Tweet Penterjemahan
'العربية / al-ʿarabīyah |
MEMBENTUK ORGANISATORPanduan kepada Para Pelatiholeh Phil Bartle, PhDditerjemah oleh Yoon Sook JheeGaris Panduan Kepada PelatihBagaimana kami mengubah individu biasa menjadi organisator komuniti?Jika mengorganisasi komuniti adalah perkara yang terpenting dalam mengukuhkan mereka, bagaimana kami menyediakan kemahiran mengorganisasi kepada individu-individu yang ingin mahir tentangnya? Dokumen latihan dalam modul ini akan membimbing para penggerak dalam menguasai prinsip dan kemahiran yang penting. Jika anda yang memberi mereka latihan ini, anda sendiri perlu mengetahui cara-cara menggunakan modul ini. Anda dinasihatkan supaya sentasa merujuk kepada modul tentang Metod Latihan, yang memberi panduan umum. Dokumen ini berfokus kepada menyediakan kemahiran dalam mengorganisasi. Kemahiran-kemahiran ini adalah seperti kombinasi dari kemahiran mengorganisasi pertubuhan perniagaan dengan kemahiran pengurusan latihan. Anda juga dinasihatkan untuk merujuk modul Literasi Berfungsi. Dalam modul itu, kami menasihatkan supaya pelatih tidak meniru bulat-bulat kaedah ortodoks, tetapi mulakan dengan prinsip yang asas dan seterusnya mencipta kaedah yang baru. Latihan Tindakan Dalam nota ringkas ini, adalah dinasihatkan supaya mereka yang dilatih belajar merancang dengan membuat aktiviti perancangan. Ini bersesuaian dengan prinsip yang kami gunakan dalam melatih penggerak. Ingatkan mereka bahawa dalam institusi pendidikan yang ortodoks, mereka mempunyai satu set kurikulum, dan pelajar dinilai sejauh mana mereka dapat menjawab soalan peperiksaan (atau menyelesaikan kerja kursus). Mereka dinilai, dan dipertimbang sejauh mana mereka berjaya mendemostrasi apa yang mereka telah belajar. Dalam Latihan Tindakan, sebaliknya, apa yang kami ajar dan sebaik mana mereka menguasai kemahiran tersebut patut dinilai berdasarkan tindakan mereka selepas latihan, dan bukannya peperiksan, esei, atau ujian yang hanya menunjukkan mereka berkebolehan untuk melepasi ujian-ujian itu. Ini ialah latihan yang bukan ortodoks. Kami percaya bahawa mereka yang dilatih perlu menanam pemikiran yang mereka tidak seharusnya meletakkan komuniti mereka dalam sekolah untuk melepasi ujian, sebaliknya memastikan mereka belajar dengan melakukan tugas-tugas tersebut. Nilai mereka berdasarkan apa yang dilakukan dan bukannya apa yang dipelajari. Biarkan supaya latihan ini menjadi sebahagian dari perancangan dan rekabentuk pelan untuk mencapai satu set matlamat komuniti yang khusus. Biarkan mereka mengorganisasi mereka sendiri (dengan panduan pelatih yang bertindak sebagai penggerak komuniti mereka) bagi mencapai matlamat (yang dikemukan dalam bentuk "projek"). Nilaikan latihan mereka berdasarkan sejauh mana mereka berjaya mengorganisasi bagi mencapai matlamat mereka. Oleh itu, dalam bentuk kumpulan, mereka perlu mengandaikan bahawa mereka adalah satu komuniti. Organisasikan mereka untuk membuat keputusan, merancang perubahan yang menyeluruh untuk komunit, dan merekabentuk satu projek komuniti. Gunakan pelan mereka sebagai fokus perbincangan untuk menerangkan kepada mereka tentang perbezaan (1) mengorganisasi untuk membuat keputusan dan (2) mengorganisasi untuk tindakan. Terangkan juga kepada mereka tentang pelbagai prinsip yang mereka dan anda dapat fikirkan dalam mengorganisasi dan merancang. Dalam bengkel latihan, penilaian adalah berasaskan sebaik mana mereka dapat membuat perancangan. Secara keseluruhannya, dalam tugas anda, penilaian adalah berasaskan sebaik mana anda dapat mendorong ahli komuniti untuk memilih dan merancang sesuatu projek komuniti. Membentuk Eksekutif Sesi ini menyeronokkan, tetapi juga membawa pengertian. Sesi ini