Laman Utama
 Mulakan




Penterjemahan

'العربية / al-ʿarabīyah
Bahasa Indonesia
Български език
Català
中文 / Zhōngwén
Deutsch
English
Español
Euskara
Ewe
Filipino/Tagalog
Français
Galego
Ελληνικά / Elliniká
हिन्दी / hindī
Italiano
日本語 / Nihongo
بهاس ملايو / Bahasa Melayu
Português
Română
ไทย / Thai

                                        

Laman Lain:

Modul

Peta Laman

Kata Kunci

Hubungi

Dokumen Berguna

Pautan Berguna

MEMULAKAN PENGGERAK

Panduan untuk Jurulatih

oleh Phil Bartle, PhD

diterjemahkan oleh Yoon

Nota Latihan

Menggerakkan komuniti tidak bermula secara "ad hoc" atau tanpa persediaan

Menyediakan Laluan sebelum Bergerak

Setelah penggerak bersedia untuk bergerak, beliau haruslah membuat persedian untuk komuniti sebelum memulakan mobilisasi. Mobilisasi tidak sepatutnya dijalankan tanpa perancangan dan persediaan, dan kepastian bahawa semua keperluan telah dicapai.

Jika anda mengelola latihan untuk para penggerak dengan menggunakan bahan-bahan ini, anda boleh melihat bahawa bahan ini disediakan untuk mengajar penggerak yang berpotensi tentang tugas-tugas mereka. Sekali lagi, kami menekankan melakukan sebagai cara yang terbaik dalam mempelajari kemahiran, dan anda boleh menjalankan latihan ini untuk memaksimumkan aktiviti "melakukan" semasa pelatih-pelatih belajar untuk menggerakkan mobilisasi.

Ini merupakan masa yang sesuai untuk mengingatkan mereka bahawa adalah amat penting untuk menbentuk dan mengekalkan jejak rekod segala aktiviti. Bagaimana pelatih kamu bekerja di komuniti adalah dipengaruhi oleh betapa dalam mereka tahu tentang situasi dan sifat komuniti tersebut. Selain itu, perlulah ingatkan mereka bahawa mereka tidak akan bekerja di komuniti untuk selama-lamanya, dan mereka perlu mula menyediakan bahan untuk mengajar pengganti mereka. Jika mereka tidak berbuat demikian, apabila mereka meninggalkan komuniti tersebut, penggerak yang baru perlu memulakan semuanya sekali lagi, dan tidak dapat menggunakan pemerhatian dan pengalaman penggerak yang sebelumnya. Ingatkan pelatih anda untuk mula dan terus menulis jurnal.

Ini merupakan fasa yang mana penggerak perlu menyediakan komuniti supaya dapat 'mengambil tindakan yang efektif'. Lihat modul Kaedah Latihan. Perhatikan dokumen tentang "Lakon Peranan". Terpulang kepada anda bagaimana anda hendak menjalankan sesi lakon-peranan; terdapat banyak cara untuk melakukannya. Anda boleh menyuruh para pelatih untuk menjadi ahli komuniti, ketua kaunselor setempat atau datuk bandar, pegawai setempat yang memberi lesen atau sijil kepada pekerja lapangan jika posisi atau keperluan sebegini wujud, a) bos atau penyelia penggerak, dan posisi lain yang mewakili situasi setempat. Dengan mengadakan berapa sesi lakon-peranan, pelatih boleh memahami pelbagai pemain dalam proses tersebut, dan memahaminya kesannya.

Kitar Mobilisasi

Apabila pelatih anda mula bekerja, tugas mereka berada dalam konteks "Kitar Mobilisasi". Mereka seharusnya mempunyai pengetahuan, walaupun tidak lengkap tentang kitar tersebut. Anda boleh menambah bahan dari modul Kitar Mobilisasi jika mereka memerlukan atau mahu lebih banyak penerangan pada masa ini.

