Laman Utama
 Kata Kunci


Terjemahan:

Akan
Bahasa Indonesia
Català
Deutsch
Ελληνικά /  π
Ελληνικά /  ψ
English
Español
Euskara
Filipino/Tagalog
Français
Galego
हिन्दी /  प
हिन्दी /  फ
Italiano
日本語 /   ぱ
日本語 /   ぴ
日本語 /   ぷ
日本語 /   ぺ
日本語 /   ぽ
Kiswahili
بهاس ملايو /
Bahasa Melayu

Nederlands
Português
Română
Русский
Crpski
ไทย
Tiếng Việt
Türkçe
اردو
Yoruba

                            

Laman Lain:

Kata Kunci

Modul

Sosiologi:
Laman Utama
Dokumen singkat

Peta Situs

Kontak

Dokumen yg berguna

link berguna


Tautan ke kata - kata yang dimulai dengan

  A   B   C   D   E   F   G   H   I   J   K   L   M   N   O   P   Q   R   S   T   U   V   W   Y   Z

Kata kunci halaman yang dimulai dengan huruf P

oleh Phil Bartle, PhD

diterjemahkan oleh Ezlyna Shamsuddin, Yoon Sook Jhee


 

PEMBANGUNAN

Banyak orang menyangka bahawa pembangunan bermaksud perkembangan secara kuantitatif, sebaliknya ia adalah ciri utama perubahan secara kualitatif

Untuk membangun ialah untuk membesar dan membesar bermaksud menjadi semakin besar. Ia juga bermaksud menjadi semakin kompleks dan kuat.

Apabila sesebuah komuniti itu membangun, ia jadi semakin kuat dan semakin kompleks.

Ia melalui perubahan sosial.

Lihat "Budaya." Seorang pakar ekonomi mungkin melihat pembangunan sebagai peningkatan dari segi kekayaan dan pendapatan (mutlak atau per kapita). Manakala seorang jurutera mungkin melihat pembangunan sebagai peningkatan dari segi kawalan atas tenaga, atau peralatan yang lebih canggih dan berdaya.

Bagaimanapun, sebagai pemobilisasi, itu hanyalah dua daripada enam dimensi budaya komuniti yang akan berubah. Pembangunan bermakna perubahan sosial dalam enam dimensi budaya: teknologi (teknikal), ekonomi, politik, interaktif (institusional), ideologi (nilai) dan pandangan dunia (konseptual).

Lihat Pembangunan Komuniti.

বাংলা : উন্নয়ন, Català: desenvolupament, Deutsch: Entwicklung, Ελληνικά: αναπτυξη, English: development, Español: desarrollo, Euskera: garapena, Filipino/Tagalog: kalinangan, Français: développement, Galego: desenvolvemento, 日本語: 発展, Malay: pembangunan, Português: desenvolvimento, Română: dezvoltare, Somali: horumarka, Tiên Việt: sự phát triển 中文 (Zhōngwén): 发展


 

PEMBANGUNAN KAPASITI

Meningkatkan "kapasiti" (kemampuan) sesebuah komuniti atau organisasi. Pemberdayaan. Menguatkan

Lihat Unsur-unsur Kekuatan untuk senarai enam belas unsur-unsur pembinaan kapasiti.

Perbezaan antara pembangunan kapasiti dan pembinaan kapasiti terletak pada konsep di mana daya perkembangan itu berasal.

Istilah "pembinaan kapasiti" menyatakan secara tidak langsung bahawa beberapa agensi di luar komuniti atau organisasi ada membekalkan daya bagi meningkatkan kapasiti komuniti itu.

Ia diterangkan oleh konsep "kejuruteraan sosial."

Istilah "pembangunan kapasiti," sebaliknya membayangkan bahawa daya untuk perkembangan komuniti itu datang dari dalam komuniti atau organisasi itu sendiri.

Lihat slogan oleh Julius Nyerere; sesebuah komuniti itu membangun dengan sendirinya.


 

PEMBERDAYAAN KOMUNITI

Meningkatkan kapasiti sesebuah komuniti bermaksud meningkatkan kemampuan komuniti itu untuk melakukan sesuatu dengan sendirinya.

Ia bukan hanya terhad kepada menambahkan perkhidmatan atau kemudahan awam seperti jalanraya, sistem pembersihan, bekalan air, peluang pendidikan dan penjagaan kesihatan.