paling baik jika dijalankan dengan sekurang-kurangnya dua puluh orang. Anda boleh menjalankan sesi ini selepas sesi perancangan dan merekabentuk projek bersama komuniti, atau menggabungkan kedua-duanya. Seluruh sesi latihan untuk modul ini dapat diorganisasi melalui satu sesi kombinasi, yang mana sesi ini berjalan sepanjang hari dan diselangi dengan makan tengahari dan kudapan. Prinsip asas ialah mengatur seluruh kumpulan itu menjadi satu lakonan yang mana tiada sesiapa akan menjadi penonton sahaja. (Pelawat VIP yang hadir ke bengkel tersebut juga perlu menyertai permainan tersebut, dan bukan hanya bersendirian dan memerhati; pemerhatian mereka itu sendiri akan mempengaruhi kreativiti dan penyampaian idea inovasi dan variasi tanpa halangan). Tugas ini bertujuan untuk membentuk kumpulan yang dapat bertindak sebagai satu komuniti, memilih eksekutif untuk membentuk pelan komuniti sebagai satu badan yang bersama, dan untuk merekabentuk projek komuniti yang pertama dengan melibatkan semua ahli komuniti secara aktif. Merancang senario dalam latihan ini adalah sama penting dengan mengambil tindakan dalam melaksanakan tugas. Seperti kebanyakan simulasi dan permainan, perbincangan di akhir sesi penting dalam berfikir dan berbincang tentang apa yang telah berlaku. Tanyakan mereka apa yang telah dipelajari dan boleh diaplikasi dalam mengorganisasi dan menggerakkan komuniti. Sesi itu membolehkan pengenalpastian peranan setiap pemain serta seorang atau dua orang "penasihat"kepada individu tersebut. "Penasihat" akan memberi nasihat kepada pemain jika diperlukan semasa masa tamat, dan gunakan sebarang masa tambahan untuk membantu pemain tersebut untuk berlakon dengan lebih seronok, menarik dan menggembirakan. Anda mewujudkan senario asli yang dapat dilaksanakan oleh kumpulan itu. Dengan ini, anda dapat mengenalpasti kepimpinan yang wujud, kemungkinan dari seorang ketua atau kaunselor, atau seorang datuk bandar, atau sekumpulan kaunselor, atau sesiapa yang yang melaksanakan kegiatan penggerak. Aktiviti ini boleh menjadi seorang pemain, dan dua penasihat, atau dua atau tiga pemain, dengan satu atau dua penasihat, bergantung kepada saiz kumpulan mereka yang akan dilatih. Selepas itu, anda perlu mengenalpasti jenis-jenis ahli komuniti yang berbeza. Pastikan anda memasukkan kategori ahli komuniti yang mudah terpinggir dalam proses tersebut. Mereka termasuklah wanita, orang kurang upaya, kaum minoriti, dan mereka yang menganuti agama minoriti di kawsan yang konservatif. Mereka juga mungkin orang berumur dan penjenayah atau bekas banduan. Satu prinsip-prinsip yang perlu diterangkan kepada kumpulan anda, atau semasa mereka bersama dengan pembimbing mereka ialah cuba sedaya upaya untuk meletakkan mereka dalam posisi yang tidak sama dengan kehidupan sebenar mereka. Beri seorang lelaki menjadi watak seorang "wanita". Beri seorang yang aktif untuk menjadi seorang "kurang upaya". Beri seorang yang pemalu dan kurang bercakap untuk menjadi ahli politik tempatan yang bercita-cita tinggi, yang ingin mempergunakan proses organisasi untuk manfaat politiknya sendiri. Ini akan membawa elemen yang berlainan kepada senario. Wujudkan watak seperti dalam pepatah 'membuang spanar ke dalam mesin'.(1) Kenalpasti ahli komuniti yang ingin memanipulasikan proses organisasi untuk kebaikan mereka sendiri. Orang ini mungkin guru besar sekolah setempat, misalnya, yang cuba menyakinkan komuniti yang mereka amat memerlukan sebuah sekolah. Nota: Frasa
'Membuang spanar ke dalam mesin yang bekerja' merupakan pepatah yang diguna di kalangan
mekanik dan juruteknik yang bermaksud menyebabkan kekacauan yang mengganggu perjalanan
proses yang lancar, atau menyebabkan ketidakaturan.
