangan jika ahli komuniti tidak berasa bahawa semua itu kepunyaan mereka , dan mereka bertanggungjawab untuk mengekalkannya.

Anda akan mencapai objektif jangka pendek ahli politik atau wartawan dalam pembinaan tandas awam, tetapi anda akan gagal mencapai objektif jangka panjang sebagai seorang penggerak untuk meneguhkan komuniti.

Jika proses ini tidak dijalankan dengan betul, maka tidak berbaloi melakukan semua ini.

Teknik "Pemberian" melemahkan komuniti dan menyebabkan kelemahan sosial yang dikenali sebagai "sindrom kebergantungan."

Jika komuniti sudah bersiap sedia kesedaran akan meningkat, perpaduan meningkat, maklumat tepat, tindakan utama telah dipilih, sekarang tibalah masanya untuk mengambil tindakan.

Modul seterusnya menmberitahu anda tentang peranan anda dalam proses tersebut.

––»«––

© Copyright 1967, 1987, 2007 Phil Bartle
Laman Web Design by Lourdes Sada
––»«––
Perkembangan terkini: 21.11.2011

 Laman utama

 Mulakan