Laman Utama
 Mulakan




Penterjemahan

'العربية / al-ʿarabīyah
Bahasa Indonesia
Български език
Català
中文 / Zhōngwén
Deutsch
English
Español
Euskara
Ewe
Filipino/Tagalog
Français
Galego
Ελληνικά / Elliniká
हिन्दी / hindī
Italiano
日本語 / Nihongo
Kiswahili
한국어 / Hangugeo
بهاس ملايو / Bahasa Melayu
Português
Română
Русский
>తెలుగు /Telugu
ไทย / Thai
Türkçe
اردو / Urdu

                                        

Laman Lain:

Modul

Peta Laman

Kata Kunci

Hubungi

Dokumen Berguna

Pautan Berguna

MENGURUS UNTUK KEKUATAN

Meningkatkan kapasiti dengan mengurus

oleh Phil Bartle, PhD

diterjemahkan oleh Yoon

Nota Latihan

Jika faktor lain adalah sama, tahap organisasi menentukan kekuatan

Walaupun terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada kekuatan, kapasiti, atau pemberdayaan, faktor yang paling diambil berat oleh seorang penggerak ialah "organisasi."

Jika faktor lain adalah sama, tahap dan keberkesanan organisasi menentukan kekuatan sesuatu kumpulan, agensi atau komuniti.

Mari kita gunakan satu pasukan bola sepak sebagai contoh. Jika terdapat dua pasukan yang mempunyai jumlah individu yang sama, tahap kemahiran yang sama, keadaan fizikal dan teknologi (seperti kualiti kasut), kedua-dua pasukan ini sama kuat. Andaikan salah satu pasukan tidak terurus, tiada pembahagian tugas, tiada koordinasi, tiada struktur sosial yang dapat dikenalpasti. Manakala pasukan yang satu lagi adalah terurus, mempunyai seorang jurulatih yang berwibawa, terdapat tugas khusus untuk penjaga gol, pertahanan, pemain sayap kiri dan kanan, pemain tengah dan tugas lain.

Jika faktor lain adalah sama, tahap organisasi menentukan kekuatan. Setiap ahli pasukan mempunyai peranan dan tugas yang berbeza dan dilatih untuk mengintegrasi dengan ahli yang lain (seperti dalam menghantar bola). Dalam kes ini, dapat dilihat bahawa pasukan yang kedua mempunyai kekuatan dan kapasiti yang lebih tinggi daripada pasukan yang pertama, walaupun sifat-sifat yang lain adalah sama.

Organisasi yang lebih baik membawa kepada kapasiti yang lebih tinggi. Begitu juga dengan masyarakat.

Misalnya, (bukan merujuk kepada sejarahnya tetapi kepada prinsip sosiologi) orang Akan di Afrika Barat berkembang dengan pesat pada abad ke 16 dan 17, dan menjajah orang Guan yang mendahului mereka. Tahap teknologi (termasuk senjata) adalah lebih kurang sama. Begitu juga dengan sifat-sifat lain.

Orang Guan adalah patrilineal dan keturunan mereka hidup berselerak, berbanding dengan orang Akan yang matrilineal, dengan suku mereka disusun teratur membentuk pakatan yang berfungsi, penempatan berpusat, mempunyai peranan yang tersendiri dalam peperangan (depan, kiri, kanan, belakang, domestik dan kebajikan) dan satu pusat pentadbiran.

Seperti mengorganisasi satu pasukan bola sepak, faktor lain adalah sama (teknologi, kemahiran) maka sistem yang lebih teratur (Akan, rakyat unggul Ashanti) menjajah mereka yang kurang teratur.

Paling penting bagi anda sebagai seorang penggerak ialah gol anda untuk meneguhkan komuniti yang berpendapatan rendah ialah membantu kumpulan sasaran untuk mengorganisasi supaya keberkesanan dapat dipertingkatkan.

Anda tidak membentuk eksekutif CBO atau menolong mereka memilih pengerusi, naib, setiausaha dan bendahari untuk gelaran sahaja. Anda membantu mereka mengurus, mengurus dengan lebih baik atau mengurus semula untuk tindakan yang lebih efektif dan memberi mereka kuasa. Organisasi yang lebih baik akan membentuk kekuatan yang lebih baik.

Modul lain akan membantu anda dalam mengurus. Sentiasa ingat tujuan anda mengurus dan biarkan kumpulan anda terlibat sebagai rakan anda dalam usaha mulia anda meneguhkan komuniti berpendapatan rendah.

––»«––

Komuniti Mengurus


Komuniti Mengurus

© Copyright 1967, 1987, 2007 Phil Bartle
Laman Web Design by Lourdes Sada
––»«––
Perkembangan terkini: 21.11.2011

 Laman utama

 Mulakan