Spanar merupakan alat yang berguna dalam melonggar atau mengetatkan bol dan nat, tetapi akan menyebabkan masalah besar jika dibuang ke dalam sebuah mesin yang tidak memerlukannya. Pastikan pemain yang menjadi penggerak mempunyai sekurang-kurangnya dua orang penasihat, atau kenapasti dua orang penggerak yang akan bekerjasama dalam mengorganisasi komuniti. Orang ini akan menyelesaikan masalah yang disebabkan oleh pengacau-pengacau. Ini memerlukan sedikit sebanyak semangat dan pengalaman. Pilihan tambahan lain termasuklah mengenalpasti peimpin yang menerima rasuah, kaunselor atau orang berumur (berdasarkan watak dalam permainan) yang ingin menyebabkan keadaan menjadi kurang transparens, untuk membolehkan beliau mendapatkan keuntungannya sendiri. Watak lain ialah mereka yang pasif dan/atau malas, melainkan jika mereka kenal dengan posisi mereka dan bukannya menghilangkan diri seperti yang selalu berlaku di komuniti. Bincangkan peranan bendahari dengan kumpulan anda. Kenalpasti dua watak yang berpotensi untuk menjadi bendahari dalam eksekutif. Seorang ialah guru yang berpengalaman dalam prinsip akaun, tetapi berasal dari negara lain dan tidak mempunyi perkaitan dengan komuniti, dan komuniti tdak mempunyai cara untuk mengawalnya untuk memastikan kejujuran wujud. (Orang ini hendak mengawal wang dan melarikan diri jika dia terpilih). Seorang lagi buta huruf, boleh mengira tetapi tidak boleh membaca, dan mempunyai reputasi yang baik dalam kejujuran, kebolehpercayaan dan boleh dipergantung oleh semua ahli komuniti. Beliau mahukan yang terbaik untuk komunit idan boleh dipercayai untuk melakukan sesuatu untuk kebaikan komuniti. Tugas kumpulan ini, dengan bimbingan dan panduan tentang semua watak yang pelbagai dalam proses ini, akan mewujdkan satu eksekutif, dan orang yang menganggotai eksekutif ini. Ingatkan kumpulan anda bahawa pemilihan, termasuklah pemilihan secara undian rahsia tidak diterima sepenuhnya di kebanyakan masyarakat, dan persetujuan melalui perbincangan merupakan cara yang lebih mudah diterima. Mencapai persetujuan juga mempunyai fungsi pedagoginya yang sendiri, yang mana semua pemain boleh menentukan posisi mereka dan boleh dinilai oleh orang lain. Dialog pelbagai dimensi membawa pemahaman kepada mereka yang dilatih tentang proses yang akan merangsang kepada perbincangan. Perbincangan itu harus bertujuan untuk memilih eksekutif untuk mengurus proses pemberdayan yang dipilih oleh komuniti. Sesi yang sama dapat dipanjangkan, selepas kudapan, untuk membincang tentang perkembangan pelan tindakan, dan merekabentuk projek komuniti yang pertama untuk komuniti tersebut. Menilai Situasi Sesi ini (Penilaian Penglibatan) boleh dijalankan di antara sesi memilih eksekutif dengan mewujudkan pelan tindakan komuniti. Dalam kerja komuniti, proses penilaian lebih diutamakan berbanding dengan perancangan. Dari segi membangunkan kemahiran, sedikit latihan dan penerangan tentang kaedah PRA atau PAR seperti yang dibangunkan di Sussex atau di Columbia University, amat bernilai untuk diguna di sini. Cara terbaik ialah jika anda dapat mencari pakar PRA/PAR untuk menyumbang dalam bengkel anda. Pada masa yang sama, ini merupakan peluang terbaik untuk mereka yang menyertai bengkel untuk membuat lawatan. Anda perlu terlebih dahulu (beberapa minggu sebelum latihan) menghubungi pemimpin setempat dan/atau pekerja komuniti. Komuniti itu tidak kira di bandar atau luar bandar. Semasa bengkel latihan, anda bawalah kumpulan anda melawat ke masyarakat setempat. Kunjungan itu bukan sekadar bersiar-siar