Dalam latihan anda, jangan persembahkan kitar itu sewenang-wenangnya, atau terlalu bergantung kepada nota. Tanya para pelatih tentang elemen kitar tersebut, dan lukis di atas papan putih. Elemen-elemen itu boleh ditulis sebagai satu senarai, dari atas ke bawah, mengikut peringkatnya: menilai keperluan, memilih projek komuniti, merekabentuk projek, melaksanakan projek, dan menilainya. Anda tidak memberi mereka elemen-elemen itu secara langsung tetapi anda boleh menanya soalan yang akan membolehkan pelatih-pelatih menyenaraikan elemen-elemen tersebut. Lukiskan satu anak panah dari item bawah ke atas, untuk menunjukkan ulangan kitar tersebut.

Satu sesi yang mencabar adalah mengenalpasti beberapa pelatih untuk melakonkan peranan setiap peringkat dalam kitar tersebut. Mereka boleh menggantung kadbod besar berlabel untuk menunjukkan setiap peringkat. Apa yang akan mereka katakan mengikut giliran seperti mana dalam kitar tersebut? Jika mereka boleh melakukannya, arah mereka untuk ulang sekali lagi, atau arahkan sekumpulan pemain yang baru, kali ini mereka melakukannya tanpa bercakap. Sesi ini menyeronokkan, dan boleh menyebabkan gelak ketawa dan cubaan yang memalukan, tetapi semua ini akan membantu memberi kesan mendalam terhadap kitar tersebut, terutamanya prinsip-prinsipnya, jika bukan maklumat spesifik tentang setiap lokasi, kepada para pelatih.

Terdapat satu persembahan Power Point tentang kitar mobilisasi, yang menggunakan lukisan garisan Julianna Kurujiira yang boleh didapati di laman ini. Lukisan ini lebih mendalam dan lebih banyak huraian berbanding laman web dalam modul. Jika anda mempunyai kemudahan untuk menunjukkannya pada skrin, lukisan itu amat baik ditayangkan semasa masa rehat bengkel latihan. Jika tidak, tayangkan pada skrin komputer dan tunjukkan kepada tiga atau empat setiap kali. Lihat "Kitar Mobilisasi".

Ingatkan pelatih anda bahawa kerja mereka berdasarkan kitar tersebut, komuniti tidak dimajukan melalui satu projek sahaja, tetapi kitar tersebut perlulah diulangi, dan dipelbagaikan setiap kali mengikut situasi yang berubah-ubah.

Mendapatkan Kebenaran

Sebagai jurulatih mereka, anda terangkan kepada pelatih anda bahawa mereka memerlukan dua jenis kebenaran untuk memulakan kerja mereka di setiap daerah. Satu ialah kebenaran formal, sah atau rasmi, dan satu lagi ialah tidak formal atau tidak rasmi.

Kebenaran formal biasanya terus terang dan mudah. Ingat bahawa mudah "tidak semestinya bermakna senang." Protokol formal lazimnya berbeza dari satu negara ke negara yang lain, dan mungkin terdapat juga perbezaan negeri atau daerah. Oeh sebab mereka mengikut peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan, peraturan ini biasanya tertera.

Kebenaran tidak formal adalah lebih mudah untuk didefinisikan, dan tidak mempunyai sempadan yang terang dan boleh didefinisikan. Secara ringkasnya, ini bermakna mendapatkan silaturahim pihak berkuasa dan pemimpin kawasan tersebut, supaya mereka menjadi pakatan dan bukannya halangan. Kerjasama mereka boleh menjadi amat berharga; bantahan mereka amat membinasakan.

Pengenalpastian kebenaran formal amat senang; melalui penerimaan surat atau sijil. Tidak terdapat pengenalpastian yang jelas apabila kebenaran tidak formal diterima.  Terangkan bahawa penggerak anda perlu berada dalam proses mendapatkan kebenaran tersebut dalam tempoh masa proses mobilisasi di setiap daerah.

Satu latihan yang bagus ialah menyuruh pelatih untuk menyediakan definisi dua jenis kebenaran untuk daerah atau negeri mereka.

