Laman Utama
 Mulakan




Penterjemahan

'العربية / al-ʿarabīyah
Bahasa Indonesia
Български език
Català
中文 / Zhōngwén
Deutsch
English
Español
Euskara
Ewe
Filipino/Tagalog
Français
Galego
Ελληνικά / Elliniká
हिन्दी / hindī
Italiano
日本語 / Nihongo
Kiswahili
한국어 / Hangugeo
بهاس ملايو / Bahasa Melayu
Português
Română
>తెలుగు /Telugu
ไทย / Thai
Türkçe
اردو / Urdu

                                        

Laman Lain:

Modul

Peta Laman

Kata Kunci

Hubungi

Dokumen Berguna

Pautan Berguna

DIALOG UMUM

Cara Mengendalikan Perjumpaan Umum

oleh Phil Bartle, PhD

diterjemahkan oleh Yoon

Nota Latihan

Penggerak memerlukan kemahiran untuk berkomunikasi dengan ahli komuniti.

Bagi meningkatkan kesedaran dan mengorganisasi komuniti anda, perjumpaan umum merupakan peralatan utama untuk membincangkan isu penting.

Anda perlu benar-benar mengetahui dan faham tentang matlamat anda sebagai penggerak, seperti yang dihuraikan di atas, dan semua konsep penting, seperti kata-kata kunci.

Selain itu,

Elakkan daripada menghafal definisi; tafsirkan semua konsep seperti yang anda fahami dan berbahaslah dengan rakan dan di dalam jurnal. Elakkan daripada berkhutbah seperti seorang ahli agama; jangan memberi ucapan seperti ahli politik, jangan memberi kuliah seperti seorang profesor, elakkan daripada berucap seperti anda serba tahu, hangat atau mengimlak.

Bantu. Tanya soalan. Bimbing.

Teladan terbaik anda ialah pendidik terkenal Yunani, Socrates yang mengajar dengan menanya soalan, tidak memberi jawapan. Beliau merupakan seorang fasilitator yang baik, membimbing pelajarnya berfikir (menganalisis, memerhati) untuk mereka sendiri.

Tunjukkan bahawa anda tenang, yakin dan berpengetahuan. Galakkan komuniti untuk menanya soalan. Tanya terutamanya mereka yang malu dan senyap untuk memberi pendapat. Jangan biarkan mereka yang terlalu yakin mendominasi untuk mengawal perbincangan.

Semasa perjumpaan umum ini, anda juga perkenalkan sesi brainstorm yang boleh digunakan untuk merancang sesi pemilihan jawatankuasa eksekutif.

Terangkan kepada mereka bahawa sesi yang berlainan mempunyai peraturan yang berlainan.

Dialog terbuka ini yang dibimbing dengan bantuan dan soalan, membenarkan perbahasan dan sampukan; sesi brainstorm tidak membenarkan semua ini.

Dalam sesi brainstorm anda perlu tekankan bahawa bahas, kritikan, sampukan tidak dibenarkan. Anda akan menggalakkan cadangan dan menulis cadangan yang diberi, termasuklah yang tidak berkaitan di papan putih, kemudian barulah susun mengikut keutamaan. "Brainstorm" sangat berstruktur dan fokus, dan komuniti perlulah belajar dan mengamalkan peraturan yang ditetapkan.

Jangan beritahu ahli komuniti apa yang perlu difikirkan and dibuat.

Anda juga mahu mereka, di samping mencapai matlamat anda dalam memberi mereka kuasa, berupaya untuk menentang sikap tidak acuh, jahil, bergantung pada orang lain, penyakit dan ketidakjujuran (penyebab kemiskinan). Tetapi anda juga perlu membantu mereka dalam mencapai kesedaran dengan keputusan mereka sendiri. Anda perlu mnggunakan cara ini (pendekatan jika anda mahu memberi mereka kuasa dan meneguhkan mereka). Elakkan dari berkuliah dan berkhutbah.

––»«––

Perhimpunan Komuniti


Satu perhimpunan komuniti

© Copyright 1967, 1987, 2007 Phil Bartle
Laman Web Design by Lourdes Sada
––»«––
Perkembangan terkini: 21.11.2011

 Laman utama

 Mulakan