sahaja. Buatlah persediaan dengan mereka dengan menyuruh mereka menganggap diri mereka sebagai penduduk dan ahli komuniti yang akan dikunjungi. Ketepikan watak mereka dalam sesi sebelum dan selepas lawatan untuk seketika, dan hanya bayangkan yang mereka tinggal dalam komuniti tersebut. Terangkan kepada mereka bahawa, semasa rombongan itu, mereka perlu membuat catatan dan lakaran supaya dapat membentuk satu peta komposit dan penilaian tentang elemen positif dan negatif yang dapat dilihat. Elemen positif termasuklah potensi dan sumber yang dapat diguna dalam projek komuniti. Elemen negatif termasuklah senarai kemudahan yang rosak atau khidmat komuniti yang tidak berfungsi. Terpulang kepada anda sama ada hendak memasukkan seorang pekerja komuniti yang berpengalaman dari komuniti yang anda kunjungi. Jika anda berbuat demikian, pekerja komuniti ini akan menjadi orang yang memberi pelbagai sumber kepada kumpulan anda semasa sesi membuat penilaian. Elakkan dari menyuruh beliau membuat persembahan pada masa ini. Kumpulan diberi tugasan untuk menyediakan penilaian bertulis, termasuklah peta lakaran dari komuniti yang dilawati. Anda juga boleh membahagikan mereka kepada kumpulan kecil yang mengandungi empat atau lima orang, bergantung kepada jumlah keseluruhan, dengan memberi setiap kumpulan aspek penilaian yang berlainan untuk disediakan. Beri mereka amaran bahawa kumpulan kecil itu bukan kumpulan perbincangan tetapi kumpulan kerja, dan mereka perlu menyediakan elemen untuk penilaian komuniti. Pastikan mereka mempunyai pen dan kertas, pen penanda dan papan bertulis, jika perlu. Dengan mengabungkan semua kumpulan kerja, mereka akan menggabungkan sumbangan mereka untuk mewujudkan satu penaksiran komposit. Selepas itu, anda akan mengadakan perbincangan dengan semua kumpulan secara serentak untuk membincangkan penaksiran yang telah digabung. Perbincangan pasca penaksiran boleh diadakan jika perlu dan masa membenarkan. Penulisan penaksiran juga adalah proses yang amat penting untuk mereka. Perbincangan pasca yang terlalu banyak akan menyebabkan berlakunya ulangan. Jemputan pakar PRA/PAR dari luar boleh dijalankan sebelum atau selepas lawatan. Pelan Tindakan Komuniti dan Rekabentuk Projek Penduduk di kebanyakan komuniti (terutamanya luar bandar), bersama dengan penggerak yang tidak terlatih dan tidak pengalaman selalunya keliru antara pelan tindakan dengan projek komuniti. Ini kerana dari segi sejarah, kebanyakan aktiviti pembangunan komuniti dibuat oleh pegawai pembangunan, dan ahli komuniti hanya terlibat dalam sumbangan tenaga buruh tanpa bayaran. Atas sebab yang sama, bantahan terhadap kerja komuniti wujud terutamanya di kawasan yang dahulunya jajahan, kerana pembangunan komuniti akan bertukar menjadi paksaan tenaga buruh atau hamba. Anda mesti pastikan mereka yang menerima latihan faham bahawa jika ahli komuniti mahukan klinik, atau sekolah, atau paip air atau jika mereka mahu mengawal pemilik rumah utuk menyewa rumah pada sewaan yang berpatutan, ahli komuniti sendiri yang perlu mengorganisasi,dan bukannya pekerja komuniti. Oleh sebab bukan mudah untuk ahli komuniti merancang kerja-kerja ini, terdapat kemungkinan penggerak ingin mengambilalih dan membuat kerja tersebut. Salah! Apabila anda mulakan sesi ini, anda boleh menyambung semula sesi lakonan watak yang anda lakukan untuk memilih eksekutif. Sesetengah watak boleh ditukar. Kami berharap komuniti memilih wanita tua yang buta huruf , bukannya orang bukan ahli yang berpendidikan, oleh itu, mereka yang tidak terpilih akan diberi watak