Ini merupakan satu lagi sesi yang bagus untuk lakon peranan. Bahagikan pelatih kepada dua kumpulan, setiap satu mempunyai dua hingga lima orang. Satu orang di setiap kumpulan akan menjadi penggerak.Seorang lagi akan menjadi pegawai yang berkaitan yang mempunyai kuasa untuk memberi kebenaran kepada penggerak untuk bekerja di kawasan tersebut. Pemain yang lain akan menjadi penasihat kepada dua orang tersebut. Pisahkan dua kumpulan itu dan suruh penasihat mengajar apa yang patut dikatakan.

Adalah penting bagi kumpulan yang yang menasihati 'pegawai' untuk menjana seberapa banyak yang mungkin syak wasangka, andaian dan ketakutan yang berkaitan. Sebaliknya kumpulan yang menasihati 'penggerak' perlu menjana semua kebaikan kepada komuniti dan pemimpin yang akan mendatangkan faedah kepada komuniti supaya dapat digerakkan untuk menjadi lebih berdikari.

Beritahu kumpulan-kumpulan itu untuk berjumpa di lokasi yang berbeza, atau di sudut yang berlainan dalam satu bilik, dan buat persediaan untuk sepuluh atau lima belas minit. Kemudian kumpulkan mereka, bersama dengan pelatih lain (yang akan menjadi penonton), dan suruh mereka lakonkan senario penggerak itu mengetuk pintu pegawai dan meminta kebenaran untuk menggerakkan komuniti di kawasan itu.

Jika kumpulan pelatih anda besar, sesi ini boleh dijalankan dalam beberapa kali. Selepas beberapa sesi, anda boleh memilih seorang 'joker' di dalam sesi itu. Bentuk satu kumpulan untuk memberi nasihat kepada seorang penyibuk, atau seorang wartawan, yang kebetulan berada di pejabat itu, mengintip dan menanya soalan yang tidak diduga tetapi boleh menimbulkan perbalahan dalam perbincangan itu.

Selepas sesi lakon peranan itu, satu sesi susulan adalah amat memanfaatkan. Anda boleh merumuskan jenis soalan yang akan ditanya oleh pegawai, soalan yang wujud di komuniti, dan hujah yang penggerak akan gunakan. Suruh semua pelatih untuk bantu menyenaraikan jawapan di atas papan putih. Main permainan ini, dan sesi susulannya, walaupun tiada kebenaran formal diperlukan, hujah-hujah ini penting bagi mereka memahami peranan mereka.

Meningkat Kesedaran

Proses meningkatkan kesedaran di kalangan populasi adalah lebih kurang sama dengan proses mendapatkan kebenaran dari pihak berkuasa tempatan. Beritahu pelatih anda bahawa mereka perlu sentiasa mendapat (dan mengekalkan) pakatan dan sokongan dari populasi.

Dalam sesi latihan anda, anda boleh menggunakan lakon peranan yang sama, dengan 'joker' yang berlainan jenis and satu sesi susulan yang sama.

Ingatkan pelatih bahawa walaupun kerja mereka ialah meningkatkan kesedaran, elakkan dari menimbulkan jangkaan yang tidak realistik. Tambahan pula, penglibatan komuniti tidak bermakna penggerak seharusnya menerima pendapat ahli komuniti yang paling bising sebagai objektif primer yang dikehendaki oleh komuniti. Penggerak mestilah sentiasa mencabar fikiran dan cadangan komuniti. Anda boleh utamakan lakon peranan komuniti anda, misalnya, memberitahu mereka untuk meminta sebuah klinik dengan doktor, tetapi orang yang melakonkan watak penggerak boleh menanya sama ada klinik adalah untuk mengurangkan penyakit.  Jika ya, maka bekalan air yang bersih dan tandas yang bersih dan digunakan dengan betul merupakan penyelesaian yang lebih baik kepada masalah ini. (Lihat modul "Air").

