Laman Utama
 Mengorganisasi




Penterjemahan

'العربية / al-ʿarabīyah
Bahasa Indonesia
Català
中文 / Zhōngwén
Deutsch
English
Español
Ewe
Filipino/Tagalog
Français
Galego
Ελληνικά / Elliniká
हिन्दी / hindī
Italiano
日本語 / Nihongo
한국어 / Hangugeo
بهاس ملايو / Bahasa Melayu
Polszczyzna
Português
Română
Русский
తెలుగు /Telugu
ไทย / Thai
Tiếng Việt
Türkçe
اردو / Urdu

                                        

Laman Lain:

Modul

Peta Laman

Kata Kunci

Hubungi

Dokumen Berguna

Pautan Berguna

MENGORGANISASI UNTUK TINDAKAN

Tugas dan Tanggungjawab

oleh Phil Bartle, PhD

diterjemah oleh Yoon Sook Jhee


Nota Latihan

Sesuatu kumpulan dapat diorganisasi dengan cara yang berlainan mengikut keperluan; rujuklah kepada cara organisasi yang terbaik untuk melaksanakan aktiviti komuniti anda.

Ramai yang tidak menyedari bahawa seorang penggerak boleh menggunakan pelbagai jenis cara mengorganisasi untuk pelbagai keperluan.

Dua jenis yang paling penting dan dikemukan di laman ini ialah:
  1. mengorganisasi untuk membuat keputusan; dan
  2. mengorganisasi untuk tindakan
Kedua-duanya adalah saling berkait.

Apabila anda membantu untuk membentuk jawatankuasa eksekutif, anda dikatakan membantu membuat keputusan.

Kini, apabila anda bekerjasama dengan komuniti untuk menentukan siapa yang akan mengendalikan tugas apa, anda dikatakan mengorganisasi untuk tindakan. Lihat Mengorganisasi dengan Latihan.

Walaupun terdapat kesamaan, mengorganisasi tindakan termasuklah menentukan individu yang akan mengendalikan tugas yang spesifik. Ini amat penting.

Jika sesuatu tugas telah dikenalpasti (misalnya, mengangkut kepingan atap), tugas ini tidak boleh diandaikan sebagai tugas yang akan dilaksanakan oleh seluruh kumpulan. Ini akan menyebabkan tugas itu tidak dijalankan kerana semua ahli menganggap tugas itu adalah tanggungjawab ahli lain.

Kebanyakan tugas tidak boleh ditinggalkan kepada satu orang sahaja, misalnya ketua eksekutif. Pembahagian tugasan kepada seramai ahli komuniti yang mungkin adalah amat penting, terutamanya kepada ahli bukan jawatankuasa eksekutif.

Penekanan perlu wujud untuk menyebarkan tugas dan penglibatan serta sumbangan ahli komuniti. Pastikan bahawa jika sesuatu tugas telah dipertanggungjawab kepada seseorang individu, ahli lain juga maklum tentangnya, dan jika gagal disempurnakan pada masanya, individu tersebut dapat dipanggil untuk menjawab kepada komuniti.

Tindakan komuniti (yang anda bantu) tidak seharusnya bersifat spontan dan jangka-pendek. Pengorganisasian adalah perlu.

––»«––

Bengkel; Latihan untuk Tindakan


Bengkel Latihan

© Copyright 1967, 1987, 2007 Phil Bartle
Laman Web Design by Lourdes Sada
––»«––
Perkembangan terkini: 18.11.2011

 Laman utama

 Mengorganisasi