Ia bermaksud meningkatkan kemampuan dan kekuatan. Ia juga bermaksud lebih kemahiran, lebih keyakinan diri dan organisasi yang lebih berkesan. Ia tidak boleh datang daripada sumbangan amal atau derma dari sumber luar. Ia boleh difasilitasikan melalui tindakan seperti projek komuniti, tetapi hanya apabila semua ahli komuniti mengambil bahagian sejak dari permulaan projek, membuat keputusan untuk tindakan, mengenalpasti sumber yang tersembunyi di dalam komuniti serta mengembangkan rasa kepemilikan dan tanggungjawab bagi kemudahan awam dari mula hingga akhir.

Walaupun pengingkatan ke arah demokrasi mungkin dibantu oleh Kerajaan dengan menyerahkan sedikit kuasa untuk membuat undang-undang kepada komuniti, kapasiti untuk menggunakan haknya membuat keputusan berdasarkan undang-undang bergantung kepada kapasiti praktikal yang mereka ada. Sebagai contoh, kemampuan untuk membuat keputusan tentang pembangunan sendiri dan menentukan masa hadapan. Kuasa, kekuatan, kapasiti, kemampuan, pemberdayaan.


 

PEMOBILISASI

Pemobilisasi ialah seseorang yang memobilisasi, iaitu menggerakkan sesuatu. Penganimasi sosial. Pegawai pembangunan komuniti ataupun pembantu.

Pekerja komuniti. Aktivis. Penganjur penyertaan komuniti. Lihat: Untuk Jadi Pemobilisasi.

 Català: activista,    Deutsch: mobilisierer, animator, mobilisieren, activist,    Ελληνικά: ακτιβιστησ,    English: animator, mobilizer, activist,    Español: activista,    Filipino/Tagalog: Pagbibigay-Buhay,    Français: mobilisateur, animateur,    Italiano: animatore,    日本語: 訓練士または助成人,   訓練士または助成人,    Kiswahili: ramsisha,    Português: animador,    Română: animator,    Tiên Việt: người vận động,    中文 (Zhōngwén): 积极份子


 

PENGANIMASI

Pemobilisasi. Lihat: animasi.

 Català: activista,    Deutsch: mobilisierer, animator, mobilisieren, activist,    Ελληνικά: ακτιβιστησ,    English: animator, mobilizer, activist,    Español: activista,    Filipino/Tagalog: Pagbibigay-Buhay,    Français: mobilisateur, animateur,    Italiano: animatore,    日本語: 訓練士または助成人,   訓練士または助成人,    Kiswahili: ramsisha,    Português: animador,    Română: animator,    Tiên Việt: người vận động,    中文 (Zhōngwén): 积极份子


 

PENGAWASAN

Pengawasan adalah aktifitas umum yang meliputi observasi, pencatatan, penganalisaan dan pelaporan dari suatu proyek atau aktifitas sejenis.  (Lihat Pengawasan).

العربيّة: الرصد, Bahasa Indonesia: pengawasan, Deutsch: monitoring, Ελληνικά: Παρακολούθηση, English: monitoring, Español: supervisar, Filipino/Tagalog: pagsubaybay, Français: surveillance, Galego: supervisión, 日本語: 監視, 한국어 / Hangugeo: 모니터링, Malay: memantau, Nederlands: monitoren, Português: monitoragem, Română: monitorizarea, Pyccкий: Индикаторы мониторинга, Tiên Việt: giám sát, ردو: نگرانی


 

PENGENDALIAN CENDAWAN

Bagaimana anda membesarkan cendawan? Anda "menyimpannya di dalam gelap dan memberinya baja lembu."

Ini adalah slanga yang berlawanan maksudnya dengan ketelusan.

Biasanya rangkai kata yang lebih kasar digunakan untuk najis lembu jantan, berbanding "baja lembu".


 

PENGHAPUSAN KEMISKINAN

Sebagai pemobilisasi, kita bekerja ke arah menghapuskan masalah sosial kemiskinan dengan cara menganalisa serta mengambil langkah untuk melawan dan menghapuskan penyebabnya. Oleh kerana kemiskinan adalah masalah sosial,  penyelesaiannya adalah sosial

Dua kaedah yang melengkapi satu sama lain ke arah penghapusan kemiskinan (berkumpulan dan persendirian) boleh didapati di dalam dua modul ini: Kitaran Mobilisasi Komuniti, dan Skim Penghasilan Pendapatan.


 

PENGURANGAN KEMISKINAN

Istilah "pengurangan" bermaksud menjadikan sesuatu itu kurang.  Lihat Prinsip-prinsip Pemberdayaan Komuniti.