Membentuk perpaduan

Anda perlu memastikan bahawa pelatih anda tidak mengandaikan bahawa komuniti adalah secara semulajadinya bersatu-padu. Perkataan komuniti mendatangkan salah sangka kerana terdapat 'unity' di dalamnnya. Satu lagi anggapan umum ialah komuniti merupakan satu tempat yang mana semua orang saling mengenali, meyukai dan bekerjasama antara satu sama lain. Lihat Membentuk Perpaduan.

Ini adalah terkenal di kalangan ahli sosiologi. Dalam modul yang akan datang, iaitu sosiologi yang terdapat dalam latihan, konflik akan menjadi lebih ketara. Bagi tujuan praktikal, terutamanya dalam fasa pengenalan ini, adalah mencukupi untuk anda beritahu mereka pada peringkat ini bahawa terdapat banyak konflik tersembunyi dan tidak terlalu tersembunyi dan 'tarik tali' dalam setiap komuniti. Pepecahan ini melemahkan komuniti. Salah satu tugas penggerak yang penting ialah menyakinkan ahli komuniti untuk mengenepikan perbezaan mereka untuk bekerjasama dalam aktiviti pemberdayaan komuniti.

Pelatih perlu belajar bahawa membentuk perpaduan bukanlah satu peringkat sahaja dalam tugas mereka; mereka tidak boleh menyatukan satu komuniti (sekali dan untuk selamanya) dan teruskan dengan kerja lain.

Ini merupakan perjuangan yang berterusan, dan berkekalan sepanjang mereka bekerja di komuniti itu.

Pepecahan boleh menyebabkan banyak masalah. Ini termasuklah (tetapi tidak terhad kepada)

  • persaingan antara pelbagai keturunan dan suku kaum
  • yang berkaitan dengan harta (seperti yang ditulis oleh Karl Marx pekerja lawan pemilik); dan
  • perbezaan dalam
    • bahasa
    • fahaman dan amalan agama
    • organisasi keluarga
    • etnik yang dapat dilihat (iaitu bangsa)
    • jantina
    • umur
    • kurang upaya dari segi mental dan fizikal, dan
    • perbezaan lain dalam ciri sosial (seperti ciri fizikal yang mempunyai erti sosial terikat dengannya)

Kadang kala, penggerak mestilah sama ada menerima amalan tempatan dan bekerja dengan kewujudannya, atau melibatkan mereka yang selama ini tidak diendahkan secara paksaan. Terdapat dua pengalaman saya di sini.

Bekerja dalam satu komuniti Islam yang konservatif, misalnya, terdapat banyak sekatan terhadap pengerakan wanita. Kita perlu mengatur langkah dengan bijak. Dengan bantuan dan kerjasama dari para ulama, kami dapat memberi latihan kerja sosial kepada wanita dengan menggunakan jurulatih wanita sahaja, dan bekerja dari rumah. (Lihat CBSW).

Di utara Ghana, sebaliknya, yang mempunyai elemen Islam yang kurang kuat di kawasan tertentu, kami mengadakan mesyuarat kampung untuk menentukan keutamaan kampung. Jika hanya lelaki datang, kami memberitahu dengan sopan bahawa maksud kami ialah semua orang, menangguhkan mesyuarat tanpa memberitahu tujuan kami dan adakan sekali lagi pada hari seterusnya. Wanita dan golongan kurang upaya dan minoriti hadir pada hari kedua.

Lihat juga modul Jantina.

Memastikan pesanan disampaikan dapat dilakukan dengan pelbagai cara. Jika anda mahir dengan bahagian-bahagian utama yang anda lakukan dalam latihan, anda boleh mengadakan pelbagai lakon peranan yang mana pelatih mengambil pelbagai posisi yang bersaingan, dan seorang penggerak (dengan penasihat mereka yang terdiri dari pelatih lain) yang mesti memikirkan strategi untuk mengendalikannya.

Anda juga boleh menjemput pakar yang boleh memberi sedikit latihan dalam aspek ini.

