Laman Utama
 Kata Kunci


Terjemahan:

Akan
العربية /   أ
العربية /   ع
Bahasa Indonesia
Български език
Català
Deutsch
Ελληνικά
English
Español
Euskara
Ewe
Filipino/Tagalog
Français
Galego
हिन्दी  / ऍ
हिन्दी  / अ
हिन्दी  / ए
हिन्दी  / आ
Italiano
日本語
Kiswahili
بهاس ملايو /
Bahasa Melayu

Nederlands
Polski / a
Polski / ą
Português
Română
Русский
Srpski
Af Soomaali
Tiếng Việt
Türkçe
اردو /  ﺎ
اردو /  أ
Yoruba

                          

Laman Lain:

Sosiologi

Dokumen singkat

Modul

Peta Situs

kata kunci

Kontak

Dokumen yg berguna

link berguna


Tautan ke kata - kata yang dimulai dengan

  A   B   C   D   E   F   G   H   I   J   K   L   M   N   O   P   Q   R   S   T   U   V   W   Y   Z


Kata kunci halaman yang dimulai dengan huruf A

oleh Phil Bartle, PhD

diterjemahkan oleh Ezlyna Shamsuddin, Yoon Sook Jhee

AMAL

Membantu mereka yang memiskin dan memerlukan adalah nilai sejagat yang terdapat dalam agama-agama utama dunia. Bagaimanapun, ia boleh membawa kepada pemberian tidak terbatas.

Jika pemberian anda membuatkan penerima menjadi bergantung kepada anda, anda sebenarnya tidak membantu menguatkan penerima, atau membantunya menjadi berdikari.

Apabila anda memberi sedekah kepada peminta sedekah, anda secara tidak langsung mendorongnya untuk lebih meminta sedekah.

Jika anda benar-benar ingin membantu dan menguatkan penerima lihatlah kisah Nabi Muhammad (s.a.w.) dengan seutas tali dalam Mari Bercerita), dan pemberian itu akan jadi lebih bermakna.

Deutsch: Wohltätigkeit, English: charity, Español: caritativo, Filipino/Tagalog: Kawang-Gawa, Français: charité, Kiswahili: kujitolea, Malay: amal, Português: caridade, Română: caritate


ANALISIS SITUASI

"Analisis situasi" merupakan prosedur yang membolehkan sifat dan keutamaan komuniti dapat dikenalpasti. Lihat PAR.

Tugas anda sebagai penggerak ialah memastikan semua, atau seramai mungkin ahli komuniti terlibat dalam pemerhatian dan analisis tindakan komuniti.

Bahasa Indonesia: analisa situasi, Deutsch: Situationsanalyse, English: situation analysis, Español: análisis de la situación, Filipino/Tagalog: pagsusuri ng sitwasyon, Français: analyse de situation, Malay: analisis situasi, Nederlands: situatie-analyse, Português: análise de situação, Română: analiza a situatiei, اردو : صورتحال کا تجزی


ANIMASI

Kadang-kadang dipanggil animasi sosial. Berasal daripada perkataan Yunani anima (kehidupan, nyawa, api, pergerakan automatik). Mendorong atau memobilisasi sesebuah komuniti supaya maju dengan sendiri, hidup dan membangun.

Kadang-kadang digunakan sebagai pengganti mobilisasi. Animasi bermakna menyatukan dan memobilisasi komuniti untuk melakukan (secara sepadu) apa yang dikehendakinya.

Metodologi Pemberdayaan Komuniti membawa animasi sosial selangkah ke hadapan dengan melatih komuniti atau organisasi berasaskan komuniti meningkatkan kapasiti menggunakan kaedah latihan pengurusan untuk membuat keputusan, merancang dan menguruskan pembangunan sendiri. Ia melatih ahli komuniti serta pemimpinnya dalam teknik pengurusan yang diperlukan untuk memastikan bahawa komuniti itu mengendalikan pembangunannya sendiri.

Ia juga mendorong dan melatih pegawai kerajaan, penguatkuasa tempatan dan pemimpin komuniti untuk melepaskan peranan mereka dalam menyediakan kemudahan dan perkhidmatan bagi sesebuah komuniti. Mereka belajar cara untuk memfasilitasikan komuniti dalam mengenalpasti sumber dan bertindak menyediakan dan menjaga kemudahan serta perkhidmatan di penempatan sendiri.

Deutsch: animation, Soziale Animation, English: animation, social animation, Español: animación social, Filipino/Tagalog: Pagbibigay-Buhay Panlipunan, Français: animation, animation sociale, Italiano: animazione, Malay: animasi, Português: animação social, animação, Română: animare sociala


ANIMASI SOSIAL

Animasi sosial bermaksud menambahkan sedikit kehidupan ("anima") ke dalam institusi sosial seperti komuniti.

Selalunya dipanggil "Animasi" (jangan dikelirukan dengan membuat animasi kartun untuk wayang). Lihat Animasi.

العربيّة: التحريك, Deutsch: animation, Soziale Animation English: animation, social animation, Español: animación, animación social, فارسی: فعالیت, Filipino/Tagalog: Pagbibigay-Buhay Panlipunan, Français: animation, animation sociale, Galego: animación, हिन्दी: एनिमेशन, Italiano: animazione, 日本語: 活発化, Kiswahili: ramsa, Português: animação, animação social, Română: animare, animare sociala తెలుగు: జీవనము



APATI

Apati (kurang berminat) adalah salah satu daripada lima faktor utama kemiskinan dan ketergantungan.

Kadang-kadang ia dikaitkan dengan falsafah takdir. Namun, "Berdoalah kepada Tuhan, dan berakit-rakitlah ke tepian," menurut peribahasa Rusia, menunjukkan bahawa walaupun kita berada di bawah lindungan Tuhan, kita bertanggungjawab terhadap diri kita sendiri.

Kita dianugerahi Tuhan dengan banyak kebolehan untuk: memilih, bekerjasama, mengatur untuk meningkatkan mutu kehidupan. Oleh itu, kita tidak sepatutnya menggunakan ketentuan Tuhan atau Allah (s.w.t.) sebagai alasan untuk langsung tidak berusaha.

Deutsch: Apathie, English: apathy, Español: apatía, Filipino/Tagalog: pagsasawalang bahala, Français: apathie, Italiano: apatia, Kiswahili: usugu, Malay: apati, Português: apatia, Română: apatie, Somali: naceyb


––»«––
Apabila Anda menemukan sebuah kata yang berkaitan dengan pemberdayaan kelompok masyarakat, dan kata tersebut perlu didiskusikan, silahkan hubungi kami.
Jika anda salin teks daripada situs ini, sila hargai penulisnya
dengan menautkan kembali ke www.cec.vcn.bc.ca
Situs ini dikelola Oleh Vancouver Community Network (VCN)

© Hakcipta 1967, 1987, 2007 Phil Bartle
Design Web oleh Lourdes Sada
––»«––
Update terakhir: 2015.09.30

 Laman Utama