baru. Individu yang mempunyai kepentingan hak dan keinginan untuk memanipulasi proses itu untuk agenda sendiri akan meneruskan aktiviti mereka, jadi kekalkan mereka, dan mungkin watak baru dengan kepentingan lain boleh ditambah. Salah satu watak baru ialah seorang yang membantah ide pemberdayaan , dan berpendapat bahawa mereka perlu menantikan bantuan dari kerajaan (atau agensi bantuan) untuk menyediakan segalanya untuk mereka. Dalam realiti, seseorang yang membantah penglibatan komuniti ialah mereka yang telah mendapat manfaat dari cara lama. Mereka mungkin pemimpin setempat atau pegawai yang mendapat undi atau promosi kerjaya melalui khidmat yang diberi kepada orang ramai, dan bukannya meneguhkan komuniti supaya mereka dapat berdikari. Kali ini, anda menempatkan jawatankuasa eksekutif di meja paling hadapan di bilik, dan yang lain menjadi ahli komuniti yang bukan berada dalam eksekutif. Mereka boleh memerhati mesyuarat eksekutif, dan mereka tahu bahawa, melainkan salah seorang ahli eksekutif memberitahu mereka apa yang sedang berlaku, mereka tidak akan maklum tentang keputusan yang dibuat oleh eksekutif tersebut. Eksekutif perlu memilih jika dan bila hendak memberitahu orang awam tentang keputusan yang telah diambil. Dari masa ke masa, ahli dari komuniti awam akan berganjak ke depan dan meminta supaya pendapatnya didengari oleh eksekutif, dan berhujah untuk menyokong keputusan yang diambil atau sebaliknya. Ini termasuklah mereka yang mengambil berat tentang perkembangan komuniti, dan mereka yang mempunyai agenda tersendiri. Dalam bahagian pertama dalam proses, eksekutif mesti membuat pelan komuniti. Secara kasar, sediakan satu pelan lima tahun untuk mereka. Pelan itu perlu berdasarkan empat soalan yang dikemukan dalam nota latihan. Anda boleh menyenaraikan empat soalan tersebut dalam poster besar dan gantungkan di dinding. Poster itu tidak perlu dibuat secara profesional. Pelan itu boleh terdiri dari satu atau lebih projek komuniti. Projek bukan bersifat kebendaan seperti program literasi juga boleh dimasukkan. Anda mungkin mahu menambah watak lain (dengan penasihat) seperti perancang daerah atau negeri. Mereka akan bertegas mahukan komuniti tunduk kepada pelan mereka yang meliputi kawasan yang lebih luas, manakala eksekutif akan mempertahankan bahawa kawasan lebih luas harus peka terhadap kehendak komuniti jika mereka hendak bertindak dengan lebih demokratik. Kedinamikan dialog sebegini akan menjadi asas permainan lakonan untuk satu jam, dan anda mungkin hendak mencelah sesi ini dengan perbincangan tentang implikasi sesi ini. Selepas anda selesai dengan menyediakan pelan tindakan komuniti, rehat sebentar. Tindakan itu sendiri merupakan latihan dan perbincangan pasca tidak perlu buat masa ini. Masa ini sesuai untuk menonton filem atau video, selepas itu berehat untuk makan tengahari dan sambung pada keesokan harinya. Sesi merekabentuk projek komuniti adalah lebih kurang sama dengan menyediakan pelan. Anda mungkin mahu menggilir-gilirkan mereka dalam memegang watak berlainan untuk mempelbagai pengalaman mereka, dan untuk meningkatkan kesedaran tentang fungsi watak-watak ini dalam kehidupan sebenar. Jika anda mahu menggunakan lebih banyak nota dari yang diberi dalam modul ini, terdapat satu modul yang berkenaan dengan reka bentuk projek. Lihat: Rekabentuk Projek. Mengorganisasi untuk Tindakan Dokumen terakhir dalam modul ini bertujuan untuk memaklumkan mereka yang menerima latihan bahawa sebuah organisasi mesti mempunyai tujuan yang dikenalpasti dengan teliti, dan tujuan itu