Dalam kerja saya di Afrika, untuk menjana strategi jantina, misalnya, saya mendapati terdapat banyak paderi yang bekerja dengan isu jantina (atau isu yang lebih kurang sama) dengan ramai kakitangan yang terlatih, dengan rela hati turut serta dalam sesi latihan sebegini.

Dialog Awam

Salah satu kemahiran yang paling penting yang harus ada pada seorang penggerak ialah berupaya untuk bercakap di khayalak ramai dengan orang asing yang hadir.

Walaupun bakat itu dilihat sebagai semulajadi bagi sesetengah orang, kemahiran itu boleh dipelajari. Halangan atau sekatan yang paling besar ialah ketakutan, kerisauan atau kebimbangan. Sebaik sahaja seseorang dapat mengatasi emosi tersebut, kemahiran ini dapat dipelajari dan diperbaiki.

Kemahiran pidato umum bukan sahaja kebolehan bercakap dengan kuat, perlahan dan dalam bahasa yang mudah, tetapi juga kebolehan mendengar apa yang diperkatakan oleh orang lain, menjangka apa yang akan mereka katakan walaupun mereka senyap, dan kebolehan menjana satu hubungan baik dengan penonton anda. Seorang penggerak bukan sahaja perlu menghormati ahli komuniti, tetapi dapat dilihat bahawa anda menghormati mereka dan ditunjukkan dalam pidato umum itu.

Jangan takutkan pelatih dengan menyenaraikan semua ini pada permulaan sesi pertama tentang pidato umum. Mulanya, mereka akan rasa terdesak. Pelatih anda akan menjadi kurang bimbang apabila mereka sedar bahawa mereka dapat belajar dan melatih semua ini-bermula dengan sesi latihan anda.

Di sinilah, 'belajar dengan melakukan' amat efektif.

Jika anda mempunyai lima hari untuk bengkel latihan, anda boleh mengadakan lima atau enam sesi untuk pidato. Salah satu latihan yang paling bagus ialah melatih berfikir secara spontan. Seperti organisasi 'Toastmasters', anda mengadakan satu permainan yang mana seorang akan dipanggil ke hadapan kumpulan, diberi satu perkataan yang tidak diketahui dan bercakap untuk dua minit. Topik yang diberi adalah tidak berkaitan dengan mobilisasi atau bengkel berkenaan, seperti 'pisang', 'mak mertua', atau ' penutup tong sampah'.

Jika anda telah mengatur bengkel latihan untuk sekumpulan penggerak, katakan setiap bulan (atau setiap dua bulan), seperti yang kami sarankan, maka sesi ini juga dapat diterapkan dalam setiap bulan.

Satu variasi sesi ini ialah anda menghantar pemidato itu untuk keluar dari bilik selama dua minit untuk memikirkan topik yang telah anda berikan. Sambil itu, tanpa memberitahu pemidato tersebut, anda menyuruh pelatih lain untuk menukar topik tersebut tanpa menyatakan dengan tepat topik yang mereka kehendaki. Pemidato mungkin diberi topik seperti 'menukar karburetor', manakala kumpulan lain diberi seperti 'membuka tiram'. Pemidato diberi empat minit untuk berucap, dan juga mengenalpasti topik yang dikehendaki oleh penonton, dan kaitkan dua topik tersebut atau beranjak kepada topik yang dikendaki oleh penonton.

Dalam sesi-sesi ini anda perlu sensitif terhadap kritikan. Bagi individu yang malu dan mempunyai kebimbangan terhadap pidato, kritikan mungkin akan menyebabkan mereka tawar hati dan menghalang mereka dari mempelajari kemahiran tersebut. Masa ini juga anda boleh memperkenalkan peraturan Brainstorm atau kata kunci, Sandwic yang sangat berguna dalam pengurusan. Anda boleh menggunakan prosedur dari AA1 mesyuarat. Penonton disuruh untuk menepuk tangan setiap kali pemidato bercakap, tidak kira apa yang dikatakan.