Berbanding dengan “peringanan” yang hanya merawat buat sementara waktu gejala kemiskinan, pengurangan dilihat sebagai jalan yang baik ke arah penghapusan.


 

PENILAIAN ATAU PENAKSIRAN PENGLIBATAN

Sebelum sesuatu projek dirancang, penilaian ke atas situasi perlu dijalankan. PAR or PRA

the whole community must participate in observing and analysing, looking for problems, potentials, resources and constraints.

Komuniti dan ahlinya tidak semestinya terlibat dalam penilaiannya secara automatik. Perintah, undang-undang, frasa rekabentuk projek atau penyata niat tidak menjamin penglibatan seluruh komuniti.

Ahli komuniti memerlukan sokongan, kemahiran, dorongan dan bimbingan untuk terlibat dalam penilaian atau penaksiran. Keupayaan memberi mereka elemen-elemen inilah yang terpenting dalam tugas seorang pekerja komuniti, penggerak atau fasilitator.

Pemberian dorongan dan latihan diberi pelbagai nama dengan akronim, PRA atau PAR.


 

PENJAGAAN KESIHATAN UTAMA

Konsep penjagaan kesihatan utama (PHC) yang dipromosikan dan disokong oleh WHO, adalah pakej polisi dan praktis berkaitan penduduk miskin dan rakyat dari negara yang berpendapatan rendah.

Prinsip-prinsip dalam pakej ini termasuk menitikberatkan bagaimana untuk berbelanja rendah dalam penjagaan kesihatan untuk penyakit lazim yang menyerang majoriti penduduk, di samping mengelakkan daripada menggunakan sumber yang terhad untuk perbelanjaan tinggi dan rawatan canggih (contohnya teknologi tinggi) yang hanya memanfaatkan mereka yang kaya.

Ia juga mengiktiraf bahawa mencegah lebih murah daripada mengubati serta mengurangkan kematian (kadar kematian) dan kesakitan (kadar kesakitan) yang membebankan ekonomi, di samping lebih kemanusiaan.

Konsep ini mengandungi idea bahawa kebanyakan orang yang mampu sampai ke kawasan terpencil boleh dilatih dengan kemahiran perubatan peringkat rendah dan mereka boleh merujuk kepada profesional terlatih di kawasan bandar untuk kes-kes yang lebih sukar.

Idea PHC penting bagi pemobilisasi di negara miskin kerana ia perlu difahami oleh semua orang. Ia merupakan cara yang lebih berkesan dalam memperuntukkan sumber yang terhad.

Prinsip-prinsip di sebalik PHC juga boleh digunakan dalam aktiviti-aktiviti berasaskan komuniti seperti kerja sosial berasaskan komuniti.


 

PENYAKIT

Penyakit ialah satu daripada lima faktor utama kemiskinan.

Adalah lebih murah, kemanusiaan serta lebih produktif bagi sesebuah masyarakat atau komuniti untuk mencegah daripada mengubati. Menyalurkan sumber yang terhad ke arah merawati penyakit lazim yang menyerang kebanyakan penduduk juga lebih baik daripada menyalurkannya ke arah peralatan canggih dan kemahiran untuk merawat segelintir orang kaya (punca WHO mempromosi dan menyokong prinsip-prinsip utama penjagaan kesihatan).

Mengetahui hal ini, anda sebagai pemobilisasi boleh mencabar minda komuniti yang telah pun memikirkan secara ringan tentang pemilihan klinik. Anda mungkin boleh mengajak mereka melihat logik mengutamakan pemilihan sistem perairan dan pembersihan yang berkesan bagi mengelakkan penyakit yang berpunca dari air.

বাংলা : রোগ, Català: malaltia, Deutsch: Krankheit, Ελληνικά: ασθενεια, English: disease, Español: enfermedad, Euskera: gaixotasuna, Filipino/Tagalog: sakit, Français: maladie, Galego: enfermidade, 日本語: 病気, Malay: penyakit, Português: doença, Română: boala, Somali: cudur, Tiên Việt: dịch bệnh, 中文 (Zhōngwén): 疾病


 

PENYERTAAAN KOMUNITI

Penyertaan komuniti adalah lebih berbanding sumbangan tenaga atau keperluan. Ianya bermaksud mengambil bahagian dalam membuat keputusan, memilih projek komuniti, merancang, melaksanakan, mengurus, memantau serta mengawal. Ia berbeza dengan sumbangan komuniti.