mesti menetapkan struktur dan cara mengorganisasi. Banyak kali dalam laman ini ditekankan bahawa darjah organisasi sesuatu kumpulan merupakan faktor yang menyumbang kepada peneguhannya. Ini merupakan salah satu dari enam belas faktor yang menyumbang kepada kapasiti. Lihat Mengukur Pemberdayaan Jika mereka yang dilatih adalah muda dan sihat, anda boleh menggunakan sukan berpasukan untuk menggambarkan keadaan ini. Bincang dengan mereka secara terperinci. Adakan sukan bola sepak atau handball. Pilih dua pasukan dengan bilangan pemain yang sama dan kemahiran serta kekuatan (yang dapat diketahui) yang sama. Satu pihak diorganisasi kepada posisi pasukan yang berlainan, termasuklah jurulatih, penjaga gol, pertahanan kiri dan kanan, tengah dan kiri depan. Satu pihak lagi diberitahu supaya tidak diorganisasi, setiap ahli hendaklah menjaga semua posisi, dan ahli bukan pemain (jurulatih) tidak memberi mereka bimbingan. Mulakan permainan itu. Permainan itu akan menjadi tidak seimbang. Hentikan permainan itu selepas seketika, dan bincangkan organisasi setiap pihak dan dengan seluruh kumpulan. Kebanyakan ahli komuniti akan berpendapat bahawa organisasi yang perlu dibuat ialah mengorganisasi eksekutif. Mereka sering terlupa bahawa mereka perlu mengorganisasi untuk memastikan projek itu dijalankan dan diselesaikan. Organisasi perlaksanaan boleh menjadi jawatankuasa kecil untuk eksekutif. Ahli yang sama atau berlainan boleh digunakan. Tujuan eksekutif ini ialah membuat keputusan, seperti halatuju komuniti, dan bagaimana mencapai halatuju itu. Tujuan jawatankuasa perlaksanaan ialah membolehkan projek diselesaikan. Dua organisasi mempunyai tujuan yang berbeza, dengan itu mempunyai dua set peranan. Ini bermakna ahli komuniti mesti sedar tentang bahawa aktiviti yang berlainan akan memastikan kejayaan menyelesaikan projek. Semasa menentukan posisi atau peranan untuk jawatankuasa pelaksanaan, tugas mereka bukanlah mewujudkan organisasi yang membuat keputusan, tetapi peranannya lebih berasaskan penyiapan projek. Ini ialah mengorganisasi untuk tindakan. Terdapat banyak perincian untuk diselesaikan sebelum satu projek dapat disiapkan, mereka perlu mengenalpasti elemen ini dan menentukan ahli yang akan dipertanggungjawab. Rekabentuk projek perlu mengandungi penerangan tentang pelbagai peranan dan hasil, iaitu tanggungjawab setiap peranan itu. Jawatankuasa pelaksanaan perlu berjumpa lebih kerap dari jawatankuasa eksekutif semasa pelaksanaan projek (misalnya, pembinaan), dan setiap ahli dengan tanggungjawab yang dberi perlu melapor tentang darjah keberkesanan tanggungjawab mereka dapat dijalankan. Anda mungkin menyambung sesi lakonan untuk menyediakan pelan tindakan komuniti dan merekabentuk projek, diikuti sesi lanjutan untuk mewujudkan jawatankuasa untuk mengorganisasi tindakan, menyiapkan projek, yang berlawanan dengan jawatankuasa eksekutif, yang wujud untuk membuat dan mendengar keputusan komuniti. Terdapat banyak cara anda boleh mengintegrasikan sesi, terpulang pada anda (mungkin dalam sesi perundingan dengan mereka) untuk membuat keputusan tentang apa yang perlu dibuat. Kesimpulan Dengan lima modul ini, dan yang ini (mengorganisasi) terutamanya, anda akan berupaya menjadikan mereka yang bukan mengorganisasi kepada yang mengorganisasi. Ini juga adalah proses pemilihan kendiri, membenarkan individu melihat apa yang perlu atau tidak mahu atau berkebolehan membuat apa yang perlu, supaya mereka boleh menarik diri. ––»«––© Copyright 1967, 1987, 2007 Phil Bartle
––»«–– |
Laman utama |
Mengorganisasi |