Jika anda mempunyai sokongan teknologi, camcorder (perakam pita video) amat berguna. Anda rakamkan setiap pemidato ketika mereka berucap. Kemudian beri mereka video itu, dan satu bilik peribadi, atau satu fon telinga dan satu skrin kecil supaya mereka dapat melihat video itu secara peribadi. Lepas itu, anda memberi mereka pilihan untuk memadamkan video itu atau tunjukkan kepada rakan mereka. Mereka mungkin hendak membawanya balik, jika mereka mempunyai peralatan untuk menonton di rumah. Anda tidak memberi kritikan atau nasihat daripada anda sendiri atau pelatih lain, tetapi memberi mereka satu gambaran menyeluruh tentang prestasi mereka, kepada individu tersebut sahaja, yang mana mereka boleh guna atau musnahkannya sendiri.

Mencabar Komuniti

Di sepanjang latihan ini, satu pesanan adalah konsisten. Kaedah utama sosiologi pemberdayan ialah satu organisma menjadi lebih kuat dengan berjuang, usaha atau latihan. Prinsipnya tertera di dalam saranan kami untuk melatih penggerak mejadi lebih efektif dengan memberi mereka situasi yang mana mereka boleh 'buat' atau latih tugas mereka, dan bukan hanya mendengar kuliah. Prinsip ini juga tertera di dalam amaran kita tentang menggunakan pendekatan amal; memberi kepada mereka yang miskin tidak akan menyebabkan mereka menjadi lebih kuat dan lebih berdikari, tetapi melatih mereka untuk mengharap dan bergantung kepada sedekah.

Satu lakon peranan yang pelatih anda boleh adakan ialah berdasarkan contoh yang diberi dalam nota. Mencabar Komuniti. Sediakan dua kumpulan, satu terdiri daripada 'penggerak' dan penasihatnya, dan satu lagi kumpulan ialah komuniti. Anda boleh menggunakan nota itu, dan mengarahkan komuniti untuk meminta untuk membina klinik, dan penggerak akan mencabar objektif itu dan membawa mereka untuk memilih bekalan air bersih sebagai strategi yang lebih efektif dalam mengurangkan penyakit.

Suruh pelatih untuk mencadangkan lakon peranan yang lain, yang mana komuniti akan meminta sesuatu dan penggerak akan memimpin mereka untuk berfikir dengan menyeluruh tentang permintaan mereka dan membuat pilihan yang realistik.

Mengurus untuk Kekuatan

Satu lagi prinsip utama dalam keadah pemberdayaan (setelah "berjuang untuk mendapatkan kekuatan") ialah mengurus untuk menghasilkan kekutan dan pengurusan yang lebih baik akan menjadi lebih kuat.

Sejarah prinsip ini datangnya dari penulisan Max Weber yang menulis tentang ciri-ciri birokratik yang memberi mereka kuasa.Walaupun ini bukanlah masa untuk anda mengajar sosiologi (yang akan datang kemudian dalam latihan penggerak ini), adalah amat berguna, sebagai jurulatih mereka, untuk mengenalpasti sosiologi dalam latihan mereka.

Pengelola kesatuan perniagaan telah ketahui sejak berabad lalu bahawa jika anda mengambil sekumpulan orang yang tidak bersatupadu (bekerja di satu syarikat), satukan mereka untuk mencapai satu matlamat yang sama, dan bantu mereka untuk mengurus menjadi satu organisasi sosial; mereka akan perolehi kuasa. Pemilik perniagaan dan pengurus tidak suka kepada kesatuan kerana mereka mempunyai kuasa yang banyak. Mereka akan menggunakan kuasa itu untuk mempertahankan mereka sendiri dari gaji rendah yang tidak adil dan situasi bekerja yang bahaya.

Prinsip ini boleh dipakai oleh mana-mana kumpulan, dan di sini diguna sebagai sebahagian dari pemberdayaan komuniti.