Animasi Sosial menganjurkan aktiviti-aktiviti komuniti sasaran dengan tujuan komuniti itu akan bertanggungjawab ke atas pembangunannya sendiri. Ia bermula dengan membantu komuniti membuat keputusan tentang projek yang akan dilaksanakan, mendorong memobilisasikan sumber dan mengatur aktiviti.

Promosi penyertaan komuniti bertujuan untuk memastikan bahawa keputusan yang akan mempengaruhi komuniti diambil oleh semual (bukan hanya segelintir) ahli komuniti (bukan agensi luar).

Dalam metodologi ini, sumbangan komuniti adalah digalakkan kerana ia membantu komuniti itu menjadi lebih bertanggungjawab ke atas aktiviti yang mereka labur dengan sumber mereka sendiri. Kami juga menggalakkan Kerajaan dan penderma luar untuk berbincang tentang aktiviti-aktiviti mereka dengan kesemua dalam komuniti. Ini kami namakan rundingan komuniti.

Penyertaan komuniti di sini tidak sepatutnya digunakan sebagai sama dengan sumbangan komuniti dan rundingan komuniti (sebagaimana disalahgunakan oleh kebanyakan agensi bantuan); penyertaan di sini bermaksud menyertai dalam membuat keputusan, mengawal dan mengatur.


 

PERENCANAAN

Perencanaan berarti memikirkan tentang dan memutuskan apa yang sebaiknya dilakukan di masa depan. Sebuah rencana yang baik mempunyai rangkaian langkah penting dari situasi terkini sampai keinginan terakhir. Lihat Rencana Kerja.

Salah satu metode yang efektif adalah "memikirkan jadwal kembali" darimana anda memulai serta apa yang anda ingin raih sebagai tujuan akhir, dan carilah langkah utama secepatnya, kemudian satu hal sebelumnya, dan lain-lainya sampai anda berada pada situasi terkini.

Bahasa Indonesia: perencanaan, Deutsch: Planung, Ελληνικά: Σχεδιασμός, English: planning, Español: planificación, Filipino/Tagalog: pagpaplano, Français: planification, Português: planificar, Română: planificarea, Tiên Việt: lập kế hoạch, ردو (Urdu): منصوبہ بندى


 

PERINGANAN KEMISKINAN

Istilah “peringanan,” bermakna mengurangkan kesakitan dan beban buat sementara waktu.  Memberi wang kepada orang miskin tidak akan menyelesaikan kemiskinan.

Sebagai pemobilisasi yang berdedikasi dalam melawan penyebab dan bukanlah gejala kemiskinan, kami mengelakkan kaedah ini (hanya meringankan dengan memindahkan wang).

 বাংলা : দারিদ্র উপশম,    Deutsch: Armutslinderung,    Ελληνικά: κατευνασμός της φτώχειας,    English: poverty alleviation,    Español: alivio de la pobreza,    Euskera: txirotasuna arintzea,    Filipino/Tagalog: pagpapawi sa kahirapan,    Français: allégement de pauvreté,    Galego: alivio da pobreza,    Italiano: alleviare la povertà,    日本語: 貧困の軽減,    Malay: peringanan kemiskinan,    Português: alívio de pobreza,    Română: alinarea saraciei,    Somali: yareynta faqriga,    Tiên Việt: xoá đói giảm nghèo,    Türkçe: yoksulluğun yatıştırılmasıi,    中文 (Zhōngwén): 减轻贫穷


 

PUSAT PEMULIHAN BERASASKAN KOMUNITI

Pusat pemulihan dalam konteks ini bermaksud pemulihan (atau habilitasi) jasmani (biologikal), emosi dan mental bagi mereka yang kurang berkeupayaan dari segi jasmani, emosi atau mental.

Apabila pusat pemulihan adalah berasaskan komuniti, maka sebarang keputusan dan tanggungjawab untuk memulihkan individu berkenaan terletak di dalam komuniti itu sendiri, bukan di luarnya.


 
––»«––
Apabila Anda menemukan sebuah kata yang berkaitan dengan pemberdayaan kelompok masyarakat, dan kata tersebut perlu didiskusikan, silahkan hubungi kami.
Jika anda salin teks daripada situs ini, sila hargai penulisnya
dengan menautkan kembali ke www.cec.vcn.bc.ca
Situs ini dikelola oleh Vancouver Community Network (VCN)

© Hakcipta 1967, 1987, 2007 Phil Bartle
Design Web oleh Lourdes Sada
––»«––
Update terakhir: 2015.10.08

 Laman Utama