Bagaimana anda mendemonstrasikan prinsip ni kepada pelatih anda?

Penggerak komuniti yang berpotensi perlu mengetahui kepentingan mengurus.

Sehingga kini, panduan pelatih telah menyarankan penggunaan lakon peranan untuk meletak pelatih dalam posisi yang berlainan dalam proses menggerakkan komuniti. Ini akan memperbaiki kemahiran mereka serta memberi mereka wawasan tentang situasi dan perlakuan orang yang akan mereka temui dan bekerja dalam memberdayakan komuniti. Sesi ini mungkin dapat dijalankan dengan kaedah latihan lain yang lebih sesuai.

Jelaskan prinsip, dan tunjukkan bagaimana prinsip ni dapat diaplikasikan dalam dua kumpulan bola sepak yang mempunyai tahap kemahiran yang sama. Tanya para pelatih tentang situasi lain yang mana sekumpulan yang terurus adalah lebih baik dari sekumpulan yang tdak terurus, dengan dua kumpulan mempunyai ciri-ciri yang sama. Senaraikan di atas papan putih. Mulakan dengan permainan pasukan seperti bola sepak, dan alih ke kumpulan lain, seperti kumpulan tentera yang berjuang dalam peperangan dan pengeluar-pengeluar menghasilkan produk yang sama. Boleh atau tidak para pelatih memberi contoh yang baru dan lain?

Jika anda mempunyai kumpulan yang besar, bahagikan mereka kepada kumpulan kecil untuk memikirkan hujah yang menyokong mengurus, dan bagaimana organisasi itu akan dibentuk. Satu kumpulan boleh ditugaskan menjadi contoh ketenteraan, satu lagi contoh komersial, satu lagi contoh agama (jika berkenaan) dan lain-lain. Tanya setiap kumpulan bagaimana organisasi mereka akan kelihatan lebih efektif. Arahkan seorang dari setiap kumpulan untuk lapor kepada pleno. Pengajaran yang penting d sini ialah mengurus adalah satu proses meneguh, dan bukan sahaja terhad kepada komuniti.

Kesimpulan; Melatih Penggerak

Kaedah yang anda guna untuk menggalakkan pelatih untuk belajar bergerak perlulah pelbagai dan menarik. Kaedah itu tidaklah terhad kepada kuliah dan persembahan tetapi juga pelbagai kaedah yang melibatkan pelatih secara aktif dalam pembelajaran mereka sendiri. Kepelbagaian membantu dalam mengekalkan perasaan baru dan segar, dan memperbaiki pemahaman dan pengukuhan.

Jangan bergantung kepada cara ortodoks sahaja, dan juga panduan ini sahaja. Latihan anda akan menjadi lebih menarik, lebih mencabar, dan lebih merangsang jika anda membentuk kaedah baru.

Tambahan pula, anda perlu cuba membawa masuk jurulatih luar sekurang-kurangnya beberapa sesi dalam setiap bengkel latihan. Kekalkan keseronokan setiap sesi itu dengan mempelbagaikan penceramah antara sesi. Begitu juga dengan media persembahan: gunakan slaid, projektor, filem, video, boneka, persembahan papan flanel, lakon peranan. Tarian tempatan dan kumpulan lakonan, koir dan kumpulan budaya. Elakkan daripada menggunakan media yang sama untuk terlalu lama dalam satu sesi.

Lakon peranan juga boleh dipelbagaikan; cuba gunakan boneka yang mana pelatih memanipulasikan boneka dan bukannya berlakon dengan tubuh badan mereka. Mereka juga boleh mereka imej untuk persembahan papan flanel, sebagai alternatif untuk lakon peranan.

Kepelbagaian ialah rempah pedagogi.

nota1 : AA = Alcoholics Anonymous

––»«––

© Copyright 1967, 1987, 2007 Phil Bartle
Laman Web Design by Lourdes Sada
––»«––
Perkembangan terkini: 21.11.2011

 Laman